Wednesday, December 10, 2008

mungkinkah aku pilihannya...?



“SUGE(this is so cool!)…!!!!!”
Aku memang cukup kagum dengan negara yang baru aku jejak kelmarin.Boleh dikatakan sebagai salah satu negara yang aku nak sangat-sangat lawat.Ulang suara,”yang aku nak sangat-sangat lawat.”Jadi,bila ada tawaran yang menggiurkan macam ni,umpama ‘orang mengantuk disorongkan bantallah’..Nawaitu sebenar aku menjejak negara yang pernah menjajah tanah air aku sendiri ni ialah sebab nak tengok konvo kakak aku.Ikutkan hati,malas je..Tapi bila abah tawar seat dalam flight,terus aku angguk macam belatuk..Ye la,sape tak nak pergi Jepun free-free macam gini kan…Tapi tak lama pun kitorang kat sini.4 hari je..lagipun aku bukannya tengah cuti.Ponteng kuliah ni.haha…
Eh,dah lupa nak cakap apa pasal aku melaung ”SUGE!” macam orang tak sihat je tadi.Aku ada kat satu bookstore ni.Banyak sesangat la manga!Rasa macam ada perasaan masuk perpustakaan negeri je.Huh..rambang mata aku!Semua manga yang aku pernah baca ada.Siap dari vol.1 sampai ending.Wah..nak beli,nak beli!!Ni belum lagi pergi tengok kedai cd ngan music store.Pengsan agaknya..
Lepas tu kitorang pergi jalan-jalan kat Akihabara then pergi lawat museum art yang famous tuh.Nak buat apa ah kat sini?Orang yang buta art macam aku ni tak reti la benda-benda macam ginih..Abah la yang beria-ria nak pergi.Jadi terpaksalah kakak aku tu jadi ‘pemandu pelancong’ tak bertauliah hari ni.Sian..
Sekarang ni pulak aku ada kat Hospital Jounan University.Awat pulak aku kat sini?Sape yang sakit?Takdelah.Sebenarnya kami datang sini sebab nak jumpa senpai kakak aku a.k.a saudara jauh kami,bau-bau bacang je.Dia study kat sini ambik course biotech,tengah buat master.Abang As nama dia.Hensem...tapi dah ada anak darr..melepas!Masa kat parking lot,dia tanya kak aku,”Ida kenal tak doktor yang baru keluar dari kereta Honda Hybrid warna solid black tu?”
Kak aku pun jawab dengan muka blur,”Tak pun.Nape?Sape dia tu?”
Abang As kata,”Tu lah Asou-sensei,yang dalam cerita 1Litre of Tears.The real one.”
Kak aku yang nampak kaget kemudiannya menanya”Hontou desuka??”Aku yang faham Japanese ni tau la yang akak aku tanya Abang As,”Betul ke?”
“Hontoudess!”jawab Abang As.Sekali dia kata betul la…
Kak aku diam je lepas tu tapi muka dia macam orang tengah jawab soalan differentiation.Concentrate penuh..
Aku yang tinggi curiosity ni pun tanya la kak Ida,”Apasal,sape dia tu?”
Dia cakap,”I’ll tell you later”..
Bila dia cakap macam tu,lagi la aku nak tau.Isy..nak tau,nak tau..
Malam tu kat bilik hotel,aku ngan kak Ida tengah packing sebab petang esok kitorang nak pergi Okinawa.Okinawa?Yeah!Nak tengok pantai Jepun punya then nak makan giant hamburger yang kak Ida cerita hari tu.Tak sabarnya!!Masa tu lah aku teringat babak tak sudah kat parking lot tadi.Terus aku tanya kak Ida pasal tu.Then,dia pun cite la,”Ingat lagi tak akak pernah cite pasal satu drama yang based on real story pasal girl yang sakit pelik?Alaa..yang akak cite tak abis lagi tu.”
“Yang dia tulis diari tu ke?”aku tanya.
“Ha..yang tu lah.Tajuk cite tu,One litre of Tears.Sebenarnya cite tu pasal girl ni yang nama Aya,dia sakit Spinocerebellar Degeneration Disease.”
“Hah?Apa tu?Ulang sekali lagi,tak sempat tangkap la akak cakap apa.Bela,bela,apa?”
“Spi.no.ce.re.be.llar. De.ge.ne.ra .tion..”
“Ooo..penyakit apa tu?Tak pernah dengar pun.”
“Penyakit ni memang tak dikenali ramai dan jarang ditemui.Penyakit ni berkait dengan cerebellum and spinal cord,”kak Ida pegang kepala dan tengkuk then sambung,”Bila nerve cell in the cerebellum slowly degenerate,ia dipanggil dead cell.Spinal cord and cerebellum ni bila dah tak boleh nak function properly,command won’t be able to reach the muscle.Maknanya badan kita tak dapat ikut arahan dari otak.Contohnya bila kita nak jalan,tiba-tiba je kaki kita stop.Uncontrollable.Penyakit ni akan menyebabkan pesakit tu tak boleh nak berjalan,menulis,bercakap,even nak makan pun.Walhal,dia nak melakukan semua tu.Suatu hari,dia takkan mampu untuk bernafas pun.”
ZAPP!!..Macam kilat!Entah kenapa aku terasa macam ada something laju meresap masuk dalam hati aku..Tak boleh nak explain la macam mana aku rasa..
“Dalam erti kata lain penyakit ni akan membuatkan si pesakit kehilangan satu persatu anugerah yang Allah beri.Penyakit ni makin lama makin teruk dan progressnya tak boleh nak jangka.And the worst ever,this disease is incurable with the current tech.”kak Ida tambah.
“Wuu…scary!Nauzubillah min dzalik!Jadi,cite 1Litre of Tears tu pasal girl yang sakit tu la?Habis,apa kaitannya Asou-sensei tu dengan cerita ni?”tanya aku.
Kak Ida pun jawab,”Yup,scary kan?Girl tu tulis diari sepanjang dia sakit,.Diari tu dipublishkan kat Jepun satu masa dulu.Diari tu menceritakan betapa Aya berusaha berjuang untuk hidup.Jadi,itu dilaksanakan based on that diary.That’s why drama ni mencetuskan fenomena kat Jepun.Semuanya begitu real.Asou Haruto adalah watak hero dalam cite tu.Classmate Aya.Asou-sensei tadi tu the real one Asou Haruto.”
“Ooo…wakatta(I understand!)!Asou dengan Aya tu couple ek?”
“Akak dah agak Zara akan tanya macam tu.Tapi bila Zara tengok cite tu baru Zara akan tau apa yang jadi kat diorang.Akak tak nak bagi tau.hahaha…”
“Alaa..apsal pulak?Bagi tau la..Buat suspens je..”
“Nak tau tengok sendiri la.hehe..”
“Akak ni menyampah betul la!”
Malam tu,aku tidur dengan terngiang-ngiang apa yang kak Ida cite tadi.Aku tak boleh nak bayangkan penyakit tu pada sesiapa pun.Macam manalah girl tu survive hidup dia dengan penyakit yang macam tu.Dan aku pun tertanya-tanya jugak macam mana kisah tu sebenarnya.Tak sabar aku nak tengok!Asou Haruto tu apa kes pulak ah…Huargghh!!..ngantuknya..Zzzzzz
* * * *
Semalam aku sampai KLIA.Sekarang ni aku duk bersila menghadap laptop dalam bilik aku kat Mahallah Zahrawi blok E ni.Tengok cite 1Litre of Tears kat youtube.Sekarang ni aku dah masuk episod 4.Takut gile aku tengok cara Aya tu jatuh masa nak lintas jalan.Scary!Bayangkanlah,tengah dia elok-elok je jalan,tiba-tiba kaki dia terrstop!And,tanpa dia sedar dia hampir jatuh ke belakang.Tapi nasib baik dia sempat sedar.Ingatkan dah okey.Tengok-tengok dia tersungkur pulak ke depan straight with no defence…Jatuhnya tu kepala yang sampai dulu ke bumi.Terkejut aku!Darah keluar tak henti-henti.Semua orang kat situ kaku statik masa tu.Aku pun…
Setakat aku tengok ni,aku dah hampir-hampir leleh.Masa tu episod 3,time Aya tau pasal penyakit dia.Sedih la…Ada ke dia tanya doktor apsal penyakit tu pilih dia”This desease…this desease..why did it choose me?”Waaa…nak nangis!Isk..isk..
DAH ABIS!!!Aku dah habis tengok cite tu siap dengan movie version lagi.2 hari aku menghadap laptop sampai tidur 3-4 pagi.Dahsyat penangan Aya.Sedihh sangat-sangat la cite ni.Aku tak tau berapa kali aku leleh sepanjang aku tengok,sampaikan roommate aku yang cool lagi tough tu pun boleh leleh gak.Tapi seriously.. cite ni memang bagi satu keamatan yang amat besar dalam hidup aku.Persoalan aku tentang Asou tu pun terungkai la jugak.Rupanya dialah antara sahabat yang memahami dan sentiasa defend Aya daripada orang-orang yang dah bosan dengan masalah Aya.
Masih terngiang-ngiang kat telinga aku Aya cakap.”I wonder why human can walk.Human don’t really think about,the things that they can do,perhaps,while they are walking.Because,when lovers are walking together,they are also thingking about the future,right?”Masa tu dia dah duduk atas kerusi roda.Mesti la dia terfikir betapa beruntungnya manusia yang dikurnia nikmat berjalan.Ertinya,kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada.Ini semua adalah anugerah Allah s.w.t yang boleh ditarik bila-bila masa.Sejak aku tengok betapa optimisnya Aya,aku mula insaf diri.Aku makin bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t.Even kalau kita boleh kelip mata pun,itu dah satu kurniaan yang tak terkira besarnya.Inilah manusia.Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang diberi kepada mereka.Ya Allah,semoga aku menjadi seorang hamba yang sentiasa berterima kasih kepadaMu…Amin.
Next two week start war.Aku tak fully prepared physically and mentally lagi nih.Yappari(alamak!)…!!!Banyak lagi tak habis revise.Demo ne(but),masa tu kan just makhluk Allah yang sama macam kita jugak.So,tak semestinya kita akan kalah dengan dia,kan?ZUTTO GANBATTE(forever fighting)!!Aik,sejak bila aku jadi budak baik yang fikir positif ni?Sah!..Sah aku dah terkena essence Aya-chan...Sukanya=)
Oh yup!Lupa pulak nak bagi tau yang aku ni ada nama.nama aku:Fatimah Azzahra….panggil:Zara….nama glamour:Aza-chan...umo:21 tahun….kerja:student lagi.Aku belajar kat UIA Kuantan…course ape:kalau korang pandai teka la…hobi:aku rasa aku suka bernafas..hehe
Musim-musim war macam sekarang ni aku sering stay-up sampai pukul 3-4 pagi.Tapi sekarang aku dah ada peneman setia-Sangatsu Kokonoka..memang ah lagu ni,bagi semangat,motivate aku,nak tidur pun tak jadi.Tapi yang penting lagu ni mengingatkan aku pada kegigihan dan ketabahan seorang manusia yang tak pernah jemu mencari erti hidup.
Memang sekarang ni aku letihh sesangat.Pergi kuliah rasa macam jalan atas angin je.Macam zombie.Tension pun ada gak bila pikir banyak lagi tak cover.Tu la…padan muka!Sape suruh buat style last minute?Sape ajar?..Akulah tu..hahahaa..Rasa nak sedut nitrous oxide gas jah.Boleh hilangkan kerunsingan aku ni,tapi payah jugak,nanti ketawa tak ingat dunia.Free je sakit perut.Ingat balik apa yang Aya pernah tulis,
I won’t be impatient
I won’t be greedy
I won’t give up
Because everyone takes things step by step
* * * * *
Hari ni aku bangun lewat sesangat!Aarghh..!Mandi kerbau,gosok baju ala kadar je..Roommate pun satu hal.Tau dah pagi ni ada kuliah physio,buat la jasa kejut awal sikit.Ahh..dah!dah!Yang pentingnya,kuliah dah nak start tiga minit lagi!!
Aiyakk!Roommates a.k.a classmates aku dah kat depan.Lajunya diorang jalan.Isy..
“Zara,hayaku!!(hurry up),”pekik Lina.
“Yeah,I’m coming!Matte kudasai(wait up!)!!”balas aku.
Aku dah naik anak tangga ketiga tapi kaki aku tiba-tiba…ter…terrstop!And dunia aku rasa macam berputar-putar anticlockwise 360’.Alamak!Peningnya!!
“BUKK!!”Dunia dah berhenti berputar.I got my sense back.But,sakitnya!!Ya Allah,sakitnya kepala aku…ITTAI!!(sakitnya…)
Kawan-kawan aku yang dah laju ke depan tadi patah balik tengok aku terbongkah kat tangga tu.Aku nampak diorang lari terhuyung-hayang macam lalang kena tiup dek angin.Aku try bangun tapi sakit sangat kepala aku ni.Aduss..Bangun kang,jatuh balik,tak pasal…Dengan kalutnya diorang papah aku bangun.Telinga aku dengar tak dengar je apa yang diorang cakapkan tu.Lepas aku didudukkan atas tangga tu,aku sentuh belakang kepala aku.Fuh,bengkak wei..!Aku rasa sebesar guli ada la benjol kat situ.Ahh…!!Sakit…Dalam pada tu,hati aku tak habis-habis berdebar-debar sejak tadi.Doshte?(why)Ada benda buruk nak jadi ke?Nauzubillah..
In the end,aku masuk kuliah 15 minit lewat.Kawan-kawan aku pun lewat sama.Gomen-na,minna-san(I’m sorry,everybody)!!
Dua hari kemudian,1st day of the war.Paper Anatomy,kantoi habis…
Pagi tadi,aku rasa macam pelik je.Masa nak pulas tombol bilik,tangan aku ni tak tersampai.Rasa macam dah pegang,tapi angin je yang aku dapat.Aik..?Ala..benda biasa je ni,kan?Tapi apasal hati aku ni,rasa berat je..Tak tentu arah..
Dah masuk second week of the war.Habis tajuk senang,datang pulak yang susah….lumrah..Letih hari ni main pedang dengan kertas Physio.Mujur pembuluh darah aku tak putus je…
Time tengah syok jawab exam tadi,tetiba,pen yang kat tangan aku tu terlepas dari genggaman.Terpelanting.”Tingg!!,”Satu hall kaget.Aku lagi la..Hati aku masa tu sangat-sangat la aktif dok mengepam.Gaya macam aku baru habis marathon je.Berdegup kencang,rasa macam satu hall boleh dengar.Bunyi macam Jumanji….Again,nandesuka(why)??
‘Rilek-rilek..jangan panik,Aza-chan.Jangan dok fikir sangat benda-benda macam gini.Saja je si setan tu nak ganggu hidup kau.Diorang boring la tu sebab kau dah lama tak layan diorang.Kita kan kena positive thinking dan jangan prejudis.Kau tengah war ni Zara.Don’t loss your focuss.Fighting!!’Aku motivate diri sendiri.
Honestly,sejak aku tengok 1Litre of Tears tu,aku dah reti motivate diri aku.Ni essence Aya la ni.Good girl,Aza-chan.Keep on going like this.Ganbatte.!
“Zara,tolong tuang air tu,bak sini sikit,”pinta Lina.
“Beyeh!”aku pun tuang la air horlick tu.Oppss..tertumpah!”Alamak!”,separuh menjerit aku.
Lina berpaling,”Laa..apasal ni Aza-chan?Selalunya bila kau yang tuang air,kalahkan barista.Ni camne boleh tumpah pulak?”
“Entah la aku..lapar agaknya.Tak boleh nak concentrate.Tak sabar nak makan!hehe..”
Kitorang makan megi.Makanan asasi kami,hehe..Dah habit aku agaknya makan megi dengan chopstick.Tapi.hari ni aku pakai sudu dan garfu je..Sebabnya tadi masa aku nak guna chopstick,aku tak boleh.And,hati aku still tak berhenti berdetak.Makin kuat..Doshtandayo(what’s wrong),Aza-chan?...Wakarimasen!!(I don’t know)
Last day of the war,aku berperang pulak dengan paper Molecular Bio.Dahsyat!Habis peluru aku dengan bom-bom sekali licin…
* * * *
Weekend ni aku balik rumah,cuti sem startoo!!Sebelum tidur malam tu,aku borak-borak la dengan kak Ida.Kitorang cakap pasal 1Litre of Tears tu la..Kak Ida tanya pendapat aku pasal cerita tu.
“Drama paling best yang pernah Zara tengok.Hanakimi tolak tepi.Banyak pengajaran dan membuatkan Zara banyak berfikir plus,menghargai apa yang Zara ada.”
“Akak pun macam tu jugak,memang effect akak.Dah la cite tu sedihh sangatt!..Scary pun ada.Akak berkali-kali nangis.hehe..”
“Lorr..Zara ingatkan Zara sorang je yang over feeling sampai leleh-meleleh,akak pun sama gak.haha..Tak sangka akak yang serius ni pun leleh gak.”
“Of course la..sape yang tengok tapi tak nangis memang takde hati perasaan laa..keras hati.Tak pun diorang tak hayati betul-betul cite tu.”
“Memang.”
“Cuba imagine kalau benda tu jadi kat kita.Akak tak tau la samada akak boleh kuat macam Aya kalau akak ada kat tempat dia.Even dia lost her ability one by one,she was still optimis,ne?”
“Yup..agree!”
“Satu lagi akak suka pasal cite tu,jalan cerita.Pandai diorang tunjuk satu persatu simptom penyakit tu.Memang nampak real.Ingat tak masa Aya nak ambik beg kat bawah tapi tak terambil.Sama gak masa dia nak ambil botol kicap tu,tak tercapai.Masa dia pegang kertas then jatuh,masa dia nak guna chopstick,masa dia nak tuang air..memang kita boleh nampak,something wrong with her.lebih-lebih lagi dengan muzik latar yang mendebarkan tu,kan?”
Entah kenapa masa kak Ida rewind semua tu,aku jadi berdebar-debar sesangat.”Dub,dab,dub,dab…!!”tiba-tiba je aku teringat balik apa yang terjadi kat aku kebelakangan ni.Bila je kak Ida sebut ‘chopstick,tuang air’,baru aku sedar yang kes aku lebih kurang sama dengan kes Aya.Satu persatu terlayar kat minda aku,bersilih ganti dengan event dalam 1Litre of Tears tu.Aku pegang pen,jatuh.Aya pegang kertas…jatuh!Aya tuang sake kat ayah dia,tumpah.Aku tuang horlicks?..Chopstick?...Apa ni??Aku tak faham laa..Otak aku dah tak boleh nak interprate…Tak faham!!!
“Zara oi!,dah tidur ke?Senyap je..”
“Eh,taklah..Tapi dah ngantuk ni,”aku buat-buat menguap,Warrggh…”Kita sambung esok la kak Ida…ngantuk ni..nite.”
“Ok..oyasumi(good night)..”
Dalam selimut,aku berpeluh..hati aku berdegup tak henti-henti.Apa ni??Takkan la aku pun….Dah!Dah!Aku tak nak fikir lagi!Aku nak tidur!Nak tidur!!
Ya Allah,apa semua ini?Ujian dariMu?
* * * * *
“Cik Zara,maafkan saya kerana terpaksa memberitahu keputusan ini.Saya tahu ini agak mengejutkan tapi saya harap Cik Zara bersedia dan hadapi ini dengan sabar dan….Dengan gentlenya Doktor Hisham ucap semua tu.
Tapi aku…’Heiii doktor ni,aku rasa cam nak terajang je…sempat lagi dia dok bermadah di kala aku cuak menunggu result.Eeiii,cepat al habaq!’hati aku berbisik dengan geram.
.”…maka,Cik Zara,anda disahkan…..”
Tanpa sempat aku dengar kata-kata selanjutnya,aku rasa dunia ni gelap!Aku mengalihkan badan.Cuba mencari ruang keluar…”BUKK..!”Aduss…Aku dah tersembam kat atas lantai.
“Tit,,tit..tit..tit…”Handphone aku berbunyi.
Aku tersedar!Bintik-bintik peluh membasahi mukaku.Huh?Aku memandang siling.Gelap.Tengok kiri,kak Ida nyenyak tidur.”Tit..tit..tit…”Aku capai handphone atas meja,tekan ‘stop’.
‘Mimpi????”Hati aku bertanya.’Aku mimpi apa ek tadi?’Tak ingat la…
Dah tersedar tu,tergerak nak ke bilik air.Aku ambik wudhu’,hampar sejadah dan menghadap Ya Rabbi.
“Ya Allah,tenangkanlah hatiku,jauhkanlah aku dari fikiran yang bukan-bukan.Ya Allah,apa yang aku mimpikan tadi?Ya Allah Ya Rahman,Ya Rahim…Apakah ini firasat atau petanda darimu atau sekadar mainan tidurAku berserah kepadamu padaMu…..”Aku terus merintih pada Ya Rabbul ‘Alamin.
Setelah mengadu padaNya,aku merasa lebih tenang.Tapi persoalan itu masih berlegar di kepala ku…
“Penyakit ini…kenapa ia memilih saya?”Aya asked her sensei before.
“Penyakit ini…mungkinkah aku pilihannya?Hatiku berbisik bertanya pada Yang Maha Mengetahui.
* * * *
Keesokannya kami pergi rumah Mak Usu Lijah sebab sepupu aku,kak Nana nak kahwin dua hari lagi.Dalam pada itu,aku diam membisu seribu bahasa.Hati aku tak tenteram dan aku tak habis-habis berfikir probability aku mendapat penyakit tu.Till now,punca sebenar penyakit tu masih misteri,jadi probabilitinya ada.
“Zara….!!”Lengan aku cepat-cepat ditarik.Uh…sakit!’Nape?’Aku tertanya-tanya.
“Zara ni,khayal sampai ke mana?Nasib baik akak sempat pegang tadi,kalo tak jatuh tersembam kat situ.Jalan baik-baik la..ingat pakwe mana pulak ni..Macam-macam la…”kak Ida membebel entah apa-apa.
Jatuh tersembam?Aik…Aku nak jatuh ke tadi?Pasal apa?Terpijak kain ke?Ke…macam…DIA?..
* * * *
Hari ni kak Nana kahwin dan aku jadi salah seorang ‘waitress’ tak bertauliah.Sibuk layan tetamu dan hidang makanan sampai baju kurung aku yang cantik ni dah kotor habis darr…
“Zara,watch out!!!”
I feel like flying.Wuuuu…Bestnya!Ringannya badan aku.Betul ke berat aku 50kg ni?Isy…Aku melayang-layang di udara.Indah sungguh.Tapi hanya sesaat..”Adus!!!!”Satu perkataan terkeluar dari mulut aku..Ah..kuatnya!!Aku rasa satu planet ni boleh dengar.Malu….!!
“Zara ok ke?”Dengan concernya kak Ida tanya.
“Ah??....ok..ok..”
“Meh bangun…”Terus aku dipapah bangun,teringat babak aku jatuh cam gini kat tangga hari tu.huhu..again.^^
Aku tengok bawah.Ooo..Rupa-rupanya aku tergelincir sabab ada air tumpah atas lantai ni.
“Isy,habis luka tangan.Sakit tak?Kat mana?”
“Aaa…sakit la,satu badan sakit,”jawab aku.’habis..luka..tangan??’Aku pun tengok la tangan aku,scratch..
SCRATCH???Meaning…..^^
“E,eh budak ni,kata sakit tapi sengih pulak.Tak sihat ke Zara ni?”
“Ha?Mana ada…”Malu-malu aku jawab.hahahaaa
“Dah,pergi sapu ubat.1 st aid ada kat atas rak warna hitam tu.”Arah kak Ida.
“Yes,ma’am!”
Dengan itu,terungkailah kebingungan aku selama ini.Wahh!!Alhamdulillah. Lega…!Faham ke tak ni kenapa aku lega sangat ni.HAHAHAHAHAAA!!Rasa macam nak gelak sampai kering gusi.Hahahaha!!!Leganya!Lega!!..........
Macam gini,meh aku explain…
Pesakit Spinocerebellar Degeneration a.k.a Spinocerebellar Ataxia(SCA) ni kalau diorang jatuh,diorang takkan dapat defend.Yelah sebab cerebellum yang bagi arahan untuk defend tak dapat nak berfungsi.Macam Aya…banyak kali dia jatuh tapi tangan dia takde scratch sikit pun.Orang yang normal lagi sihat walafiat macam kita ni,akan defend kalau kita jatuh..InsyaAllah.That’s why kita ada scratch kat tangan lepas kita jatuh.Tangan kita defend,Cuma kita je yang tak sedar sebab semua ni automatically and involuntary.Hebat sungguh ciptaan Allah Maha Kuasa…
Habis,yang banyak kali aku jadi macam Aya tu?Pendapat aku,itu semua adalah effect aku tak cukup tidur dan letih overdose plus,aku pernah jatuh terbongkah dan terhantuk kepala.Aku rasa semua ni yang bagi kesan dan aku juga rasa yang aku ni je yang terlalu banyak fikir.Yang penting,aku kena hidup secara sihat la lepas ni …kan.
* * * *
Semester baru startoo!New sem,new spirit..God willing!
“Oppss….!”Aku terlanggar seseorang.
“Aaaa…Gomennasai!Gomen na(I’m sorry)…”dia berkata..
‘Huh?’Japanese??
“Daijobu,hontouni daijobu.(it’s okay,really).”Aku membalas.
“Nihon-ga ga hanasemasu ka(Awak boleh bertutur dalam Bahasa Jepun)?”
“Sukoshi wakarimasu(Saya faham sedikit sahaja)…”Waaa!!Impress sere boleh cakap Japanese=)
“Wow!Good enough.Good for you.I’m sorry but I have to go.Sayonnara!”
“Sayonnara!Ki-o tsukete(Good bye.Take care)!”Dia berlalu pergi dengan menghadiahkan sebuah senyuman yang manis…
Aku yang membalas lambaiannya kaget.Pelik la pulak rasa tengok mamat Jepun kat sini..Siapa tu ek?Tapi kenape aku rasa macam familiar je muka tu…Sape ek??
Aku sampai kat dewan seminar tu sejurus sebelum acara bermula.Aku nampak Lina melambai-lambai.Aku terus mendapatkannya.
“Sorry,aku lambat sikit.Ramai orang kat luar tu..”
“It’s okay.Doesn’t matter..”
“Kau tahu,aku jumpa sorang guy Jepun tadi.Aku terlanggar dia,”
“Iye?Datang dari ceruk mana pulak orang Jepun tu?”
“Ntah lerr…Eh,dah nak mula..”Kami hanya diam selepas itu sambil mendengar bebelan pengerusi majlis.Tak lama selepas itu,Dekan kami merasmikan seminar ini.Sebenarnya seminar ini mengenai diseases.Hadirin terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan medic,pharmacy,biomedic,sciences dan juga orang awam yang berminat.
“…now,please welcome,Dr.asou to present his…”Ucap pengerusi majlis itu.
Telinga aku yang dengar tak dengar ucapannya dari tadi,terkesima tatkala satu nama itu disebut…Asou?
“Ohayoo gozaimasu!i’m Doctor Asou Haruto from Hospital Jounan University,Japan.I’m specialize in…”ucap seorang dia..
‘Itu dia!Dialah yang aku langgar tadi!Dia,Asou-kun???’Serta merta terlayar babak kat parking lot kat Jepun few months ago….
Masa kat parking lot,dia tanya kak aku,”Ida kenal tak doktor yang baru keluar dari kereta Honda Hybrid warna solid black tu?”
Kak aku pun jawab dengan muka blur,”Tak pun.Nape?Sape dia tu?”
Abang As kata,”Tu lah Asou-sensei,yang dalam cerita 1Litre of Tears.The real one.”
Dia…Asou-kun???
‘Seorang dia yang nak sangat aku jumpa.Yang nak sangat aku tanya ertinya sahabat…Dan nak sangat aku tanya maknanya cinta..’
What’s wrong with falling down?You can always stand up again.
If you look up at the sky after falling down,the blue sky is also today stretching
limitlessly and smiles at me…
I’M ALIVE…
From:1Litre Of Tears
Kolaborasi
Shuuji to Akira
Ainun Jariah Amiruddin
Nur Izni ‘Aqilah Ismail
5SC1
Yuurushiku Onegaishimasu!

[kak ezney...sory eks kalu marah ore post dis story without your permision...if u not approve.. just tell me...i will delete it...]

2 comments:

Anonymous said...

zakirah!!!
after 6 years jumpa jugak softcopy cite ni. Allah, betul terharu n happh. kitorang both tak simpan softcopy. thank you2!!!
zakirah how are u now??
- k.izni

Zakirah Zahran said...

HAHA. Yeke, za pun da lupaaaa penah copy cerita ni kat blog kak izni dulu.

Alhamdulillah sihat jek.

kak izni katne sekarang ni ?