Saturday, December 17, 2011

dan aku memang penakut

assalamualikum,

mood : tenang~
now playing : penakut by yuna
      
    
hye people ! how's going on ? it's been a month aku tak sentuh blog neh. aku rindu saat berfoya foya dengan blog zaman dedulu. sekarang masa yang cemburu dengan aku utk berfoya sana sini.

i've been through a lot these days. i really mean A LOT. it's been two weeks since kehilangan bag pack aku. yeah, bag pack yang aku selalu guna untuk ke kelas sana sini telah hilang dicuri sape pun aku tak tau. wallahua'lam. semoga dia mendapat manfaat dari bag aku itu. *redha..

syukur, sepenuh kelegaan nafas aku tarik bila purse dan handset masih ada bersama aku. sebab aku selalu letak handset dan purse dalam bag tuh. atleast, kurang sikit kerisauan akan hari esok bila handset dah purse ade. mana tak nya, aku jadi bendahari utk company. mase tuh, purse aku ade 4oo ringgit malaysia cash. syukur ya Allah sekali lagi aku panjatkan.

terima kasih sepenuh nya aku ucapkan buat kawan aku zulhilmi kerana susah payah tolong report kepada security tentang kejadian tuh. yang susah payah tolong settle dgn security. sebab hari bag aku hilang aku rushing balik shah alam, untuk urus hal company memandangkan event tak lama lagi nak lancar. walau, bag aku still tak jumpa, thanks again for being concern.

isi bag pack : 5 buku nota, kalkulator, jam tangan o.d.m, pensil case dan beberapa barang yang unnecessary utk di-mention.

5 buku nota - electric and magnetism
                  - calculus
                  - introduction to business management
                  - general chemistry
                  - critical thinking

yeah, mungkin semua orang akan cakap, "alah, buku nota je kot. bukan buku text. boleh beli balik kot.." damn true, buku nota je kot dan boleh beli balik. bagi aku buku nota aku lebih berharga dari buku teks aku yang bapak mahal macam senapang tuh. yeah, buku boleh beli, tapi agak agak dapat balik tak nota yang aku tulis selama ini ? ahh, dugaan.

bag pack aku hilang waktu genting. saat aku tengah hadapi midterm. terasa masa depan sangat gelap waktu itu. aku rasa sangat jatuh dan ingin rebah. hanya mampu berdoa untuk kuatkan kaki ini melangkah.

saat aku sedang gelisah akan kehilangan sumber untuk aku study tiba datang satu lagi perkara yang buat aku rasa penat. yaa, mark calculus aku untuk midterm. ya, aku tau tak seteruk mereka yang laen. tapi aku still kecewa. seolah olah datang awan gelap menutupi cahaya hidup.

aku terus gagah hidup. mengumpul semua nota nota classmate. sumpah, tak sama dengan nota yang buat sendiri. aku mintak bantuan semua orang. thanks buat classmate yang merangkap roomate dan kawan, dilah sebab bagi aku pinjam alat tulis. again thanks kerana susah payah pinjamkan kalkulator. :) *may Allah blessed you.

exam electric & magnetism menambahkan lagi kekecewaan aku. ahhh, dugaan. aku tak kuat. biarlah, aku dah buat semampu boleh. at least aku dah cuba walau penat. for the rest, aku berserah 100% kepada yang tak pernah mati. kerana nya Dia layak menilai usaha empat kerat aku itu.

next exam, chemistry 9 Dec iaitu  hari jumaat. entah kenapa aku tiba tiba rasa mcm nak balik kelantan. ya, mungkin keserabutan yang memenuhi jiwa menyebabkan aku ingin mencari ketenangan.

aku mintak tolong pakcik azmi driver teksi yang selalu baik dengan kami2 budak foundation. aku mintak tolong pakcik azmi belikan tiket bus utk aku memandangkan aku takde masa untuk keluar ke putrajaya sentral.

oke, tiket bus dapat. tapi, dekat hentian putra, KL . aku dok putrajaya, Selangor. tarikh tiket itu adalah hari aku exam chemistry jam 10 mlm. ape masalah nya ? masalah nya, sistem MMU adalah exam malam. yeah, exam chemistry start 8mlm habis 9.15mlm. 45minutes left untuk kami di selangor kejar bus di kuala lumpur? sempat tak ? niceeeeeeee~

terima kasih kepada kawan merangkap roomate aku, kerana susah payah stand by teksi untuk aku. barang2 aku dah kemas awal awal. maisarah terus amek bag2 aku kat bilik dan tunggu aku depan exam hall. ya Allah, dalam dewan exam Engkau sahaja yang tahu perasaan aku macam mane. dengan soalan susah yang hentah hape hape. otak tak cukup oxygen. sampai aku lupa aku perlu balik hari tuh.

tengok jam 9mlm. heh ? sempat ke nak kejar neh ? sampai masa tamat, lecturer datang kutip ketas aku, dan aku mintak izin lecturer "madam, i have a bus to catch..." lintang pukang aku lari. kelihatan maisarah tercegat depan hall tunggu aku dengan muka cuak.

keluar dari dewan terus naik teksi pecut ke hentian putra, KL . pakcik azmi drift malam tuh macam tak hengat dunia. aku mengucap panjang. huh. elok je sampai kat hentian putra, bus dah ada. semua orang dah naik. aku passenger yang paling last. naik naik je bus tuh, bus terus gerak. lambat seminit tuh, memang naya. then, mission complete. terima kasih kepada yang terlibat menyempurnakan misi ini. :)

peacefully, i'm going back to kelantan. memang aku dah tak fikir ape yang jadi seminggu neh. biarlah semua tuh jadi kenangan yang paling pahit penah aku rasa sepanjang kat MMU neh. untuk result midterm, sepenuhnya aku berserah. aku dah usaha semampu boleh. dengan segala ujian aku hadapi, dengan serba kekurangan aku still disini.

kerana aku sentiasa percaya, setiap ujian itu ada hikmah nya. semoga segala kesabaran dan kepenatan berbuah hasil. semoga kejayaan itu, milik aku. amin ya Allah. :)

p/s : tenang~

Thursday, November 17, 2011

merepek

assalamualaikum

hi ! hari ini sangat indah. :) dan aku rasa macam nak blogging. entah kenapa, dari pagi tadi lagi. "hari nea, aku nak blogging, mesti ! perlu ! " memang semangat tetiba membara. tapi, bila dah dok depan nea. mata terkebil kebil tengok benda empat segi nea, otak melayang. " apelah aku nak mencarut mengarut kat sini.."

oke, aku cuba untuk mengarut dekat sini. hari ni, aku tak pegi kelas critical thinking. dengan kata laen ponteng. oke, aku tau ini tak baek utk masa depan yang cerah. namun, sangat lah tidak larat untuk pergi kelas itu. yep, aku dah demam selama tiga minggu. sampai sekarang tak baek baek.

tak heran lah pun kalau aku demam 3 minggu, sebab sebijik ubat pun aku tak penah telan. piuhhh, sekarang baru menggelabah nak makan sebab perlu badan yang sihat utk hadapi midterm yang bakal tiba. *chewah*
erm, balik pada kelas critical thinking tadi. kelas tuh pukul 8-9pagi. after kelas tuh, aku ade kelas calculus. yang nea larat ke tak, sakit ke tak wajib kena pegi. sekali tinggal sure sure next kelas akan masuk dengan terasa, "ehh, saya tak pernah belajar subjek ini.." =.='

time kelas calculus, kengkawan cakap kenapa tak datang kelas critical thinking tadi, dan dengan bangga lagi bongkak aku cakap "tak larat kot" lepas diorg cakap, tadi ada quiz. terus terduduk aku. aihh, memang rugi lah kot. merenung masa depan. kui3. so, the moral of this story. jangan tinggal kelas !
lepas kelas calculus, ade rest sejam. sempat la jugak makan 2 3 bijik nasik kan. aih~ lepas tuh kelas start dari pukul 1 hingga 5 petang. =.=' oke, ini sangat memenatkan. seriously, otak sangat pack. overloaded dah. memang sumbat sumbat je.

overal yang boleh aku cakap, sem dua nea kelas dia sangat pack. jadual yang gila tak ingat akhirat. sampai kengkadang kena skip 15minit kelas keluar pegi solat. *ngilimpalo.
haaaa, dalam kelas chemistry tadi. agak stress sebab pc dalam kelas tuh stuck. so, lecturer takleh nak mengajar. *name je cyber* dekat setengah jam jugak kelas tergendala. haaa, mase tuh la best tido. kui3. tak senonoh kan ? aku dah tak kesah kot sape nak tengok. dah mengantuk ade aku kesah ke ? *lempang mao ?*

tak pe lah, aku nak pegi solat maghrib. jap lagi nak siap2 pegi library. kbye :*

Friday, October 14, 2011

mau gugur itu jantung

assalamualaikum

hye, nak tunjuk nea je.
   
*klik utk tumbesaran* 

ouh, itu jeee. KBYE.

p/s : doaakan sayaaa. >.<

Wednesday, October 12, 2011

result sem pertama

assalamualaikum

ye, sekarang jam 2 pagi. dan aku masih di sini. merenung masa depan yang terasa cerah. moga moga dikurnia-Nya. amin.
   
aku hayati dan amati sebuah kertas lapuk yang berisikan jadual sem dua. termenung panjang. menarik nafas. hati aku berkata *ahhh, real battle is about to begin.
 
perlahan lahan jari jemari aku menaip kembali jadual itu dengan kemas. hati terdetik berbagai macam. "apakah kali ini ujian lebih berat?" jari terus menaip tanpa henti. otak masih berfikir.
   
tersentak dari kekhusyukan menaip. "eh, esok rabu.." perlahan lahan aku menatap gadget di desktop aku. ya, esok rabu. tiada apa di dalam otak aku. tiada yang lain yang aku fikirkan melainkan result sem pertama. apakah kesudahan perjuangan selama 3 bulan aku itu ?
  
*dush* tangan menepuk dahi. "esok ape nya, hari ini dah rabu.  2pagi 12 oktober.." *gurlp. debaran itu semakin dekat.
    
gundah gelana. aku dah buat yang terbaik. aku dah usaha semampu aku boleh. aku dah lakukan ape yang termampu dilakukan oleh tulang empat kerat ni. selebihnya, sepenuh pergantungan aku gantungkan pada yang SATU. ya, DIA. Tuhan yang SATU.
   
Allahurabbi, tidak dapat aku sembunyikan segala perasaan ini. ya, Allah semoga keputusan itu memberi aku semangat baru untuk aku hadapi kehidupan sem dua yang seakan akan membunuh jadual nya.

yaaa, aku tahu. aku tahu, yang banyak lagi orang belajar nya susah. banyak lagi kat luar sana belajar nya lagi stress daripada aku. malah, di dunia ini tiada apa pun yang senang. semua susah untuk di gapai. masing masing dengan ujian masing masing.
   
aku mungkin lemah semangat. aku mungkin takut akan masa depan. aku mungkin dan mungkin dan mungkin. tapi, aku tak pernah ada rasa putus asa. ya Allah, jauhkanlah aku dari perasaan putus asa. sesungguhnya aku dikalangan yang rugi jika berputus asa pada rezeki-Mu.
   
ahhhh, aku percaya pada rezeki-Nya. ya, aku percaya. :)
   
insya'Allah. rezeki aku ada. insya'Allah. wahai kalian, berdoalah untuk kejayaan ku. berdoalah agar aku menerima segala keputusan yang Esa. amin :)
    
yaa, aku sertakan jadual sem dua. doakan aku untuk sem dua. harap berjalan dengan lancar :)
  
 *sila tekan untuk tumbesaran*

p/s : semoga kejayaan itu milik aku. amin :)

Tuesday, October 11, 2011

facebook dan kahwin?

assalamualaikum

ehem *clearing throat* sebelum tuh korang perlu tau yang aku berumur 18tahun. haha. sebab, post kali ini mungkin berbunyik dewasa sikit. sebab aku nak cakap pasal kahwin. *chewas*
   
takde, aku bukan nak huraikan pasal makna kahwin yang macam dalam buku pendidikan quran dan sunnah form 5. tapi, aku nak cakap :

"oohoii~ perlukah wall fb aku penuh dengan segala bagai macam yang berkaitan dengan kahwin dan sama waktu dengan nya ?"

yeah, korang pahamkan maksud aku? erm, terlalu cukup umur kah aku untuk membaca semua itu. haha. bukan ape, aku takde hal je nak baca semua semua tuh. lagi pun bagus jugak info info yang diorang kasi tuh.

tapi, i'm wondering day and night. what in the world yang sedang berlaku ? O.o apa virus yang melanda ? apa virus yang dah menyampuk friends aku kat fb ? nampak macam melanda dengan ganas sekali.

*hekeleh, ini pun nak jadi isu* mesti lah, menjadi satu keajaiban lah kan. kalau sorang dua tak pe jugak nak berangau angau pasal kahwin neh. ini tak, hampir satu wall. aku scroll dari atas sampai dia tulis "no post to show" berpuluh puluh post pasal kahwin aku jumpa. *chewas, hyperbola itu adalah kehidupan"

yang nak kahwin tuh tak heranlah kalau diorang nak membebel dari pagi sampai ke malam pun. adeh~ *ape yang aku bebelkan neh ?*

cer tengok nea :









haa, amacam ? nice ? haha. korang tengok dia punya masa pun korang dah boleh bayang aku punya wall macam mana kan? macam mana perasaan aku scroll dari atas sampai bawah. yeah, itu baru untuk 8jam yang lalu. =.='

hehe. aku bukan nak pertikaikan ape ke, cuma wondering jugak kengkadang. padahal aku je yang tak sedar diri. tak sedar diri yang aku dah move dari satu part ke satu part yang baru. dok bajet still budak sekolah menengah. bajet muda ler ter~

oke tu je aku nak kecoh kecoh kan. kepada yang terasa "eh, nea post aku neh.." mintak maaf bebanyak la yee. diam diam sudah. orang taktau tu post korang. hikhikhik. ;)

 mengada-ngada je post aku kali neh.
p/s : yoyo'o je lebih. >,<

kenangan dan pengalaman

assalamualaikum

ehem, hi I'm back. :) yeah, hidup kat kelantan neh bukan nak kata busy sampai tak sempat nak update blog. tapi, sememangnya aku manfaatkan gila cuti ini dengan pengisian yang mantap. *chewas, padahal tidur memanjang je.
  
tuptuptup, lagi empat hari aku dah nak berangkat ke MMU balik. hectic life is about to begin again. yes, masa cepat amat berlalu. aku kini tamat pengajian sem pertama dan akan mula menjalani sesi kedua. semoga berjalan lancar :)
  
alahai, semalam tetibe sir hazimin call aku. pelik jugak sebab tetibe call tanya pasal bas? aih* bukan itu yang aku keluhkan. tapi, sempat jugak sir bagitau aku yang result final sem pertama keluar hari rabu neh. it's mean, esok. rabu : 12nd oct. oke, langsung aku tak bedebar. =.='
  
oke dah, tak mao cerita panjang pasal result. nanti keluar, aku kasi tau la eh? *insya'Allah. hehe.
  
erm, hari ini hari selasa kan ? yeah, definitely. haha. *apelah punya soklan* genap seminggu hari ini, sudah seminggu berlalu semenjak pertemuan jejak kasih antara kekasih kekasih ku. ouh, gembira tak terkata bila ketemu diorang.
   
the most happiest day ever and the most terrible day ever. happiest? yerlah, jumpa kekasih sape tak happy kan? hihi. terrible? yeah, aku excident on that day. wuhuu~ syukur umur ini masih panjang. syukur diri masih diberi peluang untuk menyedut udara bumi.
  
;) sikit je pun excident. *Alhamdulillah. hairan jugak kereta makcik tuh takde pape pun, kereta aku je yang yoyo'o rosak. takde la rosak, cuma remuk la sikit. tapi kalu perhatikan tak perasan pun remuk tuh. hehe. trauma tuh ade la jugak. tapi, hey itu lah pengalaman right?
  
excident itu agak meng-spoil-kan perasaan aku untuk ber-photoshoot. tapi, aku cuba untuk sembunyikan agar mereka tak perasan. hmmm, naseb baek adik aku ade sekali. boleh jugak tenang tenang perasaan yang gundah gelana time tuh. :D
  
photoshoot? yeah, tempahan ber-photoshoot. bayaran rm50 je pun. hasil dia mantaap~ congrates to my junior, kerana aku tengok diorang semakin maju dalam bidang photographer. aih* diorang dah pijak kepala aku. hebbat diorang dari aku. jari jari aku dah kaku nak pegang kamera. mane tak nya, course engineering mmg langsung tak sempat aku untuk berfoyafoya. itu baru foundation. degree? aih*
   
nah, have a look guys. nice kan ? ;)
  
"meet people during my ups and my downs.."
A.Z.A - Adnin.Zakirah.Aqilah
    
perasaan tak? aku sorang je tak belit shawl. hihi. why? sebab mood aku dah di-spoil-kan oleh excident itu. hari itu hujan lebat kot. jalan licin la tuh. :D baju aku basah kuyup. piuhhh~ kenangan derr.
   
erm, oke tak sabar nak tunggu gambar kami kami yang seterusnya. insya'Allah, kalau kena caranya aku upload kat sini. hehe ;)
  
that's all for now. kbye.
  
p/s : shud be my life :)

Saturday, September 24, 2011

putera katak :D

Assalamulaikum

hi, i'm back again. yeah, hello hello kelantan. i'm home. i'm home for a month. :DD i'm lonely traveller. dalam perjalanan balik kelantan, sempat jugak ber-photography dgn incik dslr :DD

 peneman setia :DD

 mengisi masa lapang, tunggu KLIA transtit

 dengan penuh skill

 yeah, i'm soo good. haha XD

 he : sasha :p

 again

ciku-cakk aaa. haha :p

p/s : putera katak sentiasa bersama. lalala XD

what is the value of tension ?

Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah 3 bulan lebih berhempas pulas. bersesak nafas. bersengkang mata. akhirnya, sem pertama untuk foundation in engineering.

paper algebra & trigonometry atau lagi mesra dikenali dengan nama pre-calcules menamatkan tirai untuk sem ini. ouh, sumpah i cakap. balik rumah toreh getah lagi best daripada jawab pre-calculus semalam.
  
entah kenapa, semua seakan akan hilang. blurr, mungkin kerana suhu exam hall mengalahkan suhu untuk orang eskimo. sampai berdenyut kepala aku kesejukan. >.<

oke, lepas exam semalam. aku dan geng geng rock the night. haha, yaaa geng. my group study. yeah, mereka sangat sempoi lah kan. walau kengkadang kami kami nampak nerd kerana 24hours di library. tapi sebenarnya, kami kami budak yang kepala otak nya semuanya masuk air. haha. kami gila gila.
    
disebabkan semalam hari jumaat, so kiteorg terpaksa menunggu mereka meraka yg bergelar lelaki selesai solat jumaat dulu.tepat pukul 3.3o petang kiteorg pergi terusss ke alamanda.

aku, dila, fyra, zatul, liyana, zul, qaid dan mus. hoho. sampai je kat alamanda terus melantak. yer lah mane tak nya, dari pagi lagi kiteorg tak makan pape. :\ lapaqqq.
   
lepas makan makan, kiteorg pegi maen bowling. tapi, mus tak join sekali maen, sebab dia nak balik rumah pakcik dia. aih* yeah, part maen bowling nea la tak leh blarh sekali. ye lah, mane tak nye. sume nya kaku kayu. sume nye ke longkang bola itu. haha. memang maen satu game tak puas hati. kiteorang tambah satu game lagi.

habis maen bowling kiteorg pergi arkid, maen macam budak2. habis rm5 aku beli token. hahaha elok je habis maen, dah maghrib. kiteorg pergi solat dulu, daaaaan ya, sekali lagi makaan. >.<

seriously, kiteorg makan sampai tak larat. lepas makan pergi window shopping kat carefour. hehe round round round sampai kaki penat nak jalan. before balik, singgah kat mcD dulu. beli makan utk berjaga malam tgk movieee. yeaaah!
   
memang release gila gila lah. round kul 10 mlm kiteorg sampai hostel balik. wuuuhuuu. having fun a lot. seriously speaking.

oke, gamba2 nanti i upload laen kali, sebab dengan org laen. hikhikhik.

Wednesday, September 7, 2011

fever-exam fever ?

Assalamualaikum

since my last post on 8/8 and today is 7/9, so rasanya dah genap sebulan kot aku tak menulis kat blog nea. menyampah betul bila cuti dah habis, lagi lagi dah nak final. hidup macam orang gila. ahh.

hah, tengok nea . . .


amacam ? bersepah tak meja study ? dah macam sakai dah aku tengok. tuh baru separuh. baru subjek computer application kot. >.<

oke, mesti korang suspend dgn pistol tuh kan ? pistol tuh digunakan apabila tekanan dalam otak bertambah ketika study mechanics dan pre-calculus. stress stress, amik tembak je terus otak tuh. cara ini dikenali sebagai "brain exploded" *jangan tiru aksi ini dirumah, di hostel digalakkan. hahaha

dah boleh agak la kan keadaan aku kat sini macam mane ? dah boleh agak la kan kenapa aku lama tak update blog ? yaaaa, anda baguss !

marathon study : is now begins. *ouh, wish me everest of luck.
oke, dah update kan ? haha. nak pegi library pulak nea. hmm, hope to see next time.

i'm officially OFF to write the exam. kbai.


p/s : "jaga diri molek duk mesir..?" #demn

Monday, August 8, 2011

play your music on shuffle

assalamualaikum

ehem, kita kembali lagi. hari tuh, jenjalan kat blog makcik gedik ini. missnureen . terjumpa la something yang cun dan menarik untuk di mainkan. haha. ini dia :
   
Rules
1. Put your music library on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. Ok, go!
 
Don' cheat!

1) IF SOMEONE SAYS "IS THIS OK?" YOU SAY? 
Story of Us (Taylor Swift)

Now I'm standing alone in a crowed room and we’re not speaking
And I’m dying to know is it killing you like is killing me? Yeah


2) HOW WOULD YOU BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY? 
Nothin' on You (B.O.B)

♫ beautiful girls, all over the world

3) WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Set fire to the rain (Adele)

well, it burned while i cried, cause i heard it screaming out your name, your name

4) HOW DO YOU FEEL TODAY? 
Every Teardrop Is A Waterfall (Coldplay)
*yeah, feeling like crying.

♫ Maybe i'm in the gap between the two trapezes,but my heart is beating and my pulse start cathedrals in my heart

5) WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Best Thing I Never Had (Beyonce)

♫ I know you want me back, it's time to face the fact,
that i'm the one that's got away.


6) WHAT IS YOUR MOTTO?
Everything (Cheester See)

♫ your eye is wonderful, your smile is too, your laugh is contagious, and your heart is true.

7) WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS? 
Just Feel Better (Santana)

You know I can't see through the haze around me,
And I do anything to just feel better.


8) WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Valentine (Kina Grannis)

Love, I don't need those things
I don't need no ring, I don't need anything
But you with me, 'Cause in your company
I feel happy, oh so happy and complete.


9) WHAT IS 2+2?
Sleeping to Dream (Jason Mraz)

Sleeping to dream about you
and I'm so damn tired.
Of havin' to live without you
But I, I don't mind.


10) WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND
Lighters (Eminem ft. Bruno Mars)

This one's for you and me
Living out our dreams
We're all right where we should be
.

11) WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Just The Way You Are (Bruno Mars)

♫ When i see your face, there's not a thing that i would change,
'cause you're amazing, just the way you are.


12) WHAT IS YOUR LIFE STORY?
One in a Million (Ne-Yo)

Jet setter, go better, nothing better.

13) WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Superman (Five for Fighting)

I’m more than a bird, i’m more than a plane
More than some pretty face beside a train, It’s not easy to be me
.

14) WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Percaya Padaku (Ungu)
*fuh. lagu masyuk.

♫ Saat ku tahu kau akan pergi jauh, izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin diri mu.


15) WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
More Than Word (Westlife)

♫ More than word to show you feel, that your love for me is real.

16) WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Tonight I'm loving You (Enrique Iglesias)
pergh dasat gila lagu nak nyanyi time wedding.

♫ I know you want me, I made it obvious that i want you too,
so put it on me, let's remove the space between me and you.


17) WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Jars of Hearts (Christina Perri)
kes putus cinta la nea. hahaha XD

♫ I know I cant take one more step toward you, 'cause all waiting is regret.

18) WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
B-e-a-utiful (Megan Nicole)

I wanna meet the one who makes it hard for me to breathe,
I wanna be lost in love, I wanna be your dream come true
.

19) WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Breathless (Shayne Ward)
ouh yeah, lagu ini sangat menyimpan secret saya yang BESAR punya.

♫ You leave me breathless, you're everything good in my life,you leave me breathless, I still can't believe that you're mine,
you just walked out of one of my dream.


20) WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
The One You Say Goodnight to (Kina Grannis)
yeah. i would. hoho.

Let me first say that you're so charming.
Don't you think that you could use someone to charm?


21)WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Tunjukkan Aku (Boneca)
ouh. i love this one too !

Soalan tersendu, balas hampa bisu, Tuhan tunjuk sesuatu. apa dia yang satu itu?
Apa bisa ku cinta kamu seperti mana, aku dicinta kamu? aku dijaga kamu?


kepada sesiapa yang free free. tak keje nak buat. boleh la main benda nea. menarikk sangat. huhu. :D

p/s : it's hurt, to act like i dont care. 

kelantan :D

assalamualaikum

hai.hai.hai. sebelum aku membebel jauh, selamat berpuasa untuk hari kelapan kepada muslimin dan muslimat semua. :D
    
oke. hari khamis baru nea (04/08) aku balik kelantan. yeah, setelah sekian lama craving untuk balik. akhirnya, dapat jugak. lagi lagi bila bulan puasa nea, jiwa meronta meronta gila nak balik kelantan.
  
pergh. terasa complete gila hidup bila berpuasa kat rumah. complete sangat. bangun sahur umi yang kejutkan, pastu tolong umi masak pepagi buta. lepas sahur kemas rumah. basuh pinggan, then turun ke halaman rumah. gotong royong. pastu time nak bukak puasa, masak sama sama. kecoh riuh rendah semua ada lah. lagi best kalau ahli keluarga cukup. :D
    
sebelum kepulangan aku ke rumah, hanyalah tinggal anak anak lelaki kat rumah. so, i'm wondering camme la umi masak. haha. ruparupanya, diorang yang tolong. semua masuk dapur, abang aku, dan 2 orang adik aku.

tapi, kekejaman berlaku setelah aku balik. mereka mereka mendera aku. semuanya curi tulang. =.=' kejam2. mentang mentang aku balik, semua nak goyang kaki ye. takpe la, alang alang dah jarang balik. biarlah berbakti sikit. :D
   
sebenarnya, banyak cerita yang nak ditulis. tapi macam semua dah pergi. pergi jauuhhh. mungkin perasaan "tak larat" ini semakin menggunung. siren suh rehat sudah berbunyi. *baru sampai hostel. aih. takpe la. laen kali kalau ade cerita best2 aku bagitau.

last but not least, tak sabar nak tunggu khamis nea. sebab, aku balik kelantan lagi. hoho ^o^ sila lah jeles wahai dunia. :D

Monday, August 1, 2011

post sebelum sahur :D

assalamualaikum
   
ehem, jam menunjukkan pukul 4.20 pagi. dah aku still tak rasa ngantuk. agak agak aku dah tak tido kot. tunggu sahur terus. hehe :D
   
aih, agak pelik dan dan menjengkelkan perasaan bersahur dan berpuasa jaoooh dari family ini. ingin ku tangisi malam ini. namun, airmata sudah habis aku kerjakan pada malam semalam. hahaha. *brehinyo la tiok =.='
   
oke, puasa tahun ini sangat pelik. yang jaooh dari family tuh satu hal. satu hal lagi aku tak design-kan satu wallpaper untuk ucapan selamat berpuasa. aku ada buat satu, tapi tak berapa complete sangat. entah bila la boleh siapkan. sepatutnya semalam dah siap. tapi, disebabkan sesi dari hati ke hati berlaku semalam. maka tergendalalah segala kerjaan aku. huhu.
   
ouh, sebut pasal design. =.=' bakat design-ing aku dah semakin musnah ditenggelami oleh segala bagai yang berkaitan dengan engineering. dah lama kot aku tak sentuh photoshop. *nak cari gradient pun dah tak jumpa. haha. saya mudah sangat lupa. perlu study balik photoshop. dan aku sangat jeles tengok junior2 yang sedang melebarkan sayap mereka dalam bidang animasi, photography dan segala bagai yang berkaitan.
  
hari tu terfikir jugak nak tukar kos, dari engineering kepada creative multimedia. tapi, bila fikir balik. takpelah, alang alang menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal ketiakk. haha. aku fikir, engineering sebagai career. yang creative multimedia tuh sebagai hobi. :D lagipun aku minat dua dua je kot. so tak kesah lah. *padahal aku kesah ngeeee :D 
   
emmm, aku sekarang rasa happy sikit. sebab agak nya la. dah takde kot yang buang masa kat blog aku. so, aku rasa free sikit nak ngumpat  ke pape. haha. *ces, bulan puasa berniat jahat. :D
   
hey, silent-reader. are you still with me ? haha. membebel je pepagi buta nea. oke lah, out dulu. :D
  
p/s : privacyisundercontrol.blogspot is updated :D

Friday, July 29, 2011

private blog ?

assalamualaikum

yeah ! saya sekarang dalam computer's lab. sesi computer application yang paling best di alam semester ini. hari ini saya belajar visual basic. pening tapi best. sumpah tak tipu.
     
ehem, everyone is stuck. how to do? how to do? but mine, already done. harharhar. that's why la syok menulis blog. phewww.

huh ! agak bengang sekarang dengan blogger. sila tengok ini punya printscreen:-

*sila tekan untuk tumbesaran :D

kalau diperhati dengan mata yang tajam kat tab yang banyak banyak tuh. semuanya : blogger permission denied. =.=' cisss. semuanya privatekan blog. semua blog yang aku "minati" untuk kunjungi sudah diprivatekan. kejam !

ini lah mereka mereka yang privatekan blog :-

adninadia
aqilahnaziman
sarahsabri
amalinarosedi (hok berat lagi, blog undefined =.=')
afinazulkifly

cuma ade dua je yang tak private. tapi, itupun jarang jarang update. ouhh, time aku boring mcm nea la korang nak privatekan.

actually, aku pun macam nak privatekan blog. aishh. perasaan untuk blogging dah semakin suram. =.=' serius takde mood. I prefer utk menulis diary sekarang. weeeee. i love my 2011's diary. harharhar. :D

ehh ! oke out luh. *madam perasan aku menulis blog. harharhar

Tuesday, July 26, 2011

midterm+busy

assalamualaikum

ehem. kehidupan kat sini menambahkan lagi perasaan malas untuk menulis blog. haha. tapi, malam nea tetiba ada seru nak menulis.
   
aish, hari jumaat baru nea je aku exam mid-term. untuk subjek Algebra and Trigonometry. yeah, dan hari nea aku dah dapat markah nya. Alhamdulillah, walau tak dapat full mark. tapi, aku masih bersyukur dengan pemberian Allah. tapi, aku tak kan pernah berbangga dengan aku dapat.

aish. dah kira semua markah algebra untuk mid term. kira kira midterm+assignments+quizes = 50% . so tadi bila aku tambah tambahs semua. aku dapat 48% daripada 50%. oke lah kan, tapi bak kata umi aku jangan nak sedap duduk sangat. final exam yakni 50% lagi markah tuh susah, so jangan nak buat tak endah lepas nea. fuhh, aku kena struggle. *chaiyok lah !

oke, algebra dah habis midterm. sekarang giliran mechanics. ouhhhh, seriously aku cakap. mechanics is killing me. =.=' tambah tambah perasaan malas sedang menggunung dalam diri. ya Allah, ape nak jadi dengan aku nea. exam dah hari rabu nea. preparation sehabuk pun aku tak buat. Allah...permudahkanlah segalanya. kuatkan ingatan aku ini.

tadi, tengok daily planning. perghh, jadual aku sangat pack sampai 31/07 nea. cayalah, confirm penat. isk3. =.=' handle program SEKINAR lagi. waaaaaaaaa. tak mao dah busssyyy ! >.<' 

Tuesday, July 12, 2011

cuak-ness. =.='

assalamualaikum

ouh, saya sangat cuak. tolong tolong. cuak cuak cuak melanda diri. kalau bahasa kelantan orang cakap : "wehhhh, beduwa wehhh. beduwa. mu pehey dop aku beduwa?" haha
   
semalan hari cuak sedunia. cuak bila nak buat assignments and quizes, aku punye profile got error message. ni la susah MMU, bila dah maju sangat. nak buat assignments and quizes pun kena online. =.="
   
memang aku punya lecturer tak dapat respond dari aku punya profile. dah nak nangis dah aku time. lagi lagi bila sorang mamat kelas aku nea cakap, "ahh sudah, kau mmg kena beli access code baru la za jwb nya" bapak lah. bygkan dia punya access code 6o ringgit malaysia kot.

aku dah blur, muka macam kena langgar lori dah. balik terus hostel. bukak laptop, online yg pearson punya 24/7 counter pertanyaan. aaa, memang. memang aku suka nak ckp ngan operator dgn english. aku sukaaaa gila kot. =.=' aku kauntim punya kauntim. Alhamdulillah, selesai gak aku punye profile tuh.
   
lepas je siap hal tuh, teringat yang amir hantar message pasal hari ade kerja kat SRM. memang la. memang bagus sangat la kan. aku punya presentation untuk General English habuk pun tak buat. dah la, esok(hari ni) dah nak present. memang la. aku punya group syazman, affan, taufik. yang taufik takyah cakap la dok kat luar campus budak international. yang si syazman. ke mana entah menghilang. SRM pun sepatah haram tak cakap dia nak pegi mana.

tinggal aku dengan affan. haaa memang. memang lama kitaorg kat SRM. samnpai pukul 10.45mlm. lepas habis SRM terus ke library nak wat presentation punya keje nea la. aku dah mula cuak. mana tak nya, hari dah makin malam. dah aku derma darah kot semalam. penat takyah cakap la kan.
      
sampai je kat library. aku affan join satu meja dengan sharizam punya group. tengok diorg dah nak siap, ke-cuak-an kteorg semakin bertambah. lagi lagi bila si syazman dan taufik takde. aaaaa, memang lah. confirm kelam kabut esok. kteorg punya tajuk pun macam pergh la jugak kot. "The Smartphone Technology for Student Career Development" yeah cool right ?

aku lagi cuak bila ini adalah aku punya first presentation. yaa, nak bandingkan dgn makhad dulu. mana la sama kan. dulu memain je kot depan teacher roslinda. mula la aku nak ingat kisah dulu. =.='
    
masa makin laju jalan, otak aku dengan affan dah semakin jam. group si sharizam dah nak balik. tinggal kat meja tuh aku, affan dan aku punya roomate ainna. kebetulan dia ada kan. mintak dia tolong. last2 wawa, aku punya roomate jgk. ajak aina balik. aaaa memang, memang tinggal aku ngan affan terkontang kanting mencari secebis idea yg masih berlari kura kura dalam otak.

jam dah tunjuk 11.3o isi sehabuk aku tak dapat. mula aku nak nangis. aku cakap kat affan, "wei, nak nangis ah aku mcm nea, tension doe. dah la si 2 ekor tuh tak de, sure sure kelam kabut pagi esok. waaaa nak nangisss..." mata aku dah merah kot time tuh. tunggu masa nak keluar je airmata. memang tension gila maen dengan aku punya teamate.
     
affan bila tgk aku nak nangis ape lagi, "wei, jangan nangis bodoh, kang tak pasal pasal org syak bukan bukan kat aku." aku dah tahan dah airmata tuh. macam nak ngalir dah sikit. affan cakap "bodoh la kau ni, aku lempang gak kang" hahaha. lepas tuh penjaga library ckp, library da nak tutup.

aku affan jalan balik hostel. memang pasrah lah ape nak jadi, jadi la esok. affan cakap, "macam ni, aku amek yg part introduction, pastu kau amek part main point, kiranya lepas aku present kau present. yang pasal 2 ekor tuh, biar aku settlekan diorg punya teks."
    
memang kesian doe kat affan. sempat gak singgah kedai beli makan. 2 tin air nescafe aku beli. memang niat tanak tidur terus la malam tu. sampai je bilik. "ainaaaaaaa, tolong zaaaaa !" memang semalam syukurlah ada roomate aina. dia tolong aku buatkan teks. memang dengan dia dia sekali tidur lewat. wawa memang lah, satu kelas. muka dah cuak nak mampos. mana taknya dia punya group first kot yg kena present.

sampai satu message. "jangan nangis, kan dah besar" lepas baca message tuh, aku terus nangis. waaaaaaaaaa ! stresss ! gila gila la. pukul 2pagi aku punya teks bru siap. affan kat fb punya chat tgh tekun cari isi utk 2 org tuh. syukur teks dah siap. aku ape lagi. kemain la hafal dia punya point2. sampai tak perasaan dah pukul empat. masa tuh, mmg dah rasa macam nak pitam. mana tak nya, dalam badan aku kurang dah. pastu tido lewat macam tu pulak. memang cari nahas. pastu, aku amek keputusan nak tido kejap.
      
pukul 5.3o bangun subuh, breakfast, makan ubat. pukul 7.15 dah bertolak ke FIT, yaaa sangat jauh kelas nya. cuak, bila tengok si affan syazman taufik tak datang lagi. tidur lagi ke ape budak nea ???? gila lah. aku call affan. dia ckp on the way. syazman taufik aku tak tau. =.='

8.oo presentation start diorg baru sampai. mula la menggelabah cari idea point2. aku dah tak kira dah time. lantak pi la korang. aku affan saling pandang2. redha je ape nak jadi. dengan si taufik nya datang dengan tak berpakaian formal. jadi satu masalah jugak. aku tak henti henti "rabbi yassir wala tu'assir." memang berserah sepenuhnya lah.
     
tiba giliran kitaorg. ya Allah, it's like a miracle. semua berjalan dengan lancar. tapi taufik jer la KO. dia kena re-do present lain hari. aku affan syazman lepas. siap dapat marks yg cool lagi. cool ke ? aku tak cool pun. hahaha. Alhamdulillah. :D

lepas present, online kejap dekat fb. tengok di affan dan syazman punya status. =.= syazman punya status sumpah takabur. ahhhh, benci aku. 
"done my presentation greatly, without any preparation. damn! i'm so good"

yaaa, statusnya mcm tuh la bunyi nya. rasa macam nak lempang je dia punya riak tuh, aku affan semalam kemain lagi gelabah pasal diorg. =________= sumpah cakap aku geram gila dengan dia. yeaahhh, kalau dia baca blog nea, aku punya suka la aku punya blog kan ? lain kali cakap la awal2. prepare awal2 ke. -______________- geram aku. nasib baik tak jadi pape.

boleh pulak dia jawab "tak, aku mmg suka buat benda secara spontan" memang. elok la, nasib baik tadi Allah nak kasi semua jalan elok. tak fikir ke kalau jadi sebaliknya macam mne ? ergh.
      
ya, hari saya rasa nak marah dengan dia. sangat sangat. errrrrrrrrrr.

p/s : sila praktis present sejak sekolah lagi. :D

Thursday, July 7, 2011

cinta ajnabi

assalamualikum.

credit to : k.asiah for the picture.

 peringatan untuk teman dan diri sendiri. :)
jangan terus terleka dengan cinta ajnabi
just believe in Him.
if you're destined for each other.
Insya'Allah. :)
remember "redha Allah is our ever goal"

p/s : Allah is Great !

Saturday, July 2, 2011

keep moving forward

assalamualaikum

entah kenapa, malam ini rasa macam nak membebel kat blog ini. ya, mungkin sekarang weekend. the only night yang boleh aku lepak lepak. *sebenarnya takde la lepak sangat. tapi boleh la dikira lepak kalau nak dibandingkan dengan malam malam yang laen. terlalu hectic.
   
saya benci kehidupan disini. kehidupan yang penuh dengan tergesa gesa. ya, mungkin aku tak pandai sesuaikan diri dengan suasana university. tapi, sumpah aku cakap kehidupan kat sini macam gila. ahhhh, apakah ini semuaaaa ? lagi tigapuluh hari nak mid term. kenapa semua orang nampak steady je ? aku yang gila menggelabah. errrrrrr. =,='

malam ini otak aku sangat stuck. yaaaaa, stuck dengan mechanics dan algebra. ouh, ini apakah ? tabahkan aku ya Allah. T.T walau aku penat mengejar cita cita kat sini. tapi aku takpernah rasa putus asa. haha. :)
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu...lah orang-orang yg paling tinggi darjatnya jika kamu orang yg beriman.” [Al-Imran:139]
yaaaa, jangan putus asa. terus berusaha, menggapai bintang di langit. tutup mata, pekakkan telinga, bisukan mulut. IGNORANCE is BLISS ! keep moving forward ! go go go go !

mid-term is coming. =,='

p/s : you leave me breathless.

Sunday, June 5, 2011

MMU :)

assalamualaikum
           
halo halo halo world ! we met again ! *bajet dah empat tahun tak blogging. :) yeah. minggu orientasi sudah lah tamat. sesungguhnya saya akan sentiasa merindui minggu itu.
           
masa mula mula datang tuh, kemain lagi aku tanak join orientation week. sebab aku rasa macam s*ck gila mula mula tuh. rasa macam, ouh apakah ini ? ouh apakah ini ? -________- but, day by day. a little bit love grow in my heart. *chewah. B)
           
korang jangan risau, post kali ini takkan panjang kerana aku masih la sedar diri untuk tidak menulis kesemua experience dan cerita aku ketika minggu orientasi berjalan. namun, dan akan tetapi, aku akan tulis yang *the most unforgetable moment lah yer.
          
the most unforgetable moment is ; cultural night. yeah, memamg semuanya culture shock pada malam itu. hal ini kerana syarat pemakaian untuk malam itu adalah bebas memandangkan kami kami orang perlu membuat persembahan. seriously cakap, macam pegi clubbing. *auwwwww >.<
     
group 14 yang xcukup ahli *cultural night*
untuk group aku, yakni group 14 (boom boom pow) telah ditugaskan untuk melakukan persembahan yang bertajuk *flashback : wound dog by elvis presly. wuuuuuuuu. memang aku tak penah lupa, sebab aku naek pentas dan kena twist like 50-an. >.< macam sial rasa nya. yeah, aku hanya goyang kaki disebalik curtain. hakhakhak. malu siot ! :P
            
yeah, aku taknak cite panjang panjang. at the end of the show, our group got second prize. wuuuhuuu ! korang boleh bayangkan lah bagaimana teamwork antara kami kami sehingga boleh menang. yeah ! group 14 memang rocks ! i love it ahak ahak !
          
unforgetable moment ; sayang says. errk ! i hate this game . really really hate it. game ini dimainkan dengan mc dihadapa sebagai sayang. then, we must do what ever he says. it's like :
         
"sayang says, up" then we must get up from the chair. every little things.
     
but when sayang just says "everyone up" then, kalau kita bangun dari kerusi. it's mean we are lose. -,- get it? ergh. never mind.

untuk dipendekkan cerita, i always do mistake in this game. ergh ! then, the punishment is ; yang salah kena naek on stage. wuuuuhhuu ! i thought i would love the stage. but not anymore.. errrrr. 

on the stage we*pesalah. kena main *past message. oke, permainan ini masih diterima akal manusia seperti aku. then, no comment !

but, after that. i do mistake again and again. the punishment is ; introduce yourself. give your name, your course. and everyone say, *give your status ! rawwr. i feel like fainted. 

then, i just do it. but, the Sayang*OC dani. says :

"let's do the catwalk" and everyone like. wooohhoooo. *big applause.

errrkkk. I am dead ! I feel like banging dani face on the floor. errrrrr -,-'

and the Nobody by wonder girl is playing as background. omai. omai. omai. need some air at that time. getting nervous. grrrrr* my face turn to pink. -,- 

then, i just walk. not CATWALK. walk, to the mic and introduce myself. and everyone like, yeah yeah yeah. =.=

after that incident. everyone know my name. and they recognize me. haiya . shame maaa~

and the last unforgetable moment : I fainted at last day. yeah, fainted at last. I feel like something stuck in my chest. I can't breath properly. after having lunch, aku pergi ke grand hall utk briefing pasal PTPTN. ouh man, cyber is so so hot. yeah, thats why lah I fainted.

dan saya dibawa ke klinik MMU. mungkin keadaan saya tak tahan, maka maka, doktor kat situ cakap, saya harus dikejarkan ke hospital. lalu, bergegas la ke hospital. masa tuh aku separuh sedar. erk. rasa macam nak mati dah.

lepas 2 3 jam, doktor bagi aku ubat ape entah. then, feel better sikit. then, aku pun balik ke hostel dan skip closing ceremony. hasrat memang nak pegi tapi, jiwa macam lemah sangat nak dok situ. kena rehat jugak.

pada malam itu, semua orang dah balik, dan datang nad budak group 14 cakap kat aku.

"hey, rugi tawu you tak pegi tadi. your face keluar kat slide as Miss MMU."

errrr. terkejut siot kot. hahaha. macam tak caya je. but, after everyone say that. maka saya percaya lah. hahahaha. :))

oke dah, saya tahu post ini sangat pendek. nanti saya panjangkan lagi. HAHAHAHA. terima kasih kerana membacanya. :P

p/s : dont come and leave. but please, come and stay.

Friday, May 27, 2011

GOODBYE :)

assalamualaikum

ahh, saat saat akhir di rumah. pasnea bermula lah kehidupan baru. ah, gonna miss everything.
  
goodbye, everyone. goodbye everything. goodbye. it's really really a goodbye. :( ouh, sad so sad.
 
doakan kejayaan saya kat sana. doakan saya ditempat orang. doakan saya selamat semuanya. sampai masa, ada jodoh, kita jumpa lagi !
       
"Goodbye" isn't a word of parting since we've promised to meet again :)
gonna miss ; my parents, siblings, family, besfriends, lil sis, team IT's members and all my friends. :)

p/s : sebulan kot tak online. KOT oke. :)

Wednesday, May 25, 2011

having fun ♥

assalamualaikum

hi everyone, everybody ! hello, anyone anywho. haha. weeeee, hari nie, hutang saya sama itu MMP sudah selesai. I mean, saya dah hantar buku teks. teks? yer buku teks stam SPM yang sudah berkulat di rumah. ouh, ye saya tau. sangat tidak senonoh.

amboi, kemain lagi penat aku angkut sume buku buku tuh naek teksi. punye baek pakcik tuh, hantar aku sampai depan pintu utama maahad. takde la tercabut sangat tangan aku nak bawak benda tuh.
         
lepas hantar buku teks, saya jumpa macam macam cikgu. hampir 2 bulan kot tak pergi maahad. grrrr* masa tunggu teksi tuh, terfikir jugak kalau sempat nak jumpa cikgu Azhari. dan tibatiba aku bertanya diri sendiri . 
        
*eh, muka cikgu Azhari macam mne eh?*
         
HAHA, seriously, masa tunggu teksi tuh tak ingat langsung macam mana muka dia. *gila, kacang lupakan kulit betul. tadi sempat jugak terserempak dengan dia.pastu aku pun macam *oo, oke dah ingat balik* haha. weeweewee^^ mekaseh cikgu untuk katakata semangat itu. :D

lepas je sesi jejak kasih bersama cikgu cikgu. aku dan kanak kanak pergi merayau kat KB. hajat nak bersuka ria di atas parkson. dan saya akan menjadi mak tiri mereka. namun, saya sebagai senior yang baik dan takut akan apa apa yang terjadi nanti. kesian pulak diorang. so, MFC jadi sasaran kami.

mula tuh, aku separate dengan diorang, pasal aku nak beli something kat gaint yakni parkson. maka berjanji la kami untuk bertemu di MFC. lepas, je habis beli, aku terus ke MFC.

uuuuu, mula mula tak perasan keadaan di atas meja makan kitaorang. selepas di tunjuk, aku pun macam. wah! >.< nak nangis takde air mata. layan gamba jom.

 bikin terharu. T_T


 excited nak potong kek >.<

 weeee <3



 hah, banyak kan diorang melantak? aku pun tak tau apa la yang diorang order. aku punye rm6.30 je kot tadi. itu pun dah kenyang. dasyat dasyat. oke lepas je makan makan, diorang buat konvoi hantar aku ke kamdar pasal aku tunggu ayah aku kat sana.

 yer, kamdar kami datang.


walaupun agak kuciwa pasal kanak2 hanya 5 orang. *saya nak jumpa semuanya. -___- tapi, still having fun. yang tak datang tuh, thanks jugak sebab bagi kata good luck :) apa apa pun love you all lah.

thanks again ! <3


p/s : terkilan, AdninNadia takde. :(