Friday, January 28, 2011

ayah oh ayah.

assalamualaikum

I'm back! :) kesihatan agak kurang sikit 2 3 hari ini. sebab itu lah aku tak update blog. bukan setakat nak update blog, nak layan pc pun tak larat. but, sekarang dah oke sikit. maka maka jari saya kembali menari menari. haha.

2 3hari ini perut hampir pecah sebab geli hati dengan ayah aku. disebabkan umi dan adik aku pergi berkhemah dalam hutan. so, aku dengan ayah aku je la tinggal kat rumah. contract aku sebagai suri rumah hanya pada hari bekerja. kalo hari cuti macam nie, keje aku adalah tidoo je la. tapi, aku anak yang baik. rumah tuh aku kemas la. takkan nak suruh ayah aku yang kemas kan. kesian pulak.

tapi, bila masuk bab makan makan. mintak maaf. aku macam dah tade mood nak masak. kalau setakat breakfast roti canai segera dengan air milo tuh oke lagi. yang tengah hari malas nak fikir nak masak apa. so, pagi tadi ayah aku tanye,

"kak irah nak masak apa hari ini?"

"ah? nak masak? malas la, ayah la masak. ayah nak makan apa?"

"rasa macam nak makan nasik minyak je"

aku gelak separuh mati. HAHAHA* "nasik minyak??"

"yer lah, nak tunggu makan nasik minyak anak sendiri lambat lagi, yang tuh nak study, yang ni nak keje, baik bikin sendiri daripada dok kemponan."

BAHAHAHA. agak senget sikit ayah aku. dari minggu lepas lagi tak habis habis dengan nasik minyak dia. sampaikan akak akak dan abang aku malas nak online takut ayah aku tanya pasal benda benda itu. *aih susahkan jadik dewasa?

yer lah, mungkin ayah aku dah terlalu banyak dapat kad jemputan kawin dari kawan kawan yang seumur dengan yang. maybe rasa jeles kot. haha tak kurang nya kad jemputan majlis kesyukuran *cukur rambut anak. HAHA* orang tua la katakan.

oke. balik yang nasik minyak tadi. sebelum ayah aku pergi solat jumaat sempat jugak dia pesan suruh aku keluarkan ayam dalam peti sejuk dan kupas bawang merah, bawang putih, dan halia. katanya balik nanti dia nak masak. so, aku buat je la kan. lepas suda solat zohor aku dah KO dalam bilik. ngantuk amat kot.

sedar sedar ayah aku yang kejutkan.

"kak irah. kak irah. bangun makan. dah siap masak dah nea."

aku bau macam sedap, tapi otak tak boleh nak tafsir nasik minyak tuh. tengok kat dapur, gelak macam orang kurang siuman. patut la macam kenal. bau maggi kari rupa nya. haha. aku yang tergelak gelak amik pinggan.

"eh, tatau pulak kak irah yang nasik minyak berangkai rangkai macam maggi. mana nya nasik minyak yang kata kempunan tuh?"

"ah tak payah. kita tunggu yang sebenar punya lagi best."

wahaha. ayah ku oh ayah ku. tak leh blarh arh. tapi, at least aku tak payah masak untuk hari ini. hoho. maggi ada lauk hari ini. banyak gila ayah aku taruk ayam. haha. pecah perut pecah.....

p/s ; i love dad :D

Tuesday, January 25, 2011

afina's tag

assalamualaikum

actually, dah lama dapat tag nea dari adinda ku afina. namun mungkin disebabkan beberapa masalah ia jadi tergendala ; sorry mexs :D

"What's your favorite cartoon from your childhood?"

childish amat soklan dia. but, i like :D

1. Doraemon

yang ni memang favourite. tak penah miss cite dia kat ntv7.
yang kat ntv7 tuh mase sekolah rendah. kalo time 4 5 6 tahun kat tv1.
bukan tengok kat tv je. aku beli komik dia bermacam macam siri ah.
cerita pendek. cerita panjang. doraemon dan kawan kawan. macam macam ah
sampai sekarang buku buku tuh masih bernafas dengan sempurna :D

2. Shin Chan

yang ni pulak, kira package sekali dengan doraemon lah. kat ntv7.
doraemon 7.oo mlm dan sambung terus dengan shin chan 7.3o.
pastu, mula liat gila nak solat maghrib. tunggu iklan baru nak solat. :))
solat macam kilat. wah dasyat nak mampos. memang kira berdosa gila lah sapa yang plan ni untuk rosakkan kanak kanak islam. HAHA*

3. Ultraman 80

satu satu nya ultraman yang aku tengok start dari episod 1 sampai akhir.
lagu tema dia pun aku siap hafal lagi. tapi dulu dulu la. sekarang ingat sikit sikit je.
aku rindu gila nak dengar time dia nak terbang *zerht! haha
satu lagi satu lagi, time kekurangan kuasa, lampu dok liplap liplap. *telong. telong. telong :))

4. Anak-anak Sidek

suka gila kot kat komik nea. kalau kat tv. selalu yang tayang benda ni, tv1 lah.
komik citer nea berseppah rumah aku. setiap episod aku ade. besttt sangat kot.

5. Tom and Jerry

yang ni, selalu tengok kat ntv7 and cartoon network.
suka amat time diorang gaduh. aku rasa jerry lebih jahat kot daripada tom
tom macam sengettt sikit. haha.

6. Popeye the sailorman

aku suka nyanyi lagu dia. *popeye the sailor man. fuh fuh~
layan je cite nie. emmm *bini popeye tuh adalah adnin. :D

7. Power Rangers Lightspeed Rescue

power rangers yang aku paling sukaaa daripada yang banyak banyak.
hoho :O

rasanya macam dah takde kot yang aku suka tengok dulu dulu. kalau sekarang aku tak suka sangat tengok tv. sama lah macam dulu. haha. tak banyak tengok tv sangat. :D

tag balik ;
1. byqie
2. missnureen
3. yunk :)

tag yang kedua ;


(1).buat satu entry dan letak pic award nie dalam entry..dan link kan ke
http://kimicnol2203.blogspot.com

(2).letak award nie kat sidebar beserta link ke
http://kimicnol2203.blogspot.com

(3).jawab 2 soalan mudah..

-ape benda paling cool dalam hidup kowang??
cool? i see the ice berg :D
keluarga kan sahabat

-siapa owang paling cool pernah kowang jumpe??
abe kob

(4).tag 3owang blogger..(roger2 kat dyowng)
1. byqie
2. missnureen
3. yunk

p/s ; boring la tag yang kedua tuh

tag oke?

assalamualaikum

dapat tag dari missnureen maharani gedix. sebab ape gedix? sebab tak boleh right click kat blog dia. annoying molep ah. uh.

1. Adakah anda rasa anda hot??
hot? rasa nya soklan ni yang lagi hot kot.

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!


3. Cerita pasal gambar.
gambar neh? gambar neh aku jumpa kat flickr yang nama nya *zazabaex :P
dia tulis kat situ, rumah tuh ada kat area ketereh kat kg. paloh rambai. korang kenal?

4. Bilakah kali terakhir anda makan pizza?
last week, mase tuh visit sekolah tanpa breakfast anything.

5. Lagu terakhir anda dengar.
valentine by kina grannis

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
listening music, chatting with people, eating cudbury :D

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
za
zaza
k.erah
kirah
abe yoh *faham ke?
and yang terbaru* abe kob :))

8. Tag lagi 6 orang.
makhluk yang blog nya still bernyawa lah kan?
1. abg adnin
2. byqie kacak
3. sarah sayang
4. amna poyo
5. pina cool
6. dayah cun

9. Siapakah orang no.1 kepada anda?
bf :)

10. Katakan sesuatu mengenai orang no.5.
dia budak yang baek dan cool. *pina ngupoh cudbury so.

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
ada. hubungan dengan saya. she's mine. right kan sarah.
*or im just tepuk sebelah tgn? HAHA* :P

12. Bagaimana pula dengan no.4?
juniors yang taat. tapi kadang kadang poyo. dia gelak macam *grrr HAHA

13. Pesanan buat orang no.6?
jangan lupa belanjo pizza 14butey.

14. Kata-kata cinta untuk orng no.2.
abang bingki. u kacak la. auw. i suka u la. muahh HAHA*

15. Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men-tag anda.
1. dia senior yang superB
2. walau dia gedix semacam. tapi dia baek hati :P
3. dia dah makin bulat effect makan cudbury byk dan dia mentor saya untuk bulat :D
4. dia panas baran. senang cite dia bekenggg :O
5. dia selalu cakap saya cantik :))

16. Persamaan antara kambing dan lembu.
*dalam dilect kelantan
lembu kambeng dih? supo blako. kalo bezo pom alek tanduk sikit jah.
tapi, kambing is sarah :P wahaha.

17. Perasaan anda buat tag ni.
fun sikit sikit. boring serdahana. mengantuk banyaakk!

18. Adakah anda tahu si Rizman itu sengal
rizman? *sekali lagi dilect kelantan
aloh. anop pok su ngokngek. hop idung sengek keno jirek lori minyok.
kenal?

19. Gay or les?
not both of them. i'm normal :)
*saya gay, saya oke. pergh! xleh blarh!

guess, i've done :D


a day without *something

assalamualaikum




argh! chatbox fb dah buat perangai pulak. terganggu gosip aku! rasa macam murka gila. -.- biarkan lah!

layan blog lagi best. :) talk. talk. talk. i can't even stop from talking. tapi 2 3 hari ini tak berapa nak bercakap. yer la kan. handset pun dah jadi papakedana. seminggu dah tade kredit. so, that's why la aku macam banyak mengarut sikit dalam blog neh. addicted nak cakap dengan orang.*padahal tak habis membebel dengan adik aku kat rumah. lalalala~

oke. hari ini umi aku call dari pejabat nya terus ke cellphone aku pukul 3 petang. kata nya, ada bisnes baru. suruh aku bersiap siap. erk? aku masa tuh air liur basi pun tak kering lagi. =.=' wait aku tido tengah hari la. letih kemas rumah kot. *bajetttt. 

banyak la umi aku punye bisnes. dia ajak aku teman dia pegi KB jap. kata nya nak tengok kain. aku ikut je dangan muka poyo nak mampus. haha. uih? betul betul ada bisnes la. waaaa. aku suka. aku suka. duit masyuk! kechingg. kechingg! $.$ boleh la tambah pendapatan aku untuk capai DSLR. auw. tapi, tak siap lagi bisnes tuh. nanti bila dah stable aku announce ah kat sini. haha.

baexlah, yang itu petang tadi. yang malam ini pulak, aku rasa macam dah tade keje untuk dibuat, first tuh round blog kengkawan dan link link yang dieorang ade. pastu ternampak kanak kanak yunk kat chatbox*grrr mintak dia punya blog. kot kot ada la kan. wah, ada rupa nya.

well, macam biasa saling follow meng-follow. haha. *thanks yunk! pastu kat blog yunk lah aku explore ke hulu ke hilir. mostly, girls blog are pink winky. aku terpaksa pakai sun glasses. seriously, sume yang aku masuk pink. pink. pink. pink. rasa macam dah nak rabun warna. the question is, *perlu ke pink? obsesssss nak mati. *sedap cakap kat orang. aku yang obsess merah tak kutuk pulak? haha. well, biasa la kan. :)

girls, korang tak perlu la obsess sangat dengan pink. hoho. *susah susah je aku ni kan? :P disebabkan aku rasa macam hari hari aku sentiasa dengan keboringan. so, aku follow several blog yang aku rasa..*awesome. maka maka bertambah lah pembacaan aku. ilmu pun bertambah. *ececeh.

oyeah, esok maybe aku ikut kot hang out with my girls. rindu rindu. haha. dan maybe esok aku nak pergi kedai cermin mata. nak check power. yer la kan mana la tawu kan tengok pink pink tadi jadi effect kat power aku yang sudah semakin berkurang nea. kot kot kena barah mata la. *terlebih suda. :D

saya selalu merepek macam ni kan? haha.


Sunday, January 23, 2011

my pleasure

assalamualaikum.

sesi merapu bermula :D macam biasa la kan bila dah tade keje nea. nak baca buku macam dah tade buku yang best untuk dibaca. rasanya sumeeee dah baca. need something new. aih*

oh ya, bercakap pasal buku kan..lama dah kan tak cakap pasal buku? semenjak dah putus hubungan dengan spm, kira lama tak sebut pasal buku. HAHA* but I've read some books after SPM. lihat ini ;

 my pleasure reading :)

let's start with this ;

 mostly komik doraemon dan komik cintan cintun jepun itu. aku dah cukup addicted dengan segala benda nea. hoho. komik doraemon tuh memang sejak dari aku lahir lagi. semua siri aku ada. komik jepun tuh aku baru je addicted. gara gara sepupu aku yang datang rumah aku membawa virus baru. but i like it!

oke next is ; 
aaaa. aku rasa yang ni bukan faveret aku pun. sume buku tuh aku dah bace. tapi tak pernah habis, aku tak suka sangat la novel melayu neh. clishe semua nya. ni pun novel yang lama berzaman. novel peninggalan kak aku. disebabkan keboringan yang amat. aku capai je. cuma aku baca start bab satu. terus belek bab akhir. :)) tapi, yang aku habis baca hanya satu, SEPI TANPA CINTA. auw best kot. agak la.

then yang ni pulak ;

yeah. yang aku suka. cerita dia tak de la macam cerita cerita melayu yang bercerita kisah cinta yang entah apa apa. meluat aku membaca kalau novel melayu. ayat dia tak leh blah. tapi, cerita cerita ni variety omputeh cakap. contoh yang tajuk HOT TARGET kalau tengok kan cover yang menggoda tuh mesti korang fikir cerita ni blue nak mati. tapi, cerita tuh pasal seorang agen nak menyiasat something something. tapi, yang part 18 sxx tuh confirm ade kan. kalau tak *it's something weird for white-man life :D am i right? yang paling best JUDY MOODY DECLARED INDEPENDENT cerita ni pasal remaja(juddy) yang bukan declared sebenar nya tapi dia demand independent tuh dari mak bapak dia. kira dia nak privacy life la. bestt. *tak de kisah cinta pun :D

baex next ; 

emm, ni semua buku pasal motivasi. milik ayah aku. since aku dah tade keje nak buat kan. so aku tolong ayah aku habiskan semua tuh. actually, banyak lagi buku buku macam ni. tapi yang ni antara aku suka dan habis di baca :D tapi, macam biasa la kan motivasi omputih mesti guna bahasa yang tough sikit. so yang ni aku guna pertolongan abang google translator. auw. cuba teka antara 3 buku ni mana yang paling aku minat? *jengjejeng. mesti dan of course la THE FIVE LOVE LANGUAGE. buku ni pasal cara nak communicate dengan mate kita. this book are recommended for who has got married. well, ini satu persediaan la kan? HAHA* gatai betol :D tapi serius, aku suka bahasa yang dia gunakan.

yang seterusnya ;

yang ni, aku suka jugak baca buku buku macam ni. actually banyak lagi tapi ini untuk tayangan je la. contoh nya MUSTAFA KAMAL ARTATUK. ISLAM vs KRISTIAN. MOTIVASI SEORANG MAHASISWA and so on. tapi, yang paling aku suka bace yang KAMAL ARTATUK dan RAHSIA ARQAM. ia mengisahkan penyelewengan al-arqam. dan kamal artatik nea la yang pemusnah orang islam di turki. *ade ke patut dia convert azan dalam bahasa latin? dasyat. untuk pengetahuan korang la, kamal artatuk dan persatuan al-arqam ni adalah orang islam. al arqam terlalu taksub nak jadi pemimpin sampai sesat di jalanan. kamal artatuk pulak seorang president pertama turki kalau tak silap. konon nak bawak pembaharuan dalam islam. isk3. rosak rosak.

before last ;

yang ni, really really my pleasure la kan. yang SOFTWARE ENGINEERING dan COMPUTER GRAPHIC tuh milik umi aku. buku sekolah dia time dia wat master zaman muda muda dulu. yang HOME REMEDIES tuh ayah aku punya. haha. tak habis pun aku baca. belek biasa biasa je. poninh kepalo nengok. tapi, yang remedies tuh habes. suka suka. ia pasal penyakit penyakit dan remedies dia yakni ubat dia lah, boleh buat dirumah. that's why tajuk dia HOME REMEDIES. :)

last but not least, aku suka baca benda ni ;

tafsir quran. *ehem bukan bajet alim oke. tapi serius aku suka baca cerita cerita dalam ni. especially kisah nabi yusuf. pergh, penuh keangungan Nya lah. *insaf kejap -.- heee

well, since sume bahan bacaan kat rumah aku dah tak ade yang aku tak bace. aku nak demand dengan parents aku 4 buah buku yang baru as my salary for this week. deal uh? ouh yeah. tapi parents aku cakap pegi je library kalau nak bace buku. duit pun tak banyak habis, ilmu pun dapat. aih, aku setuju apa yang parents aku cakap tuh. tapi macam ada satu kepuasan kalau memiliki buku tuh. dan bila bila masa boleh habiskan. xde la in rushing sangat kan?

oke, dah cukup panjang aku membebel. cuma satu je lagi bagitahu. kepada yang terasa la kan *tolong jangan buat aku macam anak patung baby doll yang dok dalam almari. time nak guna kau cari, time tanak kau biarkan aku je kan. kawan ke macam tuh? current mood ;

memandangkan putera katak nea tak pandai nak wat reaksi marah, so aku lukih emotion kat sebelah tuh menunjukan aku *badly mad. huh.

Saturday, January 22, 2011

tear in silent

assalamualaikum

oke. aku mengarut tengah malam malam buta ni. *buta ke malam tuh? haha. actually aku yang membuta dari subuh sampai tengah hari. bak cakap orang orang tua ;

"ayam jantan yang paling tua pun dah bangun kau masih dalam selimut?"

*ish perangai tak senonoh betul! :D dan effect nya ini malam lah kan. mata masih berkuasa ultraman untuk melihat. ala, tak pe esok bukan keje pun. so, tak payah nak sibuk sibuk nak bangun awal. :)

oke. malam ni aku rasa macam nak tembak je chatbox fb. sebab dia pilih kasih! dia jeles bila aku nak start chating dengan bqie. =.= aku nak tulis je *aqilah naziman is offline. sikit sikit offline. sikit sikit disconnect. padahal aku membebel dengan dayah bagai tak ingat dunia oke je. =.=

see? geram amat kot.

chatbox jeles akan kemesraan ku dengan bqie. *ouh. kau kejam chatbox!
macam ni kot muka aku time frust tadi.

untuk melegakan kemarahan aku rasa macam dah tiba masanya untuk aku isi upu fasa kedua. tapi, sebelum aku kena tahu dulu course apa yang aku nak telan nanti. *amek yang sesuai dengan saiz badan la :D so sesi searching mer-ching bermula!

macam biasa i mengorat pakcik google dan abang kacak yahoo! tapi, ini google chrome buat hal. takleh nak bukak yahoo sebab ada error code =.=' *banyak nya yang berdosa dengan aku hari ni.

google oh google please treat me nicely :) finally, dapat result cun dari uncle google. saia jumpa yang ni senarai ipta di malaysia . aku visit semua website ipta tersebut. oh mummy! aku tatau nak choose yang mane satu. *aih susah nya nak jadi dewasa. =.='

yang aku sure, aku nak amek course(kira ni choices aku la)

i- engineer(software)
ii- creative multimedia
iii- graphic design
iv- mass communication

macam complicated kan? aku sukaaaa! tapi aku dah tanya senior senior yang amek course ni. kalau dapat score mark chantek ramai yang nak amek keje. tapi yang penting score mark chantek la.

kalau engineer(software) tuh ade dekat ipta. yang masalah nya sekarang, yang 3 lagi choices tuh bak kata senior aku *kak zakiah kalau course macam ni kualiti dia lebih bagus dekat ipts macam MMU *promote U die. well, aku sokong 1giga%.

ipts? sapa yang nak tanggung aku pegi sanna? kawin dengan anak raja dulu la jawab nyaa. *kalau dapat kawin dengan raja baek tapayah sekolah. dok rumah goyang kaki jeeee. :D (berangan tak habis habis)

aku tanya pendapat ayah aku dan ini sebagaimana beliau berkata ;

"jange dok gadoh, tengok result dulu baru isi, result yang tentukan segala nya. minat ke tak terpaksa telan"

oke, aku rasa cuak bila sebut pasal result. aku terus tekan butang pakah. dan aku tak nafi apa yang ayah aku cakap. dah banyak contoh senior aku sebelum ni. waaaaaaaaaaaaa! aku takot! result oh result. harap kau beranak dengan penuh bergaya. =.='

*sentiasa berdukacita selagi result tak keluar. sobs
p/s ; nak tidoo!

Friday, January 21, 2011

different

assalamualaikum

ola? see the different? how? do you like it? yes i do :D mula mula tu macam biasa la kan. visit blog sendiri nak tengok progress. tiba tiba terfikir dah mual kot tengok layout ni. walaupun merah yang ternyata cun melecun :) tapi, dah boring dah guna yang nea. so mula i mengorat pakcik google dan abang yahoo. auw. haha

search punya search, aih macam dah lapuk je template kat dalam google dan yahoo nea. semua nya i dah tengok. tachantek tachantek. until lah aku jumpe yang nea. cun jugak. bole tahan la kan. bila dah berkenang ape lagi kan? download la~

memandangkan banyak benda benda yang penting dalam layout tuh, so sesi peng-edit-an html bermula. rasa macam nak juling je mata aku baca html yang tak berapa besar itu. *.* bukak photoshop edit gambar. nak ukur gambar bukan main susah. yer lah nak bagi same dengan kotak yang disediakan. uih. *nampak sangat dah tade keje laen nak buat

lastly, nea lah hasil nya. cun kan? haha nvm.

Wednesday, January 19, 2011

past

assalamualaikum


everyone has a past. so do i. the past teach me a lot of thing. that's why i forgive them.


Tuesday, January 18, 2011

a reason

assalamualaikum

*everything happen for a reason* qoute yang baik untuk dipegang. namun, ada yang telah meng-spoil-kan qoute tuh dan maaf, aku tak boleh berpegang pada nya. aku hanya boleh mengatakan yang aku percaya semua berlaku ada sebabnya tapi aku tak boleh berpegang pada quote tuh :)

hari nea macam tak berapa cun. bukan maen ayu kot aku pakai tadi. tup tup naek teksi. :)) *umi ! nak lessseenn kete. bila nak dapat nea =.=' ? pegi sekolah macam biase la kan ? aku pegi untuk bantu bantu kanak kanak yang sedang kelemasan dengan tugas baru. aku rasa kejutan tentang jawatan pun belum reda dah dikejutkan dengan tugasan hari nea.

kasian kan juniors ku. agak terkucar kacir la sikit tadi. maybe sebab plan xcukup kemas :) by the way, its oke my dears. baru permulaaan kan ? *berhenti goreng ikan :O oke. kita sambung. hahaha. ouh, permulaan. yep a humble start will have a happy ending. :) *stik to that ! auw. tabanyak kot aku nak cakap pasal tadi :O sebab aku pun spoiler jugak tadi. hoho. im doing nothing je tadi. *dasar senior yg tegar :O

oh ya! tadi aku pegi cuci gamba gamba yang aku edit. saja gatal tangan nak design test photoshop kot. tiba tiba je *kebetulan kot. ade mamat nea datang tengok aku punye design. mamat tuh keje kat situ *azamphoto. eh, malu la sikit lagi ! dia tengok design aku. kalau lawa tak pe. hodoh macam mengkarong. =.='

dekat kaunter nak buat pembayaran :) ade la abang faisal*tauke azamphoto. auw terima kasih yang jutaan abang faisal. sebab kasi saya diskaun. auw. kenyit meta untuk abang faisal. auw* hahaha. gatal kot. *yg kenyit mata tuh tipu oke!

tengah syok borak borak dengan abang faisal datang mamat tadi tanya aku "eh, edit sendiri ke yang tadi tuh?" aku pun tak terkata angguk jer la kan. dia pun jawab "not bad uh?" abang faisal pun menyampuk. "taknak keje kat sini ke? jadi graphic design. sekali dengan dia*sambil tunjuk kat mamat tuh"
oh mak! malu oh! mamat tuh graphic design? tobat aku malu. dah la design aku macam mangkuk hentahapahapa.isk3!

aku tak jawab pun yang aku nak keje ke tak. sebab aku macam tawu je jawapan umi aku kalau aku mintak keje kat luar. aku bukan nak duit pun. kalau boleh aku nak pengalaman tu. yer lah keje dengan orang professional laen kan dari keje sendiri yang selalu syok sendiri. haha. tapi aku tak kesah pun kalau umi aku tak kasi sebab bukan aku nea tak cukup makan minum nak cari duit kat luar. huuhuu. like i said. i nak pengalaman. :)

tapi, abang faisal sedia bagi aku keje bila bila masa je. huhu. tadi dia siap kasi contact number lagi. mamat tuh pun kasi jugak. alahai best nye kalau dapat izin mak ayah kan? tuh lah, everything happen for a reason. ada la tuh sebab umi aku tak kasi. dan aku tawu sebab itu kenapa. at least aku tawu sebab nya. dan aku terima benda yang *happen tuh. tapi kalu benda yang *happen tuh tatau sebab nye. dok asyik cakap. everything happen for a reason tapi reason nye tak kasi kasi. aaa yang tu aku cuak gila kot.

oke. done for today :)




Saturday, January 15, 2011

lambat ke ?

assalamualaikum


terlambat ke kalau aku baru nak ucapkan selamat tahun baru. haha. 2010 ; kenangan yang selalu bermain dimata, kenangan bersama keluarga yang segalanya bagi aku, bersama bff ku, bersama *gang ku =.=' dan for sure bersama team it yang terchenta. eh, cop satu lagi, bersama kak yie yg disayangi :)

memang sume tuh dah tak kan aku rasai semula sebab *i have to go. hoho. rindu semua saat saat itu. xsampai sebulan pun masuk tahun baru, dah banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku. memang berbeza sangat tahun lepas dan sekarang.

aku dah tak bergelar pelajar mmp, aku dah pandai bawak keta, aku dah jadi suri rumah sepenuh masa, aku dah jadi graphic designer part time, aku dah jarang jumpa kawan kawan, aku dah keje sekarang, aku dah ex-friend, aku dah ex-president, aku dah jadi co-officer team it, macam macam dan malam nea, satu benda lama dah bernama baru A.Z.A. aku sukaaa :) tawu kan stand for what.

memang segala nya dah berubah. cuma satu yang xberubah. kak kak dan abang aku still dok jauh. dan giliran aku pulak pasnea. susah untuk family aku berkumpul cukup ahli. tapi bila dah berkumpul cukup, saat itu yang paling aku hayati. :)

what ever it is , happy new year :)


Friday, January 14, 2011

Best Friend Forever

assalamualaikum

aku belajar kat karisma tak la lama sangat. tapi, sangat banyak ilmu yang aku dapat kat sana. antaranya, aku dapat mengerti makna sebenar *bestfriend. mase tuh, aku ingat lagi, hari tu hari last aku kat karisma. kelas aku pada hari khamis dan aku berseorangan. dalam kelas

kak marina ; how many your bestfried ?
kami ; banyakkk !
kak marina ; no, tipu. kalu banyak, bukan best friend tapi close friend. bestfriend paling banyak pun 2 orang.
dan aku tersedak. dalam fikiran aku hanya ada dua orang. :)

i have many close friend. but i only have two bestfriend Adnin Nadia Che Razali dan Aqilah Nik Muhammad Naziman. having them as my bestfriend is the best thing ever happen in my life. i heart u guys :)

 them.

 bFF

 cant be replace

 love 'em

 aku sekelas dengan dia sejak form 1 lagi.
tapi, mase form 4 pun sepatut sekelas. 
tapi dia tukar kelas

 dulu aku takut kat dia, garang macam hantu ;P

 hoho

 *sorry arh kalau tachantek. xrety weh.

qie, ayu gile kot mu. HAHA*


ex-friend and ex-president :)

assalamualaikum.

mood ; happy :) status ; sudah letih memaafkan. *nin, qie, aku dah tak kisah dah, public ke tak aku nak post jugak kat sini. kalau dia baca naseb arh :) memang nak suruh baca la kan ? kalau tak sia sia je kan aku tulis ni. *pergh.

ehem. tanak tulis panjang panjang pun. cuma nak cakap. tiada lagi kemaafan dari ku untuk mu. *aceh, gramatis ayat :P. ingat senang senang ke aku nak maafkan ? ingat memaafkan tuh sesenang kau yang mintak maaf. blarh arh. kau nak menangis ke. tension ke. ade aku kesah ? lantak kau la.

tapi aku rasa kau takkan macam tuh. kau kan manusia yang tak berapa ada hati perut. kalau ade pun kau xpenah gunakan pun. buang masa cakap ngan kau. jangan nak tanya aku apa salah kau. sebab u know better than me what is your fault. ask yourself oke.

dah dah. aku dah anggap yang aku tak pernah ada kawan macam kau. *eh, kita kenal ke? HAHA :P

oke lah, buang mase je tulis panjang panjang. menyemak blog aku je. :) jom tuka topik ! oyeah. ehem. hari ni aku pegi sekolah untuk kali ketiga :) hari ni adalah hari kokurikulum. yes, finally dah expired pun tugas aku as president of team it. rasa relief gila.

tadi dah bubar organisasi 2o1o. dan dah gubal balik organisasi. tahniah la ye yang berjawatan. anda berada dalam zon bahaya. hoho^^ meh nak kasi nasihat perucam. bersedia lah. hati yang tabah. telinga yang tebal. mulut yang lancak. mata yang tajam untuk hadapi segala kemungkinan yang berlaku. well, team it nea special. anything can happen :) buat decision molep.

haha. nasihat yang entah pape. btw, kalau rase perlu take it, or not leave it :) ohya. kepada pengganti aku. *president baru ehem boleh umum ke kat sini ? umum eh. Nurul Hidayah Zaharan :) handle team it baik baik. tapayah pakai la ajaran aku. bukan jadi pun. hoho^^ u better than me lah. i TRUST in u oke. :)
dan kepada juniors form5 yang lain, bekerjasama lah anda ye. kerana kerjasama itu penting bak kata pepatah. *bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. lalalala!

kepada juniors form4 jangan biarkan senior anda bekerja sendirian. mereka ade sesuatu yang nak tumpu tahun nea. hoho. bekerjalah seperti aur dengan tebing *auw :) dan bermesra lah kalian dengan ahli baru. haha. dah macam wasiat dah aku tengok. :P aku ni nasihat je pandai. buat nye tak pandai. sebab tuh team it kuca kacir tahun lepas. *ouh ape sial yang aku bawak. =.='

lastly form senior yang tak berapa nak berguna nea. maju lah team it untuk diri sendiri. hoho^^

eh jap, ade poem aku nak kasi. khas untuk team it 2o11. oi, hayati betul betul ! aku panggg kanngg !


we success 
not because of me
we brilliant 
not because of you
we still stand up
even we've too much prob
not because of him/her
but
just because of we
get it?
we are who we are
:)