Friday, May 6, 2011

birthday of mine

assalamualaikum
         
sebelum aku pergi jauh lagi dengan menulis post ini. ingin aku ucapkan syukur terhadap Ilahi akan nafas yang masih diberi pinjam sejak 17 tahun lalu. nikmat itu tidak terucap dengan kata kata bahawa aku bersyukur dengan hidup ini. dan terima kasih untuk umi dan ayah yang penat jerih lahirkan aku dan besarkan aku. aku tahu, anak macam aku susah nak jaga. harharhar.
          
           
selamat ulang tahun. selamat hari jadi. happy birthday. sanah helwa. itulah ungkapan yang aku dapat malam ini. huh, actually aku tak realize pun yang aku sedang berada bulan kelahiran aku. terimakasih kepada celcom kerana menghantar message tentang call/sms free itu. kalau tidak mungkin aku dah lupa.
        
banyak memori yang aku simpan selama 17tahun aku hidup. bagi aku memori aku mula ingat ketika aku berusia 7tahun. yep, agak banyak memori aku ingat start umur 7tahun. kalau yang sebelum itu aku ingat tak ingat. dan di ingat ingat kan dengan cerita cerita mereka yang tua.
    
ah, apa yang aku merepek?
  
harapan : dengan berumurnya 18 tahun ini, aku harap aku akan menjadi manusia yang lebih beriman, baik dan agak matured la sikit. berfikiran positif. terus tabah menggapai citacita dan harapan.
  
Ya Allah,
  
permudahkanlah langkah-langkahku
permudahkanlah perjalananku
untuk aku mengharungi cabaran dunia dan cabaran akhirat
kerana engkau lebih mengetahui
segala isi dunia dan isi-isi akhirat.

   
aku masih mencari jalan Ilahi, meredah onak dan duri. dulu aku tak pernah sedar apa itu kehidupan sehingga aku muak untuk terus hidup. hampir setiap hari aku bertanyakan diri ini. "untuk apakah hidup ini" hari hari lalui benda yang sama. tapi, aku sedar hidup ini bukan sekadar mengejar dunia. tapi, akhirat adalah matlamat hakiki. *macam jahil amatkan bunyi? >.<
aku sangat suka kata ini ;
 
"cukuplah sekadar berjalan untuk mengejar kehidupan dunia, yang perlu berlari hanyalah untuk mengejar kehidupan akhirat." 
  
last but not least, terima kasih kat semua yang ingat besday aku. yang wish tuh thanks oke. tak kira la. ym ke, skype ke, fesbuk ke, phone ke. apriciette sangat. tak kira la, awal ke lewat ke janji korang ingattt! love you all!
ah, aku rindu sangat suprise tahun lepas. rindu sangat yang teramat. tolong putarkan masa untuk saya. >.<
 
terimakasih yang ber-komplot untuk suprise itu. ah, kenangan.

p/s ; lapanbelastahun :) 

 

No comments: