Wednesday, May 4, 2011

bila anak kecil bertanya

assalamualaikum
       
hari ini agak *errrr sikit. sebab aku sudah muak untuk siapkan lesen kereta yang tertangguh hampir 3 bulan. >.< lagi la cuak bila hari sabtu sudah mahu test JPJ. ouh, kemain lagi cikgu aku kerah aku suh belajar sampai tak ingat dunia. hari ini, kaki aku terseliuh dek tekan minyak dan clucth lama sangat dan tangan aku macam terkehel sikit dek pulas stereng yang sangat mereng!. >.< ouh, benci benci benci.
          
walaupun hanya berlesenkan L aku sudah bangga dan riak untuk memandu dijalan raya. hakhakhak. *umi aku tau, mampos aku. -,-
              
oke dah, sebenarnya saya ingin ceritakan saat aku menanti giliran untuk bawak kereta. aih* penantian satu penyeksaan. mase tuh, perut aku lapar nya takyah cerita la. kalau ikutkan orang pun aku mau telan. then, aku pegi la cafe die beli sepinggan nasik ayam pedas. :D
            
cari port sesuai yakni kat bawah pokok memandangkan hari ini ouh! demn panas oke. aku dah tak peduli dah sape sape yang dok kat situ. lantas aku makan dengan ayu sekali. auw* haha.
          
kat sebelah aku nea, sorang minat mana entah. datang nak belajar kereta ke nak ber-clubbing kat situ aku pun tak tahu. bukan apa, pakaian dia nauzubillah ya Allah mak ai. terperanjat aku. bagi aku dia pakai singlet je tadi. tudung takyah cakap la kan. melayang entah kemana. dia kat sebalah aku nea, tengah syok layan budak mana entah, kirakira 3tahun kot. dan tibatiba budak tuh tanya minah tuh ;
          
"kak,kak, kenapa kak nie pakai tudung akak takpakai?"
          
terserdak aku dibuatnya. aku tengok muka minat tuh dah macam merah tapi control buat tak dengar soklan budak tuh. nasebbaek budak tuh tanya minat tuh. kalau tanya aku takkan aku nak jawan
       
"dah takde kesedaran.."
            
naya aku, mau nya simbah air teh o beng aku. kang ada plak kes nanti. kahs. aku buat diam, terus makan je. yang minat nea pulak dari tadi lagi dok kibas kibas pasal panas. mau tak marah. kang masuk pulak peluhpeluh dia dalam nasik aku. mula la aku nak meraung sakan.tiba tiba budak tuh cakap ;
              
"kak, meh la sini sikit. kita pun panas jugak.." minat tuh pun mcm baek hati gak la, bagi budak tuh share kipas dia. then budak tuh tanya aku ;
            
"kak pakai tudung tak panas ke akak? akak nea tak pakai tudung pun dah berpeluh peluh. tak panas ke?
             
aku sengih je, malas nak layan budak ni, silap jawab kang. naya aku ngan minat nea. dok jeling jeling. isk3 -,- budak tuh tanya lagi ;
           
"tak panas akak oii.."
             
then aku jawab "panas la jugak adik oi, kang tengah berpeluh nea.."
              
budak itu , "habis buat apa pakai tudung dah panas?"
          
tak lama budak nea yang kena lempang. aku pun jawab , "pakai la dah jadi kewajipan orang islam"
             
budak tuh "kewajipan tuh apa kak?"
            
ya Allah, -,- anak sapaa nea? anak sapa neaa? "kewajipan tuh benda yang mesti kita buat kalau tak buat dosa Tuhan marah, nanti masuk neraka"
         
budak tuh "habis tuh, dah panas nak wat camne?"
           
=,= aku sabar melayan beliau , "ala dik, dunia je pun, akhirat panas lagi"
          
minat yang sebelah aku pun terus bangun hilang entah kemana, harap dapat la sikit sebanyak message yang aku bagi. kahs3. budak tuh cakap ;
   
"ooo, Tuhan marah eh? Tuhan tuh dok kat mana?"
  
OWOH, mati aku. silap jawab rosak akidah budak nie nanti. tak pasal pasal tempah tiket free masuk neraka. tengah dok fikir fikir cari jawapan. Alhamdulillah, turn aku sampai. huhu. aku cakap kat adek tuh ;
  
"sorry, dik. akakk dah nak belajar nea. kita borak lain kali eh? pasal Tuhan tuh try adik tanya emak adik. dia tau punye. oke babai"
  
fuh. kes naya sume nea. hmmmm, tuh baru budak 3 tahun soklan dia. belum orang kafir kan? >.< aisehmen.
  
   
 p/s ; islam itu bukan pada nama.



2 comments:

.: hunny :. said...

nice.
:D

misszaza said...

haha. nice sggh la k.hani.
deba giga nyo tanyo sokle pelik2. isk3.