Friday, April 17, 2015

Internship Life

Assalamualaikum,

Hai semua yang masih setia, entah ada entah tidak. Maaf lah aku sekarang jarang sangat sangat nak update blog. Bukan kerana aku terlalu sibuk hingga tiada masa untuk layari laman sesawang, malah kerja seharian aku sekarang boleh dikatakan 24jam hadap laptop dan internet.

Okay, cakap pasal kerja. Aku sekarang tengah Internship(baca praktikal) kat satu company area Cyberjaya ni je. Senang hidup aku kerja dekat dengan rumah aku. Opis hour start pukul 8.30 pagi, pukul 8.25 pagi baru start panaskan enjin kereta. Sambil melihat keindahan pagi yang mana aku selalu terlepas pandang sebelum berkerja kerana zaman stadi dulu aku boleh kira dengan jari berapa kali aku sempat lihat matahari pagi akibat waktu tidur aku mengikut jam UK. Lel.

Kan? Senang kerja dekat dengan rumah, lepas praktikal ni pun kalau boleh aku nak cari kerja area cyberjaya. Memang aku clingy dengan cyberjaya. Jangan salah anggap yang aku sudah jatuh hati dengan mat mat negro yang makin bersepah di cyberjaya ni tapi aku suka dengan environment kat sini, maksud aku bukan environment yang sangat social (in bad way). Maksud aku, the fact that I don't have to face jammed yang boleh meningkatkan masalah kemurungan dikalangan pemandu. As for now, cyberjaya is traffic-jammed-free. AS FOR NOW lah kan.

Okay balik pada Internship. Masalah paling besar bagi makhluk yang bernama Zakirah adalah, aku mengalami alahan(baca: allergic) yang tahap 3 untuk bangun dan merasakan dingin nya air di waktu pagi. Tapi Alhamdulillah, orang cakap alah bisa tegal biasa. Sekarang aku automatically akan terjaga sendiri waktu subuh tanpa bantuan alarm, regardless pukul berapa last night aku tidur. Improvement kan?

Bila tempat kerja ni dah dekat dengan rumah sifat taking the distance for granted tu makin membuak buak dalam diri. Pukul 8.00pagi aku masih terbaring terguling dikamar sambil meratapi ayat yang sama sejak dua bulan lalu "Arrgghhh, malasnya nak gi kejeeeeeee..." Aku syak tarikan graviti di kawasan bilik aku sangat tinggi berbanding tempat lain mengakibatkan aku terpaksa struggle untuk bangkit dan bersiap.

Tepat 8.25pagi aku mula drift kereta kerana mungkin lepas aku mandi sel sel otak aku bergerak untuk berfikir dan baru menyedari bahawa aku sudah lambat untuk ke kerja. Semua lampu merah yang boleh aku langgar, akan aku langgar. Bawa kereta seolah tiada pedal break untuk ditekan. Nasib aku baik, tepat pukul 8.30 aku dah terpacak depan bangunan company. Kalau nasib tak baik, aku mungkin akan delay 2 3 atau 10minint. Biasa lah tu, tak melayu lah kalau aku asyik tepati masa, kadang aku perlu tunjuk kemelayuan aku yang belum pernah hilang dari diri ini. Lel.

Kat sini aku enjoy being an intern, walau tiap hari hidup aku dikondem oleh mereka mereka yang suka mencari pasal dengan aku. Di setiap bait kata aku dipertikaikan. Aku cuba, cuba untuk menahan kemarahan aku daripada mengeluarkan kata kata kesat yang seperti aku selalu lakukan sebelum kedewasaan ini. Boss aku, supervisor aku dan abang abang IT yang mana nama nya akan aku describe satu satu dalam next post satu masa nanti.

Tak lupa teman-se-intern aku Ann, betapa susahnya aku nak control untuk tidak menjadikan Ann sebagai bahan hiburan aku. Sebab kadang kadang aku suka kenakan dan buat buat gosip pasal Ann dengan supervisor aku. Mungkin sebab Ann sangat inosen dan so dearest, dan membuat aku rasa sangat teruk bila aku applykan perangai aku sepenuhnya terhadapnya. Maksud aku, perangai aku suka kenakan dan kacau orang. Don't get me wrong, there's still good thing in me. Lel.

Til next time aku cerita lagi pasal internship life aku. Sebab aku perasan bos aku dah mula syak aku yang aku sedang berkerja keras terhadap report dan documentation yang bertambung padahal aku sedang berjela jela menaip dekat sini. Okay bye(baca gaya Frozen)