assalamualaikum
ehem. kehidupan kat sini menambahkan lagi perasaan malas untuk menulis blog. haha. tapi, malam nea tetiba ada seru nak menulis.
aish, hari jumaat baru nea je aku exam mid-term. untuk subjek Algebra and Trigonometry. yeah, dan hari nea aku dah dapat markah nya. Alhamdulillah, walau tak dapat full mark. tapi, aku masih bersyukur dengan pemberian Allah. tapi, aku tak kan pernah berbangga dengan aku dapat.
aish. dah kira semua markah algebra untuk mid term. kira kira midterm+assignments+quizes = 50% . so tadi bila aku tambah tambahs semua. aku dapat 48% daripada 50%. oke lah kan, tapi bak kata umi aku jangan nak sedap duduk sangat. final exam yakni 50% lagi markah tuh susah, so jangan nak buat tak endah lepas nea. fuhh, aku kena struggle. *chaiyok lah !
oke, algebra dah habis midterm. sekarang giliran mechanics. ouhhhh, seriously aku cakap. mechanics is killing me. =.=' tambah tambah perasaan malas sedang menggunung dalam diri. ya Allah, ape nak jadi dengan aku nea. exam dah hari rabu nea. preparation sehabuk pun aku tak buat. Allah...permudahkanlah segalanya. kuatkan ingatan aku ini.
No comments:
Post a Comment