assalamualaikum
ouh, saya sangat cuak. tolong tolong. cuak cuak cuak melanda diri. kalau bahasa kelantan orang cakap : "wehhhh, beduwa wehhh. beduwa. mu pehey dop aku beduwa?" haha
semalan hari cuak sedunia. cuak bila nak buat assignments and quizes, aku punye profile got error message. ni la susah MMU, bila dah maju sangat. nak buat assignments and quizes pun kena online. =.="
memang aku punya lecturer tak dapat respond dari aku punya profile. dah nak nangis dah aku time. lagi lagi bila sorang mamat kelas aku nea cakap, "ahh sudah, kau mmg kena beli access code baru la za jwb nya" bapak lah. bygkan dia punya access code 6o ringgit malaysia kot.
aku dah blur, muka macam kena langgar lori dah. balik terus hostel. bukak laptop, online yg pearson punya 24/7 counter pertanyaan. aaa, memang. memang aku suka nak ckp ngan operator dgn english. aku sukaaaa gila kot. =.=' aku kauntim punya kauntim. Alhamdulillah, selesai gak aku punye profile tuh.
lepas je siap hal tuh, teringat yang amir hantar message pasal hari ade kerja kat SRM. memang la. memang bagus sangat la kan. aku punya presentation untuk General English habuk pun tak buat. dah la, esok(hari ni) dah nak present. memang la. aku punya group syazman, affan, taufik. yang taufik takyah cakap la dok kat luar campus budak international. yang si syazman. ke mana entah menghilang. SRM pun sepatah haram tak cakap dia nak pegi mana.
tinggal aku dengan affan. haaa memang. memang lama kitaorg kat SRM. samnpai pukul 10.45mlm. lepas habis SRM terus ke library nak wat presentation punya keje nea la. aku dah mula cuak. mana tak nya, hari dah makin malam. dah aku derma darah kot semalam. penat takyah cakap la kan.
sampai je kat library. aku affan join satu meja dengan sharizam punya group. tengok diorg dah nak siap, ke-cuak-an kteorg semakin bertambah. lagi lagi bila si syazman dan taufik takde. aaaaa, memang lah. confirm kelam kabut esok. kteorg punya tajuk pun macam pergh la jugak kot. "The Smartphone Technology for Student Career Development" yeah cool right ?
aku lagi cuak bila ini adalah aku punya first presentation. yaa, nak bandingkan dgn makhad dulu. mana la sama kan. dulu memain je kot depan teacher roslinda. mula la aku nak ingat kisah dulu. =.='
masa makin laju jalan, otak aku dengan affan dah semakin jam. group si sharizam dah nak balik. tinggal kat meja tuh aku, affan dan aku punya roomate ainna. kebetulan dia ada kan. mintak dia tolong. last2 wawa, aku punya roomate jgk. ajak aina balik. aaaa memang, memang tinggal aku ngan affan terkontang kanting mencari secebis idea yg masih berlari kura kura dalam otak.
jam dah tunjuk 11.3o isi sehabuk aku tak dapat. mula aku nak nangis. aku cakap kat affan, "wei, nak nangis ah aku mcm nea, tension doe. dah la si 2 ekor tuh tak de, sure sure kelam kabut pagi esok. waaaa nak nangisss..." mata aku dah merah kot time tuh. tunggu masa nak keluar je airmata. memang tension gila maen dengan aku punya teamate.
affan bila tgk aku nak nangis ape lagi, "wei, jangan nangis bodoh, kang tak pasal pasal org syak bukan bukan kat aku." aku dah tahan dah airmata tuh. macam nak ngalir dah sikit. affan cakap "bodoh la kau ni, aku lempang gak kang" hahaha. lepas tuh penjaga library ckp, library da nak tutup.
aku affan jalan balik hostel. memang pasrah lah ape nak jadi, jadi la esok. affan cakap, "macam ni, aku amek yg part introduction, pastu kau amek part main point, kiranya lepas aku present kau present. yang pasal 2 ekor tuh, biar aku settlekan diorg punya teks."
memang kesian doe kat affan. sempat gak singgah kedai beli makan. 2 tin air nescafe aku beli. memang niat tanak tidur terus la malam tu. sampai je bilik. "ainaaaaaaa, tolong zaaaaa !" memang semalam syukurlah ada roomate aina. dia tolong aku buatkan teks. memang dengan dia dia sekali tidur lewat. wawa memang lah, satu kelas. muka dah cuak nak mampos. mana taknya dia punya group first kot yg kena present.
sampai satu message. "jangan nangis, kan dah besar" lepas baca message tuh, aku terus nangis. waaaaaaaaaa ! stresss ! gila gila la. pukul 2pagi aku punya teks bru siap. affan kat fb punya chat tgh tekun cari isi utk 2 org tuh. syukur teks dah siap. aku ape lagi. kemain la hafal dia punya point2. sampai tak perasaan dah pukul empat. masa tuh, mmg dah rasa macam nak pitam. mana tak nya, dalam badan aku kurang dah. pastu tido lewat macam tu pulak. memang cari nahas. pastu, aku amek keputusan nak tido kejap.
pukul 5.3o bangun subuh, breakfast, makan ubat. pukul 7.15 dah bertolak ke FIT, yaaa sangat jauh kelas nya. cuak, bila tengok si affan syazman taufik tak datang lagi. tidur lagi ke ape budak nea ???? gila lah. aku call affan. dia ckp on the way. syazman taufik aku tak tau. =.='
8.oo presentation start diorg baru sampai. mula la menggelabah cari idea point2. aku dah tak kira dah time. lantak pi la korang. aku affan saling pandang2. redha je ape nak jadi. dengan si taufik nya datang dengan tak berpakaian formal. jadi satu masalah jugak. aku tak henti henti "rabbi yassir wala tu'assir." memang berserah sepenuhnya lah.
tiba giliran kitaorg. ya Allah, it's like a miracle. semua berjalan dengan lancar. tapi taufik jer la KO. dia kena re-do present lain hari. aku affan syazman lepas. siap dapat marks yg cool lagi. cool ke ? aku tak cool pun. hahaha. Alhamdulillah. :D
lepas present, online kejap dekat fb. tengok di affan dan syazman punya status. =.= syazman punya status sumpah takabur. ahhhh, benci aku.
"done my presentation greatly, without any preparation. damn! i'm so good"
yaaa, statusnya mcm tuh la bunyi nya. rasa macam nak lempang je dia punya riak tuh, aku affan semalam kemain lagi gelabah pasal diorg. =________= sumpah cakap aku geram gila dengan dia. yeaahhh, kalau dia baca blog nea, aku punya suka la aku punya blog kan ? lain kali cakap la awal2. prepare awal2 ke. -______________- geram aku. nasib baik tak jadi pape.
boleh pulak dia jawab "tak, aku mmg suka buat benda secara spontan" memang. elok la, nasib baik tadi Allah nak kasi semua jalan elok. tak fikir ke kalau jadi sebaliknya macam mne ? ergh.
ya, hari saya rasa nak marah dengan dia. sangat sangat. errrrrrrrrrr.
p/s : sila praktis present sejak sekolah lagi. :D
No comments:
Post a Comment