Thursday, May 31, 2012

end of may

Assalamualaikum 

hi peeps ! I'm still wide awake at 5 o'clock in the morning . taktau kenapa , mata ini masih gagah untuk berfungsi . ya , mungkin kelmarin dah tidur siang hari . yer lah , selagi ada cuti , untuk apa lagi kan kalau bukan tidur ? :3 bila dah start belajar nanti , katil pun belum tentu nampak dalam sehari tuh . silap silap tertidur dalam library . *macam sem-sem sebelum ni*

malam tadi , sibuk sedikit sebenar nya . yer lah , bila dah selesai satu kerja , ade kerja yang baru pulak nak kena settlekan . susah jugak kan nak design wedding invitation pakai ecard nih . berdenyut kepala otak . tapi takpi , wedding still has 2 month to go since today will be the last day of may . :3

oh yaa , cakap pasal bulan may , baru perasan tahun ni tak blog-ing pasal my birthday . kalau korang ingat lah , my birthday is on 6th may . herm , sambutan tahun ni oke lah kan . surrounded by beloved friends at MMU . dapat hadiah itu ini , macam lah kot hadiah tahun ni . blouses , shawls, chocolates ,  letters , cards , mineral water? , treat meals and not to forget limited edition heels . haha . that heels suprised me A LOT , seriously speaking .

herm , tapi best birthday's celebration that i ever have , is my 17th birthday . ye lah , kena troll dengan warga BS . seriously , memory tuh takkan penah padam . if i could turn back , nak sangat rasa balik saat tuh . memang kaw kaw lah kena tipu masa tuh . nak menangis tapi tak terkeluar airmata . here link pasal suprised tuh . :3

oh btw , it's my 19th birthday . last year before the number turn to twety something something . haha , nervous la jugak kan bila umur tuh dah start dengan dua . well , that's it , LIFE . moving forward and never ever turn back .

setahun umur bertambah , selangkah makin dekat kepada kematian . >.< Allahuakbar . Alhamdulillah . thanks for every breathe that i take , thanks for every step that i take , thanks for every meals that i eat . i cant thank enough for this life . thank you Allah . May Allah bless me . because , without His blessing , I'm ABSOLUTELY nothing .

keep me strong for every trial . dan semoga kejayaan mengiringi aku . kejayaan dunia dan akhirat . ameen . :)

Dear myself . .

that's all i guess . it's fajr ! morning world ! ;)

p/s : tunggu sekejap .

Wednesday, May 23, 2012

karya picisan .

Assalamualaikum

hi semua ! ahem , first of all nak bagi tahu yang saya dah tamat program foundation . hehe . dan sekarang tengah cuti tunggu nak masuk degree jeww . :3 haaaa, jangan jeles lah , cuti tunggu degree saya nea bukan macam yang lain , cuti berbulan bulan . sebulan je kot cutinya . oke la kan at least ada cuti . ;)

haaaa, sekarang dah hampir dua minggu la kot aku terperap kat rumah ni . macam biasa jadi suri rumah , jadi supir , jadi housekeeping *ifyouwhatimean* dan macam macam lagi lah . busy jugak lah kan .

lama dah cuti baru ade masa nak kemas buku buku foundation yang bertimbun menggunung macam gunung himalaya dah menengoknya . ye lah , mana nya tak bertimbun , kalau SEMUA , i mean SEMUA buku buku foundation yang penah guna , termasuk dgn testpad yang dah guna yang berterabur sana sini pun aku bawak balik . sayang nak tinggal . bagi aku , itu semua kenangan . hehehe .

tengah tengah kemas , aku perasan aku ni seorang yang suka melakukan kegiatan vandalism *bolehdipanggilvandalismke?* haha . idk . almost setiap buku , mesti ade je karya karya picisan aku . i mean , contengan jalanan . *eh??*

 *letter of mine* :3








dan yang ni, aku jumpa dalam buku note yang aku guna since spm lagi . :3





hahaha , ini je yang aku jumpa . tapi seingat ingat aku , banyak lagi la kot karya picisan aku kat buku buku nota . memang jenis aku . tengah dalam kelas ke , study ke ape ke , tangan tak reti diam . lagi lagi , bila otak wasnt focused . otak bercelaru fikirkan benda lain . maka keluar lah karya picisan aku nih . haha.

okei , itu je yang aku nak post. :p kbai .

p/s : wait for miracle to happen .

Thursday, May 3, 2012

malu itu .

Assalamualikum

malu itu sebahagian daripada iman ? berulang ulang kali kita dengar ayat nea masa zaman sekolah dedulu. ustaz ustazah dok cakap dua tiga kali. kita betul betul faham ke maksud ayat tuh sebenar nya ? haaa..

terpanggil nak blogging pasal ni . malu dan perempuan dah macam sinonim. bila sebut je malu mesti orang cakap macam perempuan. bukan nak kata lelaki ni tak tau malu ke apa, tapi itu lah hakikat dunia dan fitrah manusia atau fitrah perempuan . :D perempuan = malu . paham ?

ini yang di copy-paste dari sini (http://forum.tentangcinta.com/showthread.php?t=5557) *elak plagiarism . haha*

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak dulu lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak saperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita
.

*nodding* ahh, muhasabah diri sekejap . hati ni sentiasa lalai kalau tak ingatkan . :)
*photoshop-ing*