assalamualaikum
hi! it's been long time uh? kebelakangan ini akan macam takde mood nak update blog sebab terlalu sibuk fikirkan tentang kakak kakak aku dan abang aku yang tengah jadi pelarian kat mesir. sumpah tak tipu masa hari first keluar berita kat tv, aku rasa macam *ahh, risau. malam itu umi dan ayah aku tak duduk diam handset kat tangan tak pernah lepas. talian tak putus putus umi dan ayah aku buat untuk mengetahui perkembangan mereka kat sana. yer la, ketiga tiga orang anak kat sana kan. makbapak mana yang tak kalut? dan adik mana yang tak bimbang?
tak kurang juga panggilan yang masuk, saudara mara yang telefon tanyakan khabar berita mereka disana. sedangkan kami sekeluarga disini pun tak dapat calling orang sana. situasi cemas teramat sangat. malam first internet dan talian telefon kat sana kena sekat aku memang dah tak tidur malam tuh. aku jaga telefon kot kot diorang kat sana calling. yer la kan, kita kat sini pukul 3pagi diorang baru pukul 9malam. mana tahu ada emergency.
rabu tak dapat call, khamis tak dapat jugak, jumaat tak dapat jugak. O.o *oh dimana diorang? last last, hari sabtu tuh dapat message dari abang aku yang dia on the way nak pergi airport sebab nak flight pergi UK. dah la masa tuh tengok kat dalam tv yang ramai pelajar yang terkandas kat airport. umi aku berapa kali telan ubat darah tinggi. terkejut siot.
then, kami cuba jugak call tapi still tak dapat. malam sabtu tuh dapat panggilan daripada kak husna. pergh! honestly, lega bila dapat dengar suara. kak husna aku cakap everything is fine there, makanan pun cukup. sebab 2 3 hari sebelum rusuhan dia sempat borong sakan makanan. dan kak husna kau cakap yang kak suha aku kurang sihat sikit mungkin terkejut sebab dengar dentuman tembakan dan getaran malam semalam. aih* kak suha always lemah semangat. memang miracle gila lah, sebab kak husna pun ada time itu. kalau la time rusuhan itu, kak husna dok kat jordan, what will happen to kak suha? dan kak husna cakap jugak yang abang aku dah sampai kat airport UK. dan bla..bla..bla.. tak sampai setengah jam kak husna call, abang aku pun call, bagi laporan selamat sampai kat UK. pergh* seorang dah terlepas.
dan begitu lah hari hari berikutnya, solat dan doa tak pernah putus putus untuk diorang. every 2hours, aku akan call diorang nak bagi berita sikit sikit. sebab diorang memang dah terputus talian dan tatau apa apa yang terjadi kat luar sebab memang bahaya yang amat untuk keluar dari rumah.
dan alhamdulilah, masa operasi piramid itu, yakni plan untuk evakuasi pelajar pelajar dari mesir kak kak aku dapat first flight sebab alasan kak suha sakit. haha. berguna jugak ada orang sakit. dan sekali lagi alhamdulilah, sekarang diorang dah selamat sampai kat airport jeddah. sekarang ni, tengah tunggu adik kawan kak aku untuk terus pulang ke tanah air. insyallah malam esok sampai malaysia. *doa doakan oke?
now, aku macam dah ada semangat kembali nak buat kerja kerja harian aku. sumpah aku cakap macam macam kerja tergendala sebab risaukan mereka. umi dan ayah aku cuti seminggu. percaka kah? namun itulah kenyataan.
I'm so sorry kat sapa sapa yang ada tegur aku kat FB dan aku tak layan, kalau layan pun, layan macam tak layan. sumpah aku cakap masa itu aku perlu sedikit ruang untuk urus hal keluarga. especially kat kengkawan. aih*
p/s ; kenapa aku rasa sunyi?
No comments:
Post a Comment