Saturday, December 17, 2011

dan aku memang penakut

assalamualikum,

mood : tenang~
now playing : penakut by yuna
      
    
hye people ! how's going on ? it's been a month aku tak sentuh blog neh. aku rindu saat berfoya foya dengan blog zaman dedulu. sekarang masa yang cemburu dengan aku utk berfoya sana sini.

i've been through a lot these days. i really mean A LOT. it's been two weeks since kehilangan bag pack aku. yeah, bag pack yang aku selalu guna untuk ke kelas sana sini telah hilang dicuri sape pun aku tak tau. wallahua'lam. semoga dia mendapat manfaat dari bag aku itu. *redha..

syukur, sepenuh kelegaan nafas aku tarik bila purse dan handset masih ada bersama aku. sebab aku selalu letak handset dan purse dalam bag tuh. atleast, kurang sikit kerisauan akan hari esok bila handset dah purse ade. mana tak nya, aku jadi bendahari utk company. mase tuh, purse aku ade 4oo ringgit malaysia cash. syukur ya Allah sekali lagi aku panjatkan.

terima kasih sepenuh nya aku ucapkan buat kawan aku zulhilmi kerana susah payah tolong report kepada security tentang kejadian tuh. yang susah payah tolong settle dgn security. sebab hari bag aku hilang aku rushing balik shah alam, untuk urus hal company memandangkan event tak lama lagi nak lancar. walau, bag aku still tak jumpa, thanks again for being concern.

isi bag pack : 5 buku nota, kalkulator, jam tangan o.d.m, pensil case dan beberapa barang yang unnecessary utk di-mention.

5 buku nota - electric and magnetism
                  - calculus
                  - introduction to business management
                  - general chemistry
                  - critical thinking

yeah, mungkin semua orang akan cakap, "alah, buku nota je kot. bukan buku text. boleh beli balik kot.." damn true, buku nota je kot dan boleh beli balik. bagi aku buku nota aku lebih berharga dari buku teks aku yang bapak mahal macam senapang tuh. yeah, buku boleh beli, tapi agak agak dapat balik tak nota yang aku tulis selama ini ? ahh, dugaan.

bag pack aku hilang waktu genting. saat aku tengah hadapi midterm. terasa masa depan sangat gelap waktu itu. aku rasa sangat jatuh dan ingin rebah. hanya mampu berdoa untuk kuatkan kaki ini melangkah.

saat aku sedang gelisah akan kehilangan sumber untuk aku study tiba datang satu lagi perkara yang buat aku rasa penat. yaa, mark calculus aku untuk midterm. ya, aku tau tak seteruk mereka yang laen. tapi aku still kecewa. seolah olah datang awan gelap menutupi cahaya hidup.

aku terus gagah hidup. mengumpul semua nota nota classmate. sumpah, tak sama dengan nota yang buat sendiri. aku mintak bantuan semua orang. thanks buat classmate yang merangkap roomate dan kawan, dilah sebab bagi aku pinjam alat tulis. again thanks kerana susah payah pinjamkan kalkulator. :) *may Allah blessed you.

exam electric & magnetism menambahkan lagi kekecewaan aku. ahhh, dugaan. aku tak kuat. biarlah, aku dah buat semampu boleh. at least aku dah cuba walau penat. for the rest, aku berserah 100% kepada yang tak pernah mati. kerana nya Dia layak menilai usaha empat kerat aku itu.

next exam, chemistry 9 Dec iaitu  hari jumaat. entah kenapa aku tiba tiba rasa mcm nak balik kelantan. ya, mungkin keserabutan yang memenuhi jiwa menyebabkan aku ingin mencari ketenangan.

aku mintak tolong pakcik azmi driver teksi yang selalu baik dengan kami2 budak foundation. aku mintak tolong pakcik azmi belikan tiket bus utk aku memandangkan aku takde masa untuk keluar ke putrajaya sentral.

oke, tiket bus dapat. tapi, dekat hentian putra, KL . aku dok putrajaya, Selangor. tarikh tiket itu adalah hari aku exam chemistry jam 10 mlm. ape masalah nya ? masalah nya, sistem MMU adalah exam malam. yeah, exam chemistry start 8mlm habis 9.15mlm. 45minutes left untuk kami di selangor kejar bus di kuala lumpur? sempat tak ? niceeeeeeee~

terima kasih kepada kawan merangkap roomate aku, kerana susah payah stand by teksi untuk aku. barang2 aku dah kemas awal awal. maisarah terus amek bag2 aku kat bilik dan tunggu aku depan exam hall. ya Allah, dalam dewan exam Engkau sahaja yang tahu perasaan aku macam mane. dengan soalan susah yang hentah hape hape. otak tak cukup oxygen. sampai aku lupa aku perlu balik hari tuh.

tengok jam 9mlm. heh ? sempat ke nak kejar neh ? sampai masa tamat, lecturer datang kutip ketas aku, dan aku mintak izin lecturer "madam, i have a bus to catch..." lintang pukang aku lari. kelihatan maisarah tercegat depan hall tunggu aku dengan muka cuak.

keluar dari dewan terus naik teksi pecut ke hentian putra, KL . pakcik azmi drift malam tuh macam tak hengat dunia. aku mengucap panjang. huh. elok je sampai kat hentian putra, bus dah ada. semua orang dah naik. aku passenger yang paling last. naik naik je bus tuh, bus terus gerak. lambat seminit tuh, memang naya. then, mission complete. terima kasih kepada yang terlibat menyempurnakan misi ini. :)

peacefully, i'm going back to kelantan. memang aku dah tak fikir ape yang jadi seminggu neh. biarlah semua tuh jadi kenangan yang paling pahit penah aku rasa sepanjang kat MMU neh. untuk result midterm, sepenuhnya aku berserah. aku dah usaha semampu boleh. dengan segala ujian aku hadapi, dengan serba kekurangan aku still disini.

kerana aku sentiasa percaya, setiap ujian itu ada hikmah nya. semoga segala kesabaran dan kepenatan berbuah hasil. semoga kejayaan itu, milik aku. amin ya Allah. :)

p/s : tenang~