Tuesday, January 31, 2012

sakit rumah

Assalamualaikum

tik.tok.tik.tok.tik.tok jam berlalu. 3.54 a.m
memang sleepless lah kan aku hari nea.

entah kenapa, hari terasa mood nak bloging tetiba ade. mungkin terasa sunyi. need some space to express this kind of feeling. walaupun aku rasa twitter itu tempat terbaik utk membebel. tapi kadang kadang blog is better than twitter sebab tak de limit words :D
   
this feeling - homesick, familysick #punboleh
 
bila video video itu dimainkan, aku mula rindu. rindu rumah, rindu dengan gelagat kami. rindu segalanya tentang kita.
   
"balik dua minggu sekali pun rindu lagi ke? tak cukup ke ? " umi
   
"memang tak penah cukup pun, kalau boleh tanak balik semula ke MMU neh.." aku
  
"dah tu, macam tak payah study, dok umah je. bersyukur lah sikit, orang laen nak balik rumah sebulan sekali pun belum tentu.." umi
   
"bukan tak bersyukur. hermm, malaaas nak study lagi lagi nak exam neh lagi scary.." aku
  
"biasa lah tuh, dah belajar mesti ade exam. semua orang lalui proses tuh, umi pun. pejam mata telan sekejap jee.." umi
   
"wuuuuu~ *buat muka malas, sambil peluk umi*.." aku
  
"malas study, senang kira umi cari calon, ayah cari lembu. perebah lembu sekor. kita kenduri. kawen je. takpayah umi ayah habeskan duit beribu ribu untuk tanggung fees study..." umi
  
-,-' orang tua tua, senang nak matikan ayat. kasi ayat suh berhenti study kawen je.
   
*aku jawab betu betul, setuju nak kawen. kang tak pepasal lain jadik nya.. hahaha.
  
"baik umi beli barang kemas, dapat jugak bergaya sana sini.." umi sambung membebel, sambil bangun dari katil.
  
"betul, upgrade keta pun boleh. alphard ke satu.." ayah mencelah kedengaran dari dapur.
  
=,=' aku paham dan jemu dah personafikasi umi ayah aku. cakap macam tak kesah. padahal~ *biase ler tuuu, makbapak takkan tunjuk diorg risau.
  
makinn panjang bebelan diorg tuh, makin kesah lah tuh. #formulasenang .
   
**kitaorg adik beradik panggil motivasi umi ayah tuh, motibasi terbalik. kalau korang dgr, korang terpaksa intepret kpd positive thing. haha. kira otak korang kena ade penapis negatif. kui3.*


"ermmm, yerr lahh..rumah nea tanak tukar?" sambung aku #sarcasticly sambil keluar dari bilik umi dan dapatkan akim.
  
herm, adik je lah yang ade kat rumah sekarang. aku bukan tak bersyukur dapat balik rumah selalu. cuma aku sunyi, balik rumah muka si budak gemuk tuh je. makin hari makin bulat aku tengok. aku tak paham ape lah yang dia telan sampai cenggitu sekali. =,= *mati aku kena belasah dgn akim*. haha. 
   
paling takpun aku pergi belakang rumah berkomunikasi dgn angsa. betapa kurang kasih syg aku. haha. yerlah, mane tak nye. kaklong , abg irsyad, kak suha, muzaffar. sume dok jauh. hermm.
  
tunggu raya la jawab nye yobb. haha. boleh tahan membebel aku pagi neh.
  
 **hai, saya budak gedik. kbai. haha

erk. enough for now.

sleepless night

Assalamualaikum

another sleepless night i guess. 
  
hermm, otak tepu menghadap buku setebal alam itu.
otak lagi bercelaru bila bunyi pesanan ringkas masuk bertalu talu.
malam nea masuk 4 kali celcom hantar pesanan rindu.
cehhh, kalau kasi sms or call free oke jugak. bising memekak.
tak habes habes dengan iklan bergerak. =,='
  
sebenarnya, otak aku mmg tepu dan bercelaru sejak pagi tadi.
mane tak nya fikirkan exam yg hari hari kian dekat.
seakan aku tak bernafas. ahh, sem dua ini memang membunuh.
   
otak fokus pada buku chemy. hermm, hati aku gelisah.
dua tiga hari ini, hati aku rasa kontang. jiwa aku rasa kosong.
feeling like i'm lost. 
   
aku taktau ape yg aku resahkan.
aku taktau ape yg aku risaukan.
herm, dah macam org mati laki pun ado. *oke, bajet penah ade laki*
   
tin kosong - itu yang aku rase, bunyi nya bising tapi isi nya kosong.
tak tau lah betul ke tak perumpamaan yg aku buat. *aku bukan amek sastera pon* tapi, aku ras itu betul. aku nampak bising mcm nea. gelak sana, happy sini tapi jiwa aku kosong. seriously kosong. sometimes rase mcm useless pun ado.
  
hermm, sigh is all around. nak cerita pasal hati nea adik kakak. dia punya risau ke, resah ke, keliru ke empat page blog nea pun belum tentu sudah. iya dok ?
   
yang boleh aku simpulkan semua perasaan itu - 
aku terasa jauh dgn rahmat Tuhan.
aku terasa jauh dgn Pencipta aku.
aku terlalu mengejar keduniaan.
aku study hanya untuk exam. aku nak cari scholarship. 
tapi niat yg utk kerana Allah ? ouhh, hilang. terpesong.
  
hari hari aku cari balik yang hilang itu. berkat kah usaha aku selama ini kerana kejar kerana dunia ? ilmu Allah macam macam bukan setakat tauhid, feqah, usul fiqh and sama waktu dgn nya. chem, electric, math antara nya jugak.
  
hermm, dulu dekat nak exam. "Allaaah, banyak lagi tak study. itu, ini.." stress seriously stress. sbb aku study utk exam utk dunia.
    
erkkk, susah nak betulkan niat kengkdg tersasar jugak. ape yang kita boleh buat, as manusia yang takkan penah maksum just betulkan niat hari hari. tapi, niat puasa sunat pun aku selalu lupa ? haaaiih.
   
study - niat kerana dahaga kan ilmu Allah. indah kan ?
hermm, itu yg cuba aku lakukan. tapi, without success.
study - niat dengan ilmu tu nak bangunkan ummah. mulia kan ?
hermm, itu yg cuba aku tanam. tapi, aku tak sekuat itu.
   
hermm, itu baru niat. bukan nak laksana pon. dah susah. agak agak level mane lah muslim aku neh. jaaauuuuuh lagi nak jadi mukmin.
   
resah..
  
mula lah nak fikir, sumbangan aku untuk islam - absolutely nothing.
  
dah dah, mengeluh tak tentu pasal.
   
islam tak pernah mengajar terlambat. selagi ade masa, berubah. usaha. insya'Allah, Allah Maha segalanya. :)
   
berubah tak perlu drastik, ia perlu proses yang panjang. perlahan lahan. berubah perlu istiqamah.
   
istiqamah - susah. tapi tak mustahil kan ?
  
"tiada yang mustahil di dunia ini, jika kita beriman dan bertaqwa.."
  
duhai hati jangan gelisah.
jangan pernah mengalah.
kerana Allah sentiasa kamu.
insya'Allah.
   
jiwa tanpa ilmu = kontang
ilmu tanpa amal = sia sia
amal tanpa niat = ?
 
p/s : berikan aku cinta-Mu