assalamualaikum
ye, sekarang jam 2 pagi. dan aku masih di sini. merenung masa depan yang terasa cerah. moga moga dikurnia-Nya. amin.
aku hayati dan amati sebuah kertas lapuk yang berisikan jadual sem dua. termenung panjang. menarik nafas. hati aku berkata *ahhh, real battle is about to begin.
perlahan lahan jari jemari aku menaip kembali jadual itu dengan kemas. hati terdetik berbagai macam. "apakah kali ini ujian lebih berat?" jari terus menaip tanpa henti. otak masih berfikir.
tersentak dari kekhusyukan menaip. "eh, esok rabu.." perlahan lahan aku menatap gadget di desktop aku. ya, esok rabu. tiada apa di dalam otak aku. tiada yang lain yang aku fikirkan melainkan result sem pertama. apakah kesudahan perjuangan selama 3 bulan aku itu ?
*dush* tangan menepuk dahi. "esok ape nya, hari ini dah rabu. 2pagi 12 oktober.." *gurlp. debaran itu semakin dekat.
*dush* tangan menepuk dahi. "esok ape nya, hari ini dah rabu. 2pagi 12 oktober.." *gurlp. debaran itu semakin dekat.
gundah gelana. aku dah buat yang terbaik. aku dah usaha semampu aku boleh. aku dah lakukan ape yang termampu dilakukan oleh tulang empat kerat ni. selebihnya, sepenuh pergantungan aku gantungkan pada yang SATU. ya, DIA. Tuhan yang SATU.
Allahurabbi, tidak dapat aku sembunyikan segala perasaan ini. ya, Allah semoga keputusan itu memberi aku semangat baru untuk aku hadapi kehidupan sem dua yang seakan akan membunuh jadual nya.
yaaa, aku tahu. aku tahu, yang banyak lagi orang belajar nya susah. banyak lagi kat luar sana belajar nya lagi stress daripada aku. malah, di dunia ini tiada apa pun yang senang. semua susah untuk di gapai. masing masing dengan ujian masing masing.
aku mungkin lemah semangat. aku mungkin takut akan masa depan. aku mungkin dan mungkin dan mungkin. tapi, aku tak pernah ada rasa putus asa. ya Allah, jauhkanlah aku dari perasaan putus asa. sesungguhnya aku dikalangan yang rugi jika berputus asa pada rezeki-Mu.
ahhhh, aku percaya pada rezeki-Nya. ya, aku percaya. :)
insya'Allah. rezeki aku ada. insya'Allah. wahai kalian, berdoalah untuk kejayaan ku. berdoalah agar aku menerima segala keputusan yang Esa. amin :)
yaa, aku sertakan jadual sem dua. doakan aku untuk sem dua. harap berjalan dengan lancar :)
*sila tekan untuk tumbesaran*
p/s : semoga kejayaan itu milik aku. amin :)
No comments:
Post a Comment