Friday, June 19, 2015

Week of wedding

Assalamualaikum

Jaga jaga entri ini akan memenatkan ibu jari anda untuk tenyeh screen phone anda untuk scroll sampai habis. Kalau bukak dengan PC anda mungkin mengalami kekejangan jari telunjuk untuk menggelekkan scroll wheel mouse anda. Atau pun.. okay dah.

Sebelum lanjut aku pergi jauh menaip tanda pedal break. Ingin aku mengucapkan Ramadhan Kareem everyone! Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga, Ramadhan kali ni menjadi turning point bagi korang from the stage where you are to another better stage. InsyaAllah. Haaa gittew.

Dah tinggal beberapa kerat lagi sisa sisa cuti sem aku yang tak berapa nak panjang. Ye lah orang lain(baca: budak IPTA) kalau dah cuti sem tu mau naik gila tunggu nak bukak sem balik. 3 bulan cuti, tak beragak. Diorang cuti sem habis mati kutu fikir nak buat apa. Aku ni cuti sem tak sempat nak merasa cuti. Lagi lagi cuti kali ni. Sumpah tak rasa cuti langsung

Sedia maklum sem lepas aku buat praktikal, sepatutnya aku habis praktikal 29 haribulan Mei, tapi disebabkan 29 Mei tu hari akad nikah akak akak aku so aku terpaksa mintak habis awal dengan supervisor aku. Aku mintak nak balik 27 Mei lagi. Nasib lah supervisor aku Abg Ijat dan lecturer aku Ms Zarina sporting maka pulang lah aku ke kelantan.

Mula tu niat nya nak balik drive tapi fikir balik nanti compem penat dan banyak lagi benda nak kena tolong setelkan. So aku dengan bangga purchase tiket flight dibawah tajaan PaMa(Baca: Papa Mama) Kah aku lagi seronok naik fligth dari dok berpenat penat driving all the way to kelantan. Tak kelakor katanyaa.

Tak sempat aku nak bernafas, sampai jek kelantan aku dikerah keringat untuk berkerja tanpa henti memandang lagi dua hari majlis akad nikah akan berlangsung. Dan majlis tu buat kat rumah aku sendiri. Nak jadikan cerita, kali ni wedding angkut duorg kawin terus. Dua dua kakak aku akan melangsungkan pernikahan sekali gus. So korang boleh bayangkan lah macam mana kalut nya kat rumah aku masa tu.

Ditambah lagi dengan perangai umi aku yang suka semua benda dia nak buat sendiri. Start dari pelamin, hantaran, sampai lah makan makan. Semua dia nak buat sendiri. Nasib kemah je tak pasang sendiri. Itu pun sebab mana nak ada kemah besor besor kat rumah aku tu, kalau ada compem dengan kemah sekali kitaorg angkut pasang. Sabor je la aku.

Pastu memandangkan abg irsyad aku tak dapat balik untuk wedding ni, jadi terpaksalah aku yang jadi runner ke sana ke sini beli barang. Boleh naik gila, ni kalau aku kawin esok esok diorg tak turun tolong memang aku sumpah jadi sesumpah sesekor. Kah!

Kalut sana sini, gedebak gedebuk dah masuk hari akad nikah. Hari akad tu hari jumaat, so akad nikah buat lepas semayang jumaat. Like pukul 3 petang tu dah start sampai semua rombongan dari kedua dua belah pihak lelaki. Penuh rumah wa cakap lu. Sampaikan ada yang duduk kat luar nak tengok majlis tu. Mostly orang orang kampung la dok keliling tengok. Rombongan sume dok dalam.


Haa, lupa nak bagitahu yang haritu ade dua pelamin. Satu pelamin buat sendiri, satu lagi pelamin tempah. Kah!

Alhamdulillah, selesai akad nikah dengan sekali lafaz dua dua pengantin. Yang kelakor nya ayah aku yang nebes tersasul masa akad nikah tu. Boleh pulak tersasul sebut nama. Kang ade yang tertukar pengantin nanti. Lel Ayah is nebes. Kecoh haaa rombongan tergelak kat ayah. Video pun ade ekceli tapi besor sangat lah nak upload.


Haa nampak? Terselah muka aku yang kurang kasih sayang. Kahkahkahkah. I cry a little happily because both of them get married today. And I cry a little sadly because tetiba rasa cheq pon nak kawin jugakkkkk. lel. Takpe May I found my own happiness. Haa gittew.

Lepas je selesai akad nikah maka bermulalah perangai tak senonoh dikalangan orang tua dalam masyarakat kita. Yang mana suka menindas perasaan orang orang bujang. Sobs. Maksud aku, bermulalah soalan bertubi tubi daripada makcik pakcik atuk nenek moyang segala.

"Yang ni bila lagi.." ayat standard yang dituturkan
Aku dengan penuh gaya mutu dan keunggulan aku menjawab
"Esok.." maka terdengarlah ketawa kepada sekalian alam.

Sumpah penat aku nak menjawabnya. Ye lah, abang aku yang sorang tu tak balik. Pastu aku pulak bongsu perempuan, tambah pulak dah nak abis study dah. Memang lah aku yang jadi target diorang. Eh saborrr je la aku menjawabnya.

Keesokan harinya, hari reception also kat rumah aku. Reception day ni wa cakap lu, end of the day aku tak rasa kaki berjalan, rasa macam tulang pinggul aku dah terkesok dahh. Mana taknya busy nyaaa, Allah taala saja yang tahu segalanya. Mana nya nak bagi door gift, mana nya nak update kat meja buffet apa makanan nak kena top up, mana nya nak layan tetamu lagi. Dengan kuli nya sekerat dua, memang yang mana je lah disembelih jadikan kuli. Penat wa cakap lu.

That day we(Baca: kuli kuli) communicate with each other thru benda alah ni.


Haa nampak? Kelas kan iols? Siap ada walkie talkie lagi sorang satu. Yang sadly nya, reception day tu aku tak sempat nak amek gamba(Baca: Selfie) sekeping pun. Sobs, ini disebabkan jugak pada hari itu handset aku hilang entah kemana. Sabotaj betei.


Gambar yang ni je ada, itu pun aku printscreen dari video masa aku jadi pengapit diorang. Ituuuuuuu pun nampak separuh. Hmmmm. Dah lah muka kemut semacam. Mana nya tak kemut, nak berdiri bawah matahari terik tak hengat. Cair habis make up aku. Make up pengantin toksah cerita lah kan. Takpe, amek aura pengantin ye dok? Kahkah.

Penat kau jahh kenduri kawin ni. Lagi lagi bila semua benda ko nak buat sendiri. Tapi satu jelah kelebihan dia poket tak senang nipis lah. Jimat banyak gak la nak compare dengan sume benda nak tempah. Ye dok?

Okay 29hb akad, 30hb reception. 31hb and 1hb june dihabiskan dengan mengemas segala perkakas rumah yang dikeluarkan masa kenduri haritu. Nak cuci periuk belanga, pinggan mangkuk dan segala isi rumah tuh lah. Penat hari kenduri pun aku tak dapat nak hilang, terus sambung buat kerja kerja rumah yang bertimbun. 

Tak sempat setel kat rumah 2hb june dah bertolak ke terengganu untuk menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Konvoi ler reramai. Wedding ni tak duk hotel pun. Alah terengganu-kelantan kot, sana kentut sini pun boleh dengar lah. Kah! Tapi trip yang satu hari pergi balik ni la yang paling penat.


Lagi gambar dari video, pasal dah upah Photographer, so kirija aku amek video je la bebanyak. 


Okay abaikan tudung aku yang senget. Memang having bad day tudung pun. Cis. Masa ni, aku melantak di meja pengantin cam tak hengat. Balas dendam sebab masa kenduri kat rumah haritu tak sempat nak rasa makanan. 

Selesai lah majlis kat terengganu, balik lah kelantan sambung mengemas barang barang yang masih bersisa. Belum sempat menarik hela nafas yang panjang. 5hb june dah bertolak konvoi reramai pergi kl untuk majlis kat Bangi belah pengantin lelaki.

Rombongan kali ni ramai memandangkan ramai family kat kl katanyaaa. Family yang datang dari kelantan stay kat rumah tamu aminuddin baki UKM. Kira dekat lah kan dengan rumah pengantin kat bangi.

6hb june tu pepagi buta lagi berkumpul ramai ramai kat masjid UKM. Yang paling tak kelakor, ayah lupa jalan nak pegi rumah pengantin. So ayah mintak aku yang lead jalan pergi rumah tu. Ingat tu ingat la, tapi naik nebes jugak aku dengan rombongan panjang. Ceritanya kalau aku kat depan yg sesat 20 buah kereta kat belakang memang ke laut sume. Tapi nasib baik lew everything went smooth.

Tema wedding kat bangi ni macam retro sikit. Ala ala omputih gittew.





Lepas jek majlis kat bangi ni. Kitaorg stay kat kl sampai 8hb june, sebab 7hb ade kenduri kawen sepupu nenek kat semenyih rumah Datin Che Pah. Tapi aku tak pergi, sebab aku ade kenduri kawen kat Shah Alam, member opis mintak aku amek gambo untuk wedding dia. So yeah, dapat la seringgit dua. Kah!

So let's called it a week! Week of wedding. Banyak lagi cerita nak aku nak tulis, and cuti aku tak habis kat situ jek. Lepas balik konvoi dari kl, aku pun konvoi, drive bawak balik viva kesayangan aku untuk dimasukkan pusat pemulihan kat kelantan. kah!

Dok rilek dua tiga hari kat rumah, dapat tahu kena pergi lagi kl, untuk majlis bertunang kazen aku. I was like SERIOUSLY? Again? Dude, I'm dying koooott. Nak tak nak kena jugak ikut pergi. I must say, it's holiday of wedding lah kot.

Argghhh, dah la aku pun penat nak perah otak ingat balik ape nak ditulis. Dah cukup panjang pun ni. Orang pun da malas nak layan aku. Until next time. Bye!

Nah belanja dua tiga keping gambar.












p/s: hai mak. haha. kbye.

No comments: