Sunday, February 6, 2011

sunyi.rindu segala macam

assalamualaikum

oke. post kali ini agak emotional sikit. argh. aku benci kehidupan aku sekarang, benci dengan kesunyian yang aku alami. sunyi. yep, perkataan yang sering aku ucap. aku bosan. bosan dengan jalan jalan yang aku lalui. hanya laluan kosong. tiada kesedihan tiada kegembiraan. lesu.


apa motif post ini? tiada motif. cuma mencari cari apa sebenar yang patut aku lakukan. mereka ada kehidupan. biar sakit, apatah lagi gembira, mereka patut bersyukur kerana mereka masih mempunyai sesuatu  yang perlu difikirkan. tak macam aku ini, otak pun dah naik beku.

argh. sekali lagi, aku benci kehidupan baru ini. bak kata kak aku, *it's only the begining. permulaan untuk kehidupan baru. entahlah, aku macam tak dapat perdict apa yang akan jadi tahun ini, selalu nya aku dapat rasa kan ini dan itu yang mengisi hari hari aku. maksud aku, macam tahun lepas aku tahu kerja aku study dan study dan study sebab nak exam spm. senang cerita, aku tahu matlamat aku.
ahh, aku sungguh rindu saat yang dahulu. aku sangat rindu kehidupan di sekolah. tak sampai setengah tahun aku tinggalkan, jiwa aku macam meronta ronta bila ingatkan semua itu. mungkin aku terlalu sunyi dan tiada apa apa yang mengisi ruang benak fikiran aku, sebab itulah kenangan sering diulang tayang. percayakah anda yang setiap kali aku pejamkan mata untuk tidur, semua kenangan kembali bermain difikiran sehingga pukul 3 dan 4 pagi aku bukak mata yang sebenarnya aku bukan tidur tapi, hanya pejamkan mata. aku sedar apa yang terjadi.

adakah aku saja yang begini? yep, mungkin. sebab aku tak sebusy diorang. ada kerja, ada sesuatu yang mereka fikirkan. aku akan cuba sibukkan diri. *kak suha dan abg syad, ouh lekas pulang adikmu sudah jemu bersendirian begini.

dah la, macam dah melarat kekarutan ini. tak mahu merapu macam macam lagi. mengarutkan?

p/s ; saya rindu awak. i really mean it. 

No comments: