Friday, January 28, 2011

ayah oh ayah.

assalamualaikum

I'm back! :) kesihatan agak kurang sikit 2 3 hari ini. sebab itu lah aku tak update blog. bukan setakat nak update blog, nak layan pc pun tak larat. but, sekarang dah oke sikit. maka maka jari saya kembali menari menari. haha.

2 3hari ini perut hampir pecah sebab geli hati dengan ayah aku. disebabkan umi dan adik aku pergi berkhemah dalam hutan. so, aku dengan ayah aku je la tinggal kat rumah. contract aku sebagai suri rumah hanya pada hari bekerja. kalo hari cuti macam nie, keje aku adalah tidoo je la. tapi, aku anak yang baik. rumah tuh aku kemas la. takkan nak suruh ayah aku yang kemas kan. kesian pulak.

tapi, bila masuk bab makan makan. mintak maaf. aku macam dah tade mood nak masak. kalau setakat breakfast roti canai segera dengan air milo tuh oke lagi. yang tengah hari malas nak fikir nak masak apa. so, pagi tadi ayah aku tanye,

"kak irah nak masak apa hari ini?"

"ah? nak masak? malas la, ayah la masak. ayah nak makan apa?"

"rasa macam nak makan nasik minyak je"

aku gelak separuh mati. HAHAHA* "nasik minyak??"

"yer lah, nak tunggu makan nasik minyak anak sendiri lambat lagi, yang tuh nak study, yang ni nak keje, baik bikin sendiri daripada dok kemponan."

BAHAHAHA. agak senget sikit ayah aku. dari minggu lepas lagi tak habis habis dengan nasik minyak dia. sampaikan akak akak dan abang aku malas nak online takut ayah aku tanya pasal benda benda itu. *aih susahkan jadik dewasa?

yer lah, mungkin ayah aku dah terlalu banyak dapat kad jemputan kawin dari kawan kawan yang seumur dengan yang. maybe rasa jeles kot. haha tak kurang nya kad jemputan majlis kesyukuran *cukur rambut anak. HAHA* orang tua la katakan.

oke. balik yang nasik minyak tadi. sebelum ayah aku pergi solat jumaat sempat jugak dia pesan suruh aku keluarkan ayam dalam peti sejuk dan kupas bawang merah, bawang putih, dan halia. katanya balik nanti dia nak masak. so, aku buat je la kan. lepas suda solat zohor aku dah KO dalam bilik. ngantuk amat kot.

sedar sedar ayah aku yang kejutkan.

"kak irah. kak irah. bangun makan. dah siap masak dah nea."

aku bau macam sedap, tapi otak tak boleh nak tafsir nasik minyak tuh. tengok kat dapur, gelak macam orang kurang siuman. patut la macam kenal. bau maggi kari rupa nya. haha. aku yang tergelak gelak amik pinggan.

"eh, tatau pulak kak irah yang nasik minyak berangkai rangkai macam maggi. mana nya nasik minyak yang kata kempunan tuh?"

"ah tak payah. kita tunggu yang sebenar punya lagi best."

wahaha. ayah ku oh ayah ku. tak leh blarh arh. tapi, at least aku tak payah masak untuk hari ini. hoho. maggi ada lauk hari ini. banyak gila ayah aku taruk ayam. haha. pecah perut pecah.....

p/s ; i love dad :D

No comments: