Thursday, December 13, 2012

Not a Good Day

Assalamualikum

Hai ! ;) let me tell you some story about tomorrow. Yeah, walaupun semalam tarikh lawa, think about something special to do or something memorable to make. But, I end up like the others day. So, it's nothing to remember lah.

And today story pulak, 13/12/12 tarikh yang tak kan dilupa. Hari ini aku ada Quiz untuk subjek Database Fundamental. Nak kata ready tuh tak lah kan, aku memang takpenah ready kalau nak exam nih. Kalau kata tak study langsung tuh tipu lah kan?

Bangun pagi, solat subuh, sambung study sikit dan pergi breakfast. Tepat kul 9.30 Quiz start dan Alhamdulillah Quiz tadi open book takde lah gelabah sangat kan. Everything went smooth since sume yang aku study last minutes semalam masuk until lah last question.

Yang bahagian tak kelakar, bila kena wat coding database on the spot. Entah kenapa tetiba blur datang, kemain gelabah takyah sembang lah. Apeeee pun tak jadi -,-' time tuh sumpah cakap rasa nak nangis. At last, lecturer dah mintak pape. And I was like, "YA ALLAAAAAAH." (hantar paper dengan pasrah). HAIH, not a good way to start a day >.<

After that, lecturer umum beberapa nama student untuk jumpa dia lepas kelas tamat and my name is one of 'em. Okay tak expect pape pon at that time. Lepas kelas ikut dia balik ofis dia. Hahaha yang lagi tak kelakar bila dia cakap dia dapat laporan last week punya kelas ade orang tolong sign kan attendance untuk aku.

And I was like, "OMGGGGGGG.." sumpah kacau. Hehehe, at that time bukan niat nak menipu lah kan? Tapi bila MMU dah buat rules 80% ni kan, nak tinggal kelas main main pun susah. Okay this time memang ngaku lah kan salah aku. LOL.

Fortunately la kan lecturer tak amek tindakan pape, kalau tak mau nya aku kena disciplinary barred. Mampos la kot. =.=' I shall never repeat this stupid mistake againnnnnnnnnnnnnnn. Memang takkan lupa lah this day. Haddoi.

Ahh, whatever it is, let's call it a day :)

p/s : kiss the rain

Wednesday, December 12, 2012

12/12/12? Is Today a Special Day?

Assalamualaikum
Hi readers ! Its been awhile la kan tak update blog nih and I think today is a good day to write a post. :)
 
Hey, its 12th December 2012! secara cun nya written as 12/12/12. Hehe. Hari ini, semua updates kat FB, twitter, whatsapp or even conversation in SMS are talking about the date. Everyone was like, 
 
"hey, lawa la tarikh hari ini! let's do something memorable.." 
  
And indeed, on this date ramai yang plan something to do. Tak kira lah kenduri kahwin ke, majlis kesyukuran ke, having a relationship with someone ke (this type of plan kalau relationship husband and wife or being engage oke lah kan)
  
kalau setakat bebudak tak berapa nak matang tetiba plan on nak couple, nasihat baik tak payah, baik fokus on study or whatever yang lagi penting kan? atau dah nama nya hukum kahwin tuh dah jatuh wajib, cepat cepat lah jumpa mak ayah mintak kahwin. Kan lagi mulia cemtu?
  
Sekarang pun dah banyak berita sana sini pasal bebudak muda yang kahwin awal. Bebudak yang dok university takyah cerita lah kan dah macam jadi trends pulak sekarang pasal kahwin awal nih. Okay lah kan? Haha. Tak pepasal teringat satu ayat ustaz nih,
   
"Okay lah kalau dapat parents yang paham dan boleh slow talk about this, kalau parents yang vice versa, sampai ke sudah puasa sunat lah jawab nya.."
  
Hahaha, kelakar. Eh eh cam dah lari jauh pulak dari topik. Hehehe, sembang pasal kahwin 18 posts pon belum tentu cukup kan? Haddoi.
   
back to tarikh yang lawa, 12/12/12. Haaaa, ape je nak buat? haha, guess pagi ni masuk kelas like the others day lah kan? Nothing special to me lah kot. Unless aku menjerit "OHHH, mama... saya mahu kahwin.. kahwin dengan siapa? dengan siapa sahaja..." Haaaa, kalau yang ni panjang lah cerita jadi nya. Hahaha.
   
So, korang punya 12/12/12 apa plan? mohon share lah ye. nanti malam karang aku post what happened on that day. hehe. Okay lah, ayam dah berkokok. Subuh dah hampir masuk. Jom guys get ready! bye!
   
EH EH jap, sembang pasal kahwin awal tadi, see this video and this wedding yang paling muda yang penah tengok.
  
  
Penah dengar pasal, syaitan menangis bila melihat pasangan muda berkahwin sebab mereka terpelihara dari segala hasutan dan godaan. Tapi kan, hehehehe ni bukan setakat syaitan je menangis, aku pon boleh nangis sekali menengok diorang ni, terasa tua pulak tetiba sebab tak kahwin lagi. Kehkeh. Eh?

BTW !

:D
  
Okaayyyy! Bye! (for real) 
  
p/s: find some peace and believe in this smile :)

Sunday, September 23, 2012

A very stressful trimester

Assalamualaikum

lama jugak aku tenung screen laptop ni , dok pikiaq ape la nak tulis ni . naseb tak tembus je screen ni . maklum lah , dah 2 bulan dah tak update blog . blog pun dah bersepah sepah dengan sarang labah labah . fuh fuh fuh *tiup tiup sikit*

kesibukan melanda diri aku telah dipercayai menjadi punca dan penyebab utama blog ini diabaikan . umph , bukan setakat blog ni je terabai , makan minum , kesihatan , tidur dan macam macam lagi lah . hidup serabai gila sekarang ni . semua benda nak jadi dalam sem ni . penat .

aku tak nafikan yang first sem utk first year degree , sangat sibuk yang teramat . ye lah , time tu la nak adapt suasana real university punya life . time foundation dulu alah , ape je pon . lagi sakit kepala bila aku tukar faculty . macam macam procedure nak kena handle , itu ini . pening kepala bhaiii .

Alhamdulillah , walau jatuh tersungkur ke tanah aku masih bangun berdiri . segala cabaran dan ujian yang aku hadapi sepanjang sem ni , aku harungi dengan tabah . syukur ku punya seorang sahabat yang jatuh bangun bersama aku . member sorang ni , dari Foundation Engineering sampai lah tukar sekarang aku di faculty baru , Science Computer setia menyokong aku dari belakang . jatuh bangun kami bersama . #unmention *terpengaruh twitter*

nak cerita satu persatu yang jadi sepanjang sem ni , memang tak cukup page lah jawab nya . banyak sangat yang jadi . sampai aku tak larat nak menangis . ye la kan , menangis bukan tanda aku lemah . its just feel " I've been through a lot and I'm tired.." *kelas gitu cakap omputis*

bayang kan lah , sedar tak sedar I lose my appetite , I lose my weight . hilang sikit takpe jugak , almost 8Kg . and you've got the idea how stress I am here . aku bukan stress study , aku bukan stress dengan subject degree yang HENTAH HAPE HAPE itu . aku cuma stress dengan environment kat sini . kalau boleh every weekends aku nak balik kelantan . KELANTAN - a very stress free place .

you never know or imagine how stress being me right here right now . kalau parents aku tau aku stress sampai tak lalu makan , kalau makan pun muntah muntah , beli makan selalu tak habis , umphh sure sure lah kena belasah dengan umi aku . hehhh . life kan ? ape je yang tak stress . cuma kita je la kan yang kena pandai manage . kan ? nak sembang banyak banyak pon , aku taktau nak ulas satu persatu yang berlaku . so be it . leave it unspoken . hahaha .

eh , nak list jugak boleh tak ? hikhokk .
1. awal sem busy nak turun berurusan dengan Dean Engineering dan Dean Computer Science utk tukar faculty.

2. settle tukar faculty dok gaduh pulak dengan kerani Examination Unit sebab nak register subjek manually tapi tak dapat . akak kerani tuh sumpah boleh buat gaduh bhaiii . naseb dapat register , kalau tak maunya aku bakar opis tu dgn akak tu sekali hidup hidup . hehhh .

3. masalah mentally . healthy hehh . personal . itu ini . begitu dan begini .

4. bila dekat nak exam , bising dengan 80% attendance yang MMU dok gila baru buat . umphh , sah sah lah aku kena bar sume subjek sebab aku masuk kelas lambat due to change faculty . aku pun pelik kenapa aku still under barring list sedangkan aku punya case adalah special case . internal mmu punya system memang macam haram sikit . turun naik , berlari sana sini nak explain kat semua lecturer . sumpah penat .

5. lepas settle unbar attendance . tengok tengok aku kena financially barred *facepalm* sume benda nak jadi dalam satu masa , lepas satu satu jadi . bila financially barred aku sure sure takleh nak print slip untuk masuk exam . punya la risau , sampai rasa nak pitam time tuh . habis tawakal dah . and Alhamdulillah , dah jugak print 30minutes before the examination . gila kan ? cuak takyah cakap lah .

and now , here it comes . FINAL EXAM , jeng jejenggggg . boleh buat gaduh bhaii final exam nih . Alhamdulillah , I've beat 2papers down . kah kah kah . *well , the real situation nya ; it seems like aku yang kena belasah kaw kaw dengan 2 subject tuh* haaaaaaihhhhh .

but still 2papers left . tapi aku bersyukur aku dah lalui dua paper yg killer bagi aku . BAGI AKU lah . mohon take note , BAGI AKU . haha . a very stressful days had gone i guess . and i'm very grateful for this life . ujian dan dugaan kan tanda kasih sayang Pencipta kepada makhlukNya . kan ?

hokay lah . itu je la kot yang dapat aku celotehkan . hewhewhew . nak sambung study . you guys doakan kejayaan aku hokay ? hew :3 boiii you ols .

ehem , ni gambar my group after having the most awesome presentation that i ever had . dapat 29/30 kottttt . gempak la weii . hahaha . from left : hariz , ihsan , me and apek ! *don't get confuse , apek is a malay * kah kah kah . kbai . *for real*

p/s : nak sotong celup tepunggg *mengidam*

Friday, July 6, 2012

promosi SKD

assalamualaikum

hi ! i'm back ! kali ni , nak promosikan blog ni , Sembang Kemaih Derr . ehem , secara officially aku kerja kat blog ni sebagai salah sorg penulis untuk satu section dalam blog tuh . herm , cuba lah teka post yang mana aku tulis . hehe .

blog ni baru lagi , kami budak baru belajar . kalau salah tolong ajarkan lah yewww . rasa free free , lepak la kat blog tuh ye . banyak jugak info yang boleh korang dapat . haha .

lepas ni , mungkin aku dah jarang la kot post kat blog aku ni . kalau post pun , maybe its about my life . haha . .

*memang takde bakat untuk jadi promoter betul*

p/s : aku menulis bukan kerna nama .

falling in love .

assalamualaikum !

hey hey hey , you guys know whattt ?? i'm just falling in love ! it's awesome kan ? kan ? kan ? kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan? *krik krik krik*

ehem , amboihh kemain lagi kan . bila cakap ter-falling falling in love kebanyakan orang la kan , akan fikir yang aku dah jatuh hati daaahhh kat someone , bla bla bla . hey you so typical oke ? tapi kebanyak nye la kan , bukan semua .

I'm falling in love with this :





syok wei main basketball . aku tau aku tak pandai main . tapi ade aku kesah ke weeiii ? janji aku enjoy kan . oke lah kan , first time try main dah boleh skor jejauh , slum dunk sesikit . kan ? :p injured sana sini . tapi takpeeee , enjoyy oke .



haaa , aku main bukan la macam atas ni . lol . aku tak boleh buat mcm tuh , sebab aku pendek . *sobs .

ape ape je lah . tapi game tadi sumpah enjoy gilaaaaa . boleh release stress . bolehh sihat kan badan . iye lah kan , bak kata pepatah "badan cergas, otak cerdas.." tak gitu ? haaaa , baru boleh jadi pelajar contoh . haha . 

maka maka , dengan ini insya'Allah every thursday at night , aku akan turun main basketball kat court . hewww ~ korg try la weiii , syok habis . :p

ehhh? kbai . 


p/s : maju lah sukan untuk negara

Friday, June 29, 2012

life's rubik's cube

assalamualaikum

ehem , macam biasa lah kan . end of month mesti terasa nak update blog . hari ni nak cakap something yang complicated sikit . ye lah , talk about life , ape je yang tak complicated kan ?

lepas penat study tadi , cuba tenangkan fikiran dengan bermain rubik's cube . oke , kat sini sape sape tak kenal rubik's cube tuh pakcik google kan ade ? sila lah search . rubik's cube is one of my favorite game . never get bored . bila bosan or stress aku akan main benda tuh .

tengah khusyuk main tadi , tiba tiba terfikir , merenung mendalam ke arah rubik's cube . hidup ni macam main rubik's cube . colorful , but when thing get mixed , akan jadi serabut . hee :D

erm , sape sape yang pandai selesai kan rubik's cube tau lah yang main rubik's cube nea kena ade rules . bukan main hentam je buat . erm , in order to tackle the cube, you have to tackle each individual side, and not the puzzle as a whole. Once, you complete the one side, then move on to the next, and so on . 



so do with life kan ? i began to realize about this . secara umumnya life has different stages, representative of the sides of the cube . one cannot move on to the next stage of life (next side of the cube), tanpa menyelesaikan the current stage.

like life, the cube can be viewed from many different angles and each and every time, especially when a different move is taken, i mean bila kita tersilap cara or rules and it will look differently than before . like the cubist who is trying to solve the cube is constantly evaluating and re-evaluating the next move, so too in life, we are constantly making decisions and choices yang mungkin akan memberi impak terhadap stage of life we are currently living .

hihi . well said kan ? benda ni terpikir bila tengok cite The Pursuit of Happiness . dia guna metafora rubik's cube jugak if i'm not mistaken . dah lama dah tengok cerita ni . sapa sapa yang belum tengok lagi cerita ni , cepat cepat lah tengok , maybe after watching the movie , you got the idea what is actually i am talking about . *takde lah nampak macam membebel sakan :p*


main point yang cuba aku sampai kan adalah , kita perlu ada cara dan rules dalam kehidupan , yang paling tepat sekali untuk aku katakan dalam kehidupan ini , kita perlu berpegang teguh pada agama islam . sebab islam lah yang beri kita tunjuk ajar , from right and wrong . Islam is the way of life . tersilap langkah , maka silap lah jalan yang kita pilih . macam main cube lah kan ? :)

dan segala dugaan dan ujian itu , sebenarnya tanda kasih sayang Pencipta kepada hambanya . dugaan dan ujian itu lah yang mengingatkan dan mendekatkan kita kepada Allah . bersyukurlah dengan kehidupan sekarang dan cuba lah perbaiki kehidupan kita hari ini kepada kehidupan yang lebih baik . insya'Allah , Allah Maha Melihat . Allah tahu kita sentiasa berusaha kearah itu namun , bila bergelar manusia ini lupa dan alpa itu adalah sifat semulajadi . dan berdoa lah kita agar dijauhkan dari penyakit lupa dan alpa .

entri ini lebih kepada memujuk hati sendiri tentang kehidupan yang semakin huru hara ini . semoga segala dugaan dan ujian dipermudahkan , walau penat , jatuh tersungkur , akan tetap aku terus bangun berdiri . sedar kan aku bila langkah ku silap . kerana aku rindu , kehidupan dahulu .

Aku ingin kembali ,
Kembali pada pangkuan Ilahi ,
Kembali pada fitrah ,
Kembali pada tujuan aku diciptakan .
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji?" Al-Ankabut: ayat 2
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." Al Baqarah: ayat 286
p/s: maaflah kalau bahasa tuh bercampur aduk sikit :)

Thursday, May 31, 2012

end of may

Assalamualaikum 

hi peeps ! I'm still wide awake at 5 o'clock in the morning . taktau kenapa , mata ini masih gagah untuk berfungsi . ya , mungkin kelmarin dah tidur siang hari . yer lah , selagi ada cuti , untuk apa lagi kan kalau bukan tidur ? :3 bila dah start belajar nanti , katil pun belum tentu nampak dalam sehari tuh . silap silap tertidur dalam library . *macam sem-sem sebelum ni*

malam tadi , sibuk sedikit sebenar nya . yer lah , bila dah selesai satu kerja , ade kerja yang baru pulak nak kena settlekan . susah jugak kan nak design wedding invitation pakai ecard nih . berdenyut kepala otak . tapi takpi , wedding still has 2 month to go since today will be the last day of may . :3

oh yaa , cakap pasal bulan may , baru perasan tahun ni tak blog-ing pasal my birthday . kalau korang ingat lah , my birthday is on 6th may . herm , sambutan tahun ni oke lah kan . surrounded by beloved friends at MMU . dapat hadiah itu ini , macam lah kot hadiah tahun ni . blouses , shawls, chocolates ,  letters , cards , mineral water? , treat meals and not to forget limited edition heels . haha . that heels suprised me A LOT , seriously speaking .

herm , tapi best birthday's celebration that i ever have , is my 17th birthday . ye lah , kena troll dengan warga BS . seriously , memory tuh takkan penah padam . if i could turn back , nak sangat rasa balik saat tuh . memang kaw kaw lah kena tipu masa tuh . nak menangis tapi tak terkeluar airmata . here link pasal suprised tuh . :3

oh btw , it's my 19th birthday . last year before the number turn to twety something something . haha , nervous la jugak kan bila umur tuh dah start dengan dua . well , that's it , LIFE . moving forward and never ever turn back .

setahun umur bertambah , selangkah makin dekat kepada kematian . >.< Allahuakbar . Alhamdulillah . thanks for every breathe that i take , thanks for every step that i take , thanks for every meals that i eat . i cant thank enough for this life . thank you Allah . May Allah bless me . because , without His blessing , I'm ABSOLUTELY nothing .

keep me strong for every trial . dan semoga kejayaan mengiringi aku . kejayaan dunia dan akhirat . ameen . :)

Dear myself . .

that's all i guess . it's fajr ! morning world ! ;)

p/s : tunggu sekejap .

Wednesday, May 23, 2012

karya picisan .

Assalamualaikum

hi semua ! ahem , first of all nak bagi tahu yang saya dah tamat program foundation . hehe . dan sekarang tengah cuti tunggu nak masuk degree jeww . :3 haaaa, jangan jeles lah , cuti tunggu degree saya nea bukan macam yang lain , cuti berbulan bulan . sebulan je kot cutinya . oke la kan at least ada cuti . ;)

haaaa, sekarang dah hampir dua minggu la kot aku terperap kat rumah ni . macam biasa jadi suri rumah , jadi supir , jadi housekeeping *ifyouwhatimean* dan macam macam lagi lah . busy jugak lah kan .

lama dah cuti baru ade masa nak kemas buku buku foundation yang bertimbun menggunung macam gunung himalaya dah menengoknya . ye lah , mana nya tak bertimbun , kalau SEMUA , i mean SEMUA buku buku foundation yang penah guna , termasuk dgn testpad yang dah guna yang berterabur sana sini pun aku bawak balik . sayang nak tinggal . bagi aku , itu semua kenangan . hehehe .

tengah tengah kemas , aku perasan aku ni seorang yang suka melakukan kegiatan vandalism *bolehdipanggilvandalismke?* haha . idk . almost setiap buku , mesti ade je karya karya picisan aku . i mean , contengan jalanan . *eh??*

 *letter of mine* :3








dan yang ni, aku jumpa dalam buku note yang aku guna since spm lagi . :3





hahaha , ini je yang aku jumpa . tapi seingat ingat aku , banyak lagi la kot karya picisan aku kat buku buku nota . memang jenis aku . tengah dalam kelas ke , study ke ape ke , tangan tak reti diam . lagi lagi , bila otak wasnt focused . otak bercelaru fikirkan benda lain . maka keluar lah karya picisan aku nih . haha.

okei , itu je yang aku nak post. :p kbai .

p/s : wait for miracle to happen .

Thursday, May 3, 2012

malu itu .

Assalamualikum

malu itu sebahagian daripada iman ? berulang ulang kali kita dengar ayat nea masa zaman sekolah dedulu. ustaz ustazah dok cakap dua tiga kali. kita betul betul faham ke maksud ayat tuh sebenar nya ? haaa..

terpanggil nak blogging pasal ni . malu dan perempuan dah macam sinonim. bila sebut je malu mesti orang cakap macam perempuan. bukan nak kata lelaki ni tak tau malu ke apa, tapi itu lah hakikat dunia dan fitrah manusia atau fitrah perempuan . :D perempuan = malu . paham ?

ini yang di copy-paste dari sini (http://forum.tentangcinta.com/showthread.php?t=5557) *elak plagiarism . haha*

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak dulu lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak saperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita
.

*nodding* ahh, muhasabah diri sekejap . hati ni sentiasa lalai kalau tak ingatkan . :)
*photoshop-ing*

Sunday, April 22, 2012

cinta-kosong

Assalamualaikum

tulis macam tak hengat dunia. dan, a long backspace. haha. aku pun taktau ape yang aku merapu tadi. macam tak senonoh je nak post kat sini. ini je yang mampu aku simpulkan ; -

*first time guna graphic tablet. oke lah not bad kan?*

kosong ?
ye, ade yang cakap "wei, kau perlu something new dalam hidup...aku suggest kau lekas2 la cari pasangan hidup.."

i was like.."what the heck? i'm only nine-teen.."

aku tak rasa yang aku kosong sebab aku rasa sunyi. yeah, maybe a bit. tapi its more to homesick la kan. *haha, kan betul sir aku bajet, mesti ade tulis "homesick" tuh* well, suka hati aku lah blog aku. kahkahkah.

mungkin aku tak rasa the pleasure of being "couple" . tapi aku mintak sangat lah dijauhkan dengan perkara perkara dusta semua tuh. aku taknak bercakap panjang tentang benda nea, sebab aku takut Allah uji aku dengan menda menda macam ni. cukup lah aku merana tgk surrounding aku. enough.

..Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta..

dan umi aku selalu ingatkan aku tentang maksud sepotong ayat al-Quran, again and again :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” [An-Nur : 26 ]

aku manusia, sentiasa bergeluman dengan dosa. hanya aku pinta lindungi hati ini dari perkara melalaikan. lagha lagha.

cinta yang dicari pasti akan pergi, kerana cinta itu datang nya sendiri :)

 p/s : i'm addicted to kosong by najwa latif

Saturday, March 24, 2012

after spm. *kinda*

Assalamualaikum
it's 2 o'clock in the morning, and i'm still awake.i dont even know what's happenig with my eyes tonight. its like, i got a super duper power eyes to stay awake until this time. not like usual.
  
So, I'm homesick.  I'm living pretty far away *just in selangor* from home these days and lately I've been missing it.  Don't get me wrong, I'm very happy.  Life here is nice and sometimes fun, but there are some things that are missing.  The biggest thing missing is the people I love.
 
There is so much that I want to do and share with you all and being here only highlights that we're not together.  I still walk through the streets of the city and think, "Oh!  My sisters would love that outfit!"  or "kaklong would love this nakhoda steamboat."  Onions remind me of abg irsyad *HAHA XD .  Every time I see a couple of kids, laughing, fighting, screaming like a mad, its remind me to my two little brother muzzafar and akim. I keep thinking about how my parents doing. haih. homesick. again and again.

o yea, since SPM's result had been announced , all my juniors are busy with filling "in the blank" haha. i mean, fill out the form. UPU, scholar here and there and what-so-ever. just best of luck okeh ? make your best decision.

instead of "enjoying" filling the form, this is sincerely from me as senior. ehem, enjoy every second with your family. because, u might will end up like me. stuck in university life. can't go nowhere but, in library doing assignment like a mad. please please pleaseeee, appreciate it. or you will regretful . one step you take to the university, your life will be totally different. *hehh, membebel*
   
Anyway, I've had a string of exhausting days lately and I keep thinking about how much I wish I could just unwind with my friends and family, or go to the vacation, or even just text y'all.  You are all in my thoughts and I miss you terribly.  

source : uncle google :D


p/s : i'm tired of lying

Sunday, March 11, 2012

this holiday ;)

Assalamualaikum

hai people, first of all nak ucapkan selamat bercuti ye kepada junior junior saye. hikhikhik, i jeles tau u all dah start cuti panjang. ehh, tapi jgn lupa buat homeworks. jgn timbunkan homeworks sampai sehari before sekolah bukak. nanti, hidup tak tentu arah wa cakap lu. hahaha.

berdirinya tiang kerana org pacak, berdirinya saya kerana saya bangun. ehhh? oke, stop merepek. ekceli kan, hari nea hari last aku kat rumah. hirup udara segar kampung. tengok ayam itik bertelur. berkejar-kejaran dengan angsa belakang rumah. melihat dedaunan yang mekar. ehh?

haih, malam nea pulang lah aku ke dunia nyata. menghadapi kehidupan sebenar disana, MMU. yaa, itu tempat manyak cursed. bikin ini kepala manyak sakit. hari hari mau turjun itu perigi la. bak kata kawan aku adnin, "nok bulih ko 4.0 flat tuh, dok erek tin tepi jale klcc.." okeeee, kelantaneseeee translate please XD

overall, cuti kali nea aku boleh katakan sangat terisi. i mean, masa kosong aku takde lah terbuang mcm sampah yg takde nilai. banyak keje nak buat, especially part jadi surirumah tuh. huahuahua, macam macam yg jadik. lagi lagi bila kat rumah nea ayah, akim dan aku jee yang ade.

and of course lah the most unforgetabble memories is, aku jual pizza kat hari sukan sekolah . ehem, pizza homemade oke ? sendiri buat maaa. memang penat. tapi aku bahagia bila dapat jumpa dgn diorg. sekarang dah form5 ye diorg. tak ku sangka. teringat lagi dedulu diorg form 3 *hinguspunbelumkeringlagi. huahuahua.

oke, here's some picta ;)





oke, ini je yg senonoh utk di-upload. haha XD like seriously, aku akan merindui mereka. haihh, bila diorg dah habis SPM aku dah taktau ape lagi tujuan aku untuk ke sekolah. hehe. aku pegi sekolah pun sbb nak jumpa diorg jew. XD *eh,sorglagicguazhari XD diorg mmg the best lah. <3

herm, mcm mcm lagi lah yg aku buat time cuti neh. tapi, aku kecewa jgk sebab aku terpaksa tarik diri dari program sekolah MMU yg kat johor tuh sebab ayah aku tak berapa sehat. TT haih, takpelah takde rezeki pon. lagi pun muliakan kerja jaga ayah tuh ? ;)

ehh, ape je lagi aku nak bagitau eh ? hahaha. nothing. kbai ;)

p/s : pina, kza update doh nea. haha XD

Monday, March 5, 2012

what a day.

Assalamualikum

oke, ini cerita untuk hari nea. penat. sangat.

semalam tido kul 2pagi, bajet bajet nak jaga terus utk amek ayah kat stesen bus sbb sampai dari penang. tengok dah tertido, sebbaik dgr jgk ayah aku call. kalau tak jalan kaki la jwb nyaaa. hew3

kul 4pagi, bgn dgn mamai nya capai kunci kereta, dan drive. erk, mabuk~~~ mengantuk lagi kot. aku hantuk kepala kat stereng. oke benjolnya sekarang pun still ade. hehh?

lepas je amek ayah sampai rumah terus sambung tido sampai subuh. *kan bagus kalau tahajud tadi..haihh* *kesal* bangun subuh, then siapkan breakfast untuk ayah dan akim. sejak sejak umi dah pindah penang, aku lah amek alih keje dia kat rumah neh, everything. its like, aku umi dalam rumah neh. haihh.

lepas siapkan breakfast, kemas rumah sikit sikit then tertido kejap. kul 10.15 pagi keluar KB hantarkan mai dan dila ke stesen bus, diorg da nak balik terengganu. herm, beli tiket bus kul 12. so kteorg makan lah dulu. makan kenyang sampai tak larat nak bangun. lepas makan drop mai dan dila kat stesen bus, elok je sampai. bus dah tercongak kat depan tuh. then, farewell guys :)

tengok jam 12.15tghri. ehhh? ape je aku nak buat? takkan balik rumah dulu baru kul 2ptg amek akim. then, aku pegi isi minyak pusing sana sini. call budak dayah, hajat nak pegi rumah dia. cehhh, dia pulak takde. *mengada tautak? XD*

then, terus ke sekolah adik aku. sengaja je, drive sampai terlajak ke airport. hahaha. mmg takde keje kan? XD sampai kat sekolah adik kul 1.30ptg. haihhh, mane lah budak keluar lagi. penaaaaat dah nea.

tepat kul 2ptg, akim keluar. "k'irah, jom pegi klinik.." aku dgn muka yg, ehh? "jom lahh.." *dalam hati, aku penat kau tau tak??" haihh, sorg nea je adik aku yg tinggal. layan je lahh. *tetiba rindu kat muzaffar..bila lah dia nak balik*

sampai je kat klinik, ehhh, kemain susah nak cari parking. --' sebbaik dapat satu. kemain jauh lagi aku parking. haihhh.

masuk je klinik, amik nombor giliran 1370. current 1328. ehhh? lambat lagi lah jawab nya, aku pandang akim, akim pandang aku. *dalam hati, mesti akim takjdi jumpa doc neh..* 

"takpe lah k'irah, kita pegi kedai buku dulu lah.." i was like, ehhhh? *nak terbalik kebelakang ala ala cerita kartun jepun pun ade..* kemain semangat adik aku nak jumpa doc. --'

pegi, kedai buku. "k'irah belanja dehh..?" ehhh? ==' akim amek dua buah buku, title "Abu Bakar Sahabat Sejati" dengan "Shamsiah Fakeh" *dalam hati, ehhh? bagus nya adik aku baca buku buku mcm nea..* total sume 47 hengget lapan puloh sen. naaisse. miskinn aku main dgn budak neh.

tgk jam, still 2.3optg. rasa mcm awal lagi. "k'irah lapar lahh, jom pegi A&W.." "akim ade duit ke nak makan situ..?" "alaaah, k'irah kan ade.." ehhh? macam aku dah keje. caiissstt. tup tup tup tup habis 15 hengget. TT takpelah, untuk adek kann? hermm.

lepas makan, pergi klinik jumpa doc. sampai2 tgk current giliran 1350. makkk aaaaaaihhh, lamo bebeno.

setengah jam kemudian, baru lah dapat jumpa doc.

"ye dik, sakit ape neh..?"

akim kemain lagi kira dgn jari.. "demam, selsema, tonsil ngan jari nea, dah teruk semaca.." doc ternganga dgr akim cakap. hahaha. aku menyampuk "doc, nea kena bawak masuk icu dah nea..hahaha" XD

"ehhh, satu lagi. akim kembung perut. doc bagi ubat kembung perut yg magnesium triscillicate tuhh, tapi nak yg cair.." ==' akim akim, macam macam. *aku dan doc tergelak sambil menggeleng kepala...*

kul 4ptg jgk baru drive balik rumah. 4.30ptg sampai rumah. kena buat dinner dan siap before ayah balik. :} penat, tapi ape boleh buatkan tanggung jawab, buat je lah. masuk sup ayam dgn ikan goreng je.

lepas makan makan, jadi housekeeping untuk guest house. arrrrghhhh, penaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat. dan sekarang lah baru berfoya foya dgn laptop kesygan neh. haihhh, what a day uh? >,<

dan begitu lah hari hari aku yg laen. insya'Allah, kalau aku ikhlas, pahala menanti. :}


holiday end?

Assalamualaikum

ehem *clearing throat* macam chipsmore pulak kan aku nea, kejap ade kejap takde. bukan busy pon tak update blog, cuma kemalasan menguasai diri. hihi.

haaaaa, this holiday has comes to end. ehh? holiday? haha. aku cuti sem 2 hampir 3 minggu ekceli, takbagitau jeww *gedik* *mcm org kesah sgt kalau aku cuti ke tak* ehh?? -.-'

lagi 4 5 hari lagi, maka bukak lah pengajian bagi sesi third trimester yakni final trimester utk aku punya program(foundation) *hew3 ayat bajet mcm final sem utk degree* puihhh. haha.

isnin, 12/3 kelas telah bermula. namun, akibat hasutan dan suara suara kejahatan mengajak aku utk ponteng sehari dua kelas awal2 sem neh, maka aku kompiuh nak balik bila. haihhh, yg heran umi aku sendiri hasut.

"k'irah balik MMU nea, belajar terus ke? kalau tak takpyh la pegi awal awal. dok la rumah 3 4 hari lagi, boleh tgk2 kan ayah.."

i was like, ehhh? bia betul umi aku? silap telan ubat ka? hew3. tapi, aku tak decide lagi lah nak ponteng ke tak. tiket pun tak beli lagi. un-sure.

yg sure dan confident nya adalah, esok 6/3 result second trimester keluar. aku tak cuak langsung pon result nak keluar nehhhh *mata keatas, tgn kedada* hehhh, cuak takpyh nak cakap lah kan? mase sekolah dedulu, perasaan cuak nak amek result datang setahun sekali je. sekarang nea, umphhhhh..... =='

haaaaa, factor yg buatkan aku nak blah cepat dari rumah ialah result esok. kita tengok, kalau result gempak meletop mcm bom aku stay lama skit kat rumah, pau duit sepam dua, kenyit kenyit mata kat umi suh beli dslr like she promised before.

"kalau result 3.50 ke atas, umi belikan dslr.." **yg slack time first trimester is, aku dapat 3.49 . hahahaha terasa mcm "ehhh, cilako..." --' takleh negotiate langsung dgn umi. haihhh, so this second trimester aku berharap la haihhhh.

***ehh? niat takbaik betul. --' astaghfirullah. ya Allah aku study ikhlas, bukan kerana dslr. bukan bukan bukan. TT herm.

kalau result aku slack mcm sem lepas, cepat balik mmu, fokus study konon. padahal tak kena bebel. hahaha. punbolehhh. mmg, aku anak yg taksenonoh. hahaha. kbai.

oke lah. banyak membebel pun , org membaca pon menyampah. ye dakkk? orait. ;)

p/s : tolong lah, stop lah syok sendiri, aku menyampah mendgr nya.

Tuesday, January 31, 2012

sakit rumah

Assalamualaikum

tik.tok.tik.tok.tik.tok jam berlalu. 3.54 a.m
memang sleepless lah kan aku hari nea.

entah kenapa, hari terasa mood nak bloging tetiba ade. mungkin terasa sunyi. need some space to express this kind of feeling. walaupun aku rasa twitter itu tempat terbaik utk membebel. tapi kadang kadang blog is better than twitter sebab tak de limit words :D
   
this feeling - homesick, familysick #punboleh
 
bila video video itu dimainkan, aku mula rindu. rindu rumah, rindu dengan gelagat kami. rindu segalanya tentang kita.
   
"balik dua minggu sekali pun rindu lagi ke? tak cukup ke ? " umi
   
"memang tak penah cukup pun, kalau boleh tanak balik semula ke MMU neh.." aku
  
"dah tu, macam tak payah study, dok umah je. bersyukur lah sikit, orang laen nak balik rumah sebulan sekali pun belum tentu.." umi
   
"bukan tak bersyukur. hermm, malaaas nak study lagi lagi nak exam neh lagi scary.." aku
  
"biasa lah tuh, dah belajar mesti ade exam. semua orang lalui proses tuh, umi pun. pejam mata telan sekejap jee.." umi
   
"wuuuuu~ *buat muka malas, sambil peluk umi*.." aku
  
"malas study, senang kira umi cari calon, ayah cari lembu. perebah lembu sekor. kita kenduri. kawen je. takpayah umi ayah habeskan duit beribu ribu untuk tanggung fees study..." umi
  
-,-' orang tua tua, senang nak matikan ayat. kasi ayat suh berhenti study kawen je.
   
*aku jawab betu betul, setuju nak kawen. kang tak pepasal lain jadik nya.. hahaha.
  
"baik umi beli barang kemas, dapat jugak bergaya sana sini.." umi sambung membebel, sambil bangun dari katil.
  
"betul, upgrade keta pun boleh. alphard ke satu.." ayah mencelah kedengaran dari dapur.
  
=,=' aku paham dan jemu dah personafikasi umi ayah aku. cakap macam tak kesah. padahal~ *biase ler tuuu, makbapak takkan tunjuk diorg risau.
  
makinn panjang bebelan diorg tuh, makin kesah lah tuh. #formulasenang .
   
**kitaorg adik beradik panggil motivasi umi ayah tuh, motibasi terbalik. kalau korang dgr, korang terpaksa intepret kpd positive thing. haha. kira otak korang kena ade penapis negatif. kui3.*


"ermmm, yerr lahh..rumah nea tanak tukar?" sambung aku #sarcasticly sambil keluar dari bilik umi dan dapatkan akim.
  
herm, adik je lah yang ade kat rumah sekarang. aku bukan tak bersyukur dapat balik rumah selalu. cuma aku sunyi, balik rumah muka si budak gemuk tuh je. makin hari makin bulat aku tengok. aku tak paham ape lah yang dia telan sampai cenggitu sekali. =,= *mati aku kena belasah dgn akim*. haha. 
   
paling takpun aku pergi belakang rumah berkomunikasi dgn angsa. betapa kurang kasih syg aku. haha. yerlah, mane tak nye. kaklong , abg irsyad, kak suha, muzaffar. sume dok jauh. hermm.
  
tunggu raya la jawab nye yobb. haha. boleh tahan membebel aku pagi neh.
  
 **hai, saya budak gedik. kbai. haha

erk. enough for now.

sleepless night

Assalamualaikum

another sleepless night i guess. 
  
hermm, otak tepu menghadap buku setebal alam itu.
otak lagi bercelaru bila bunyi pesanan ringkas masuk bertalu talu.
malam nea masuk 4 kali celcom hantar pesanan rindu.
cehhh, kalau kasi sms or call free oke jugak. bising memekak.
tak habes habes dengan iklan bergerak. =,='
  
sebenarnya, otak aku mmg tepu dan bercelaru sejak pagi tadi.
mane tak nya fikirkan exam yg hari hari kian dekat.
seakan aku tak bernafas. ahh, sem dua ini memang membunuh.
   
otak fokus pada buku chemy. hermm, hati aku gelisah.
dua tiga hari ini, hati aku rasa kontang. jiwa aku rasa kosong.
feeling like i'm lost. 
   
aku taktau ape yg aku resahkan.
aku taktau ape yg aku risaukan.
herm, dah macam org mati laki pun ado. *oke, bajet penah ade laki*
   
tin kosong - itu yang aku rase, bunyi nya bising tapi isi nya kosong.
tak tau lah betul ke tak perumpamaan yg aku buat. *aku bukan amek sastera pon* tapi, aku ras itu betul. aku nampak bising mcm nea. gelak sana, happy sini tapi jiwa aku kosong. seriously kosong. sometimes rase mcm useless pun ado.
  
hermm, sigh is all around. nak cerita pasal hati nea adik kakak. dia punya risau ke, resah ke, keliru ke empat page blog nea pun belum tentu sudah. iya dok ?
   
yang boleh aku simpulkan semua perasaan itu - 
aku terasa jauh dgn rahmat Tuhan.
aku terasa jauh dgn Pencipta aku.
aku terlalu mengejar keduniaan.
aku study hanya untuk exam. aku nak cari scholarship. 
tapi niat yg utk kerana Allah ? ouhh, hilang. terpesong.
  
hari hari aku cari balik yang hilang itu. berkat kah usaha aku selama ini kerana kejar kerana dunia ? ilmu Allah macam macam bukan setakat tauhid, feqah, usul fiqh and sama waktu dgn nya. chem, electric, math antara nya jugak.
  
hermm, dulu dekat nak exam. "Allaaah, banyak lagi tak study. itu, ini.." stress seriously stress. sbb aku study utk exam utk dunia.
    
erkkk, susah nak betulkan niat kengkdg tersasar jugak. ape yang kita boleh buat, as manusia yang takkan penah maksum just betulkan niat hari hari. tapi, niat puasa sunat pun aku selalu lupa ? haaaiih.
   
study - niat kerana dahaga kan ilmu Allah. indah kan ?
hermm, itu yg cuba aku lakukan. tapi, without success.
study - niat dengan ilmu tu nak bangunkan ummah. mulia kan ?
hermm, itu yg cuba aku tanam. tapi, aku tak sekuat itu.
   
hermm, itu baru niat. bukan nak laksana pon. dah susah. agak agak level mane lah muslim aku neh. jaaauuuuuh lagi nak jadi mukmin.
   
resah..
  
mula lah nak fikir, sumbangan aku untuk islam - absolutely nothing.
  
dah dah, mengeluh tak tentu pasal.
   
islam tak pernah mengajar terlambat. selagi ade masa, berubah. usaha. insya'Allah, Allah Maha segalanya. :)
   
berubah tak perlu drastik, ia perlu proses yang panjang. perlahan lahan. berubah perlu istiqamah.
   
istiqamah - susah. tapi tak mustahil kan ?
  
"tiada yang mustahil di dunia ini, jika kita beriman dan bertaqwa.."
  
duhai hati jangan gelisah.
jangan pernah mengalah.
kerana Allah sentiasa kamu.
insya'Allah.
   
jiwa tanpa ilmu = kontang
ilmu tanpa amal = sia sia
amal tanpa niat = ?
 
p/s : berikan aku cinta-Mu