Tuesday, January 31, 2012

sakit rumah

Assalamualaikum

tik.tok.tik.tok.tik.tok jam berlalu. 3.54 a.m
memang sleepless lah kan aku hari nea.

entah kenapa, hari terasa mood nak bloging tetiba ade. mungkin terasa sunyi. need some space to express this kind of feeling. walaupun aku rasa twitter itu tempat terbaik utk membebel. tapi kadang kadang blog is better than twitter sebab tak de limit words :D
   
this feeling - homesick, familysick #punboleh
 
bila video video itu dimainkan, aku mula rindu. rindu rumah, rindu dengan gelagat kami. rindu segalanya tentang kita.
   
"balik dua minggu sekali pun rindu lagi ke? tak cukup ke ? " umi
   
"memang tak penah cukup pun, kalau boleh tanak balik semula ke MMU neh.." aku
  
"dah tu, macam tak payah study, dok umah je. bersyukur lah sikit, orang laen nak balik rumah sebulan sekali pun belum tentu.." umi
   
"bukan tak bersyukur. hermm, malaaas nak study lagi lagi nak exam neh lagi scary.." aku
  
"biasa lah tuh, dah belajar mesti ade exam. semua orang lalui proses tuh, umi pun. pejam mata telan sekejap jee.." umi
   
"wuuuuu~ *buat muka malas, sambil peluk umi*.." aku
  
"malas study, senang kira umi cari calon, ayah cari lembu. perebah lembu sekor. kita kenduri. kawen je. takpayah umi ayah habeskan duit beribu ribu untuk tanggung fees study..." umi
  
-,-' orang tua tua, senang nak matikan ayat. kasi ayat suh berhenti study kawen je.
   
*aku jawab betu betul, setuju nak kawen. kang tak pepasal lain jadik nya.. hahaha.
  
"baik umi beli barang kemas, dapat jugak bergaya sana sini.." umi sambung membebel, sambil bangun dari katil.
  
"betul, upgrade keta pun boleh. alphard ke satu.." ayah mencelah kedengaran dari dapur.
  
=,=' aku paham dan jemu dah personafikasi umi ayah aku. cakap macam tak kesah. padahal~ *biase ler tuuu, makbapak takkan tunjuk diorg risau.
  
makinn panjang bebelan diorg tuh, makin kesah lah tuh. #formulasenang .
   
**kitaorg adik beradik panggil motivasi umi ayah tuh, motibasi terbalik. kalau korang dgr, korang terpaksa intepret kpd positive thing. haha. kira otak korang kena ade penapis negatif. kui3.*


"ermmm, yerr lahh..rumah nea tanak tukar?" sambung aku #sarcasticly sambil keluar dari bilik umi dan dapatkan akim.
  
herm, adik je lah yang ade kat rumah sekarang. aku bukan tak bersyukur dapat balik rumah selalu. cuma aku sunyi, balik rumah muka si budak gemuk tuh je. makin hari makin bulat aku tengok. aku tak paham ape lah yang dia telan sampai cenggitu sekali. =,= *mati aku kena belasah dgn akim*. haha. 
   
paling takpun aku pergi belakang rumah berkomunikasi dgn angsa. betapa kurang kasih syg aku. haha. yerlah, mane tak nye. kaklong , abg irsyad, kak suha, muzaffar. sume dok jauh. hermm.
  
tunggu raya la jawab nye yobb. haha. boleh tahan membebel aku pagi neh.
  
 **hai, saya budak gedik. kbai. haha

erk. enough for now.

sleepless night

Assalamualaikum

another sleepless night i guess. 
  
hermm, otak tepu menghadap buku setebal alam itu.
otak lagi bercelaru bila bunyi pesanan ringkas masuk bertalu talu.
malam nea masuk 4 kali celcom hantar pesanan rindu.
cehhh, kalau kasi sms or call free oke jugak. bising memekak.
tak habes habes dengan iklan bergerak. =,='
  
sebenarnya, otak aku mmg tepu dan bercelaru sejak pagi tadi.
mane tak nya fikirkan exam yg hari hari kian dekat.
seakan aku tak bernafas. ahh, sem dua ini memang membunuh.
   
otak fokus pada buku chemy. hermm, hati aku gelisah.
dua tiga hari ini, hati aku rasa kontang. jiwa aku rasa kosong.
feeling like i'm lost. 
   
aku taktau ape yg aku resahkan.
aku taktau ape yg aku risaukan.
herm, dah macam org mati laki pun ado. *oke, bajet penah ade laki*
   
tin kosong - itu yang aku rase, bunyi nya bising tapi isi nya kosong.
tak tau lah betul ke tak perumpamaan yg aku buat. *aku bukan amek sastera pon* tapi, aku ras itu betul. aku nampak bising mcm nea. gelak sana, happy sini tapi jiwa aku kosong. seriously kosong. sometimes rase mcm useless pun ado.
  
hermm, sigh is all around. nak cerita pasal hati nea adik kakak. dia punya risau ke, resah ke, keliru ke empat page blog nea pun belum tentu sudah. iya dok ?
   
yang boleh aku simpulkan semua perasaan itu - 
aku terasa jauh dgn rahmat Tuhan.
aku terasa jauh dgn Pencipta aku.
aku terlalu mengejar keduniaan.
aku study hanya untuk exam. aku nak cari scholarship. 
tapi niat yg utk kerana Allah ? ouhh, hilang. terpesong.
  
hari hari aku cari balik yang hilang itu. berkat kah usaha aku selama ini kerana kejar kerana dunia ? ilmu Allah macam macam bukan setakat tauhid, feqah, usul fiqh and sama waktu dgn nya. chem, electric, math antara nya jugak.
  
hermm, dulu dekat nak exam. "Allaaah, banyak lagi tak study. itu, ini.." stress seriously stress. sbb aku study utk exam utk dunia.
    
erkkk, susah nak betulkan niat kengkdg tersasar jugak. ape yang kita boleh buat, as manusia yang takkan penah maksum just betulkan niat hari hari. tapi, niat puasa sunat pun aku selalu lupa ? haaaiih.
   
study - niat kerana dahaga kan ilmu Allah. indah kan ?
hermm, itu yg cuba aku lakukan. tapi, without success.
study - niat dengan ilmu tu nak bangunkan ummah. mulia kan ?
hermm, itu yg cuba aku tanam. tapi, aku tak sekuat itu.
   
hermm, itu baru niat. bukan nak laksana pon. dah susah. agak agak level mane lah muslim aku neh. jaaauuuuuh lagi nak jadi mukmin.
   
resah..
  
mula lah nak fikir, sumbangan aku untuk islam - absolutely nothing.
  
dah dah, mengeluh tak tentu pasal.
   
islam tak pernah mengajar terlambat. selagi ade masa, berubah. usaha. insya'Allah, Allah Maha segalanya. :)
   
berubah tak perlu drastik, ia perlu proses yang panjang. perlahan lahan. berubah perlu istiqamah.
   
istiqamah - susah. tapi tak mustahil kan ?
  
"tiada yang mustahil di dunia ini, jika kita beriman dan bertaqwa.."
  
duhai hati jangan gelisah.
jangan pernah mengalah.
kerana Allah sentiasa kamu.
insya'Allah.
   
jiwa tanpa ilmu = kontang
ilmu tanpa amal = sia sia
amal tanpa niat = ?
 
p/s : berikan aku cinta-Mu

Saturday, December 17, 2011

dan aku memang penakut

assalamualikum,

mood : tenang~
now playing : penakut by yuna
      
    
hye people ! how's going on ? it's been a month aku tak sentuh blog neh. aku rindu saat berfoya foya dengan blog zaman dedulu. sekarang masa yang cemburu dengan aku utk berfoya sana sini.

i've been through a lot these days. i really mean A LOT. it's been two weeks since kehilangan bag pack aku. yeah, bag pack yang aku selalu guna untuk ke kelas sana sini telah hilang dicuri sape pun aku tak tau. wallahua'lam. semoga dia mendapat manfaat dari bag aku itu. *redha..

syukur, sepenuh kelegaan nafas aku tarik bila purse dan handset masih ada bersama aku. sebab aku selalu letak handset dan purse dalam bag tuh. atleast, kurang sikit kerisauan akan hari esok bila handset dah purse ade. mana tak nya, aku jadi bendahari utk company. mase tuh, purse aku ade 4oo ringgit malaysia cash. syukur ya Allah sekali lagi aku panjatkan.

terima kasih sepenuh nya aku ucapkan buat kawan aku zulhilmi kerana susah payah tolong report kepada security tentang kejadian tuh. yang susah payah tolong settle dgn security. sebab hari bag aku hilang aku rushing balik shah alam, untuk urus hal company memandangkan event tak lama lagi nak lancar. walau, bag aku still tak jumpa, thanks again for being concern.

isi bag pack : 5 buku nota, kalkulator, jam tangan o.d.m, pensil case dan beberapa barang yang unnecessary utk di-mention.

5 buku nota - electric and magnetism
                  - calculus
                  - introduction to business management
                  - general chemistry
                  - critical thinking

yeah, mungkin semua orang akan cakap, "alah, buku nota je kot. bukan buku text. boleh beli balik kot.." damn true, buku nota je kot dan boleh beli balik. bagi aku buku nota aku lebih berharga dari buku teks aku yang bapak mahal macam senapang tuh. yeah, buku boleh beli, tapi agak agak dapat balik tak nota yang aku tulis selama ini ? ahh, dugaan.

bag pack aku hilang waktu genting. saat aku tengah hadapi midterm. terasa masa depan sangat gelap waktu itu. aku rasa sangat jatuh dan ingin rebah. hanya mampu berdoa untuk kuatkan kaki ini melangkah.

saat aku sedang gelisah akan kehilangan sumber untuk aku study tiba datang satu lagi perkara yang buat aku rasa penat. yaa, mark calculus aku untuk midterm. ya, aku tau tak seteruk mereka yang laen. tapi aku still kecewa. seolah olah datang awan gelap menutupi cahaya hidup.

aku terus gagah hidup. mengumpul semua nota nota classmate. sumpah, tak sama dengan nota yang buat sendiri. aku mintak bantuan semua orang. thanks buat classmate yang merangkap roomate dan kawan, dilah sebab bagi aku pinjam alat tulis. again thanks kerana susah payah pinjamkan kalkulator. :) *may Allah blessed you.

exam electric & magnetism menambahkan lagi kekecewaan aku. ahhh, dugaan. aku tak kuat. biarlah, aku dah buat semampu boleh. at least aku dah cuba walau penat. for the rest, aku berserah 100% kepada yang tak pernah mati. kerana nya Dia layak menilai usaha empat kerat aku itu.

next exam, chemistry 9 Dec iaitu  hari jumaat. entah kenapa aku tiba tiba rasa mcm nak balik kelantan. ya, mungkin keserabutan yang memenuhi jiwa menyebabkan aku ingin mencari ketenangan.

aku mintak tolong pakcik azmi driver teksi yang selalu baik dengan kami2 budak foundation. aku mintak tolong pakcik azmi belikan tiket bus utk aku memandangkan aku takde masa untuk keluar ke putrajaya sentral.

oke, tiket bus dapat. tapi, dekat hentian putra, KL . aku dok putrajaya, Selangor. tarikh tiket itu adalah hari aku exam chemistry jam 10 mlm. ape masalah nya ? masalah nya, sistem MMU adalah exam malam. yeah, exam chemistry start 8mlm habis 9.15mlm. 45minutes left untuk kami di selangor kejar bus di kuala lumpur? sempat tak ? niceeeeeeee~

terima kasih kepada kawan merangkap roomate aku, kerana susah payah stand by teksi untuk aku. barang2 aku dah kemas awal awal. maisarah terus amek bag2 aku kat bilik dan tunggu aku depan exam hall. ya Allah, dalam dewan exam Engkau sahaja yang tahu perasaan aku macam mane. dengan soalan susah yang hentah hape hape. otak tak cukup oxygen. sampai aku lupa aku perlu balik hari tuh.

tengok jam 9mlm. heh ? sempat ke nak kejar neh ? sampai masa tamat, lecturer datang kutip ketas aku, dan aku mintak izin lecturer "madam, i have a bus to catch..." lintang pukang aku lari. kelihatan maisarah tercegat depan hall tunggu aku dengan muka cuak.

keluar dari dewan terus naik teksi pecut ke hentian putra, KL . pakcik azmi drift malam tuh macam tak hengat dunia. aku mengucap panjang. huh. elok je sampai kat hentian putra, bus dah ada. semua orang dah naik. aku passenger yang paling last. naik naik je bus tuh, bus terus gerak. lambat seminit tuh, memang naya. then, mission complete. terima kasih kepada yang terlibat menyempurnakan misi ini. :)

peacefully, i'm going back to kelantan. memang aku dah tak fikir ape yang jadi seminggu neh. biarlah semua tuh jadi kenangan yang paling pahit penah aku rasa sepanjang kat MMU neh. untuk result midterm, sepenuhnya aku berserah. aku dah usaha semampu boleh. dengan segala ujian aku hadapi, dengan serba kekurangan aku still disini.

kerana aku sentiasa percaya, setiap ujian itu ada hikmah nya. semoga segala kesabaran dan kepenatan berbuah hasil. semoga kejayaan itu, milik aku. amin ya Allah. :)

p/s : tenang~

Thursday, November 17, 2011

merepek

assalamualaikum

hi ! hari ini sangat indah. :) dan aku rasa macam nak blogging. entah kenapa, dari pagi tadi lagi. "hari nea, aku nak blogging, mesti ! perlu ! " memang semangat tetiba membara. tapi, bila dah dok depan nea. mata terkebil kebil tengok benda empat segi nea, otak melayang. " apelah aku nak mencarut mengarut kat sini.."

oke, aku cuba untuk mengarut dekat sini. hari ni, aku tak pegi kelas critical thinking. dengan kata laen ponteng. oke, aku tau ini tak baek utk masa depan yang cerah. namun, sangat lah tidak larat untuk pergi kelas itu. yep, aku dah demam selama tiga minggu. sampai sekarang tak baek baek.

tak heran lah pun kalau aku demam 3 minggu, sebab sebijik ubat pun aku tak penah telan. piuhhh, sekarang baru menggelabah nak makan sebab perlu badan yang sihat utk hadapi midterm yang bakal tiba. *chewah*
erm, balik pada kelas critical thinking tadi. kelas tuh pukul 8-9pagi. after kelas tuh, aku ade kelas calculus. yang nea larat ke tak, sakit ke tak wajib kena pegi. sekali tinggal sure sure next kelas akan masuk dengan terasa, "ehh, saya tak pernah belajar subjek ini.." =.='

time kelas calculus, kengkawan cakap kenapa tak datang kelas critical thinking tadi, dan dengan bangga lagi bongkak aku cakap "tak larat kot" lepas diorg cakap, tadi ada quiz. terus terduduk aku. aihh, memang rugi lah kot. merenung masa depan. kui3. so, the moral of this story. jangan tinggal kelas !
lepas kelas calculus, ade rest sejam. sempat la jugak makan 2 3 bijik nasik kan. aih~ lepas tuh kelas start dari pukul 1 hingga 5 petang. =.=' oke, ini sangat memenatkan. seriously, otak sangat pack. overloaded dah. memang sumbat sumbat je.

overal yang boleh aku cakap, sem dua nea kelas dia sangat pack. jadual yang gila tak ingat akhirat. sampai kengkadang kena skip 15minit kelas keluar pegi solat. *ngilimpalo.
haaaa, dalam kelas chemistry tadi. agak stress sebab pc dalam kelas tuh stuck. so, lecturer takleh nak mengajar. *name je cyber* dekat setengah jam jugak kelas tergendala. haaa, mase tuh la best tido. kui3. tak senonoh kan ? aku dah tak kesah kot sape nak tengok. dah mengantuk ade aku kesah ke ? *lempang mao ?*

tak pe lah, aku nak pegi solat maghrib. jap lagi nak siap2 pegi library. kbye :*

Friday, October 14, 2011

mau gugur itu jantung

assalamualaikum

hye, nak tunjuk nea je.
   
*klik utk tumbesaran* 

ouh, itu jeee. KBYE.

p/s : doaakan sayaaa. >.<

Wednesday, October 12, 2011

result sem pertama

assalamualaikum

ye, sekarang jam 2 pagi. dan aku masih di sini. merenung masa depan yang terasa cerah. moga moga dikurnia-Nya. amin.
   
aku hayati dan amati sebuah kertas lapuk yang berisikan jadual sem dua. termenung panjang. menarik nafas. hati aku berkata *ahhh, real battle is about to begin.
 
perlahan lahan jari jemari aku menaip kembali jadual itu dengan kemas. hati terdetik berbagai macam. "apakah kali ini ujian lebih berat?" jari terus menaip tanpa henti. otak masih berfikir.
   
tersentak dari kekhusyukan menaip. "eh, esok rabu.." perlahan lahan aku menatap gadget di desktop aku. ya, esok rabu. tiada apa di dalam otak aku. tiada yang lain yang aku fikirkan melainkan result sem pertama. apakah kesudahan perjuangan selama 3 bulan aku itu ?
  
*dush* tangan menepuk dahi. "esok ape nya, hari ini dah rabu.  2pagi 12 oktober.." *gurlp. debaran itu semakin dekat.
    
gundah gelana. aku dah buat yang terbaik. aku dah usaha semampu aku boleh. aku dah lakukan ape yang termampu dilakukan oleh tulang empat kerat ni. selebihnya, sepenuh pergantungan aku gantungkan pada yang SATU. ya, DIA. Tuhan yang SATU.
   
Allahurabbi, tidak dapat aku sembunyikan segala perasaan ini. ya, Allah semoga keputusan itu memberi aku semangat baru untuk aku hadapi kehidupan sem dua yang seakan akan membunuh jadual nya.

yaaa, aku tahu. aku tahu, yang banyak lagi orang belajar nya susah. banyak lagi kat luar sana belajar nya lagi stress daripada aku. malah, di dunia ini tiada apa pun yang senang. semua susah untuk di gapai. masing masing dengan ujian masing masing.
   
aku mungkin lemah semangat. aku mungkin takut akan masa depan. aku mungkin dan mungkin dan mungkin. tapi, aku tak pernah ada rasa putus asa. ya Allah, jauhkanlah aku dari perasaan putus asa. sesungguhnya aku dikalangan yang rugi jika berputus asa pada rezeki-Mu.
   
ahhhh, aku percaya pada rezeki-Nya. ya, aku percaya. :)
   
insya'Allah. rezeki aku ada. insya'Allah. wahai kalian, berdoalah untuk kejayaan ku. berdoalah agar aku menerima segala keputusan yang Esa. amin :)
    
yaa, aku sertakan jadual sem dua. doakan aku untuk sem dua. harap berjalan dengan lancar :)
  
 *sila tekan untuk tumbesaran*

p/s : semoga kejayaan itu milik aku. amin :)

Tuesday, October 11, 2011

facebook dan kahwin?

assalamualaikum

ehem *clearing throat* sebelum tuh korang perlu tau yang aku berumur 18tahun. haha. sebab, post kali ini mungkin berbunyik dewasa sikit. sebab aku nak cakap pasal kahwin. *chewas*
   
takde, aku bukan nak huraikan pasal makna kahwin yang macam dalam buku pendidikan quran dan sunnah form 5. tapi, aku nak cakap :

"oohoii~ perlukah wall fb aku penuh dengan segala bagai macam yang berkaitan dengan kahwin dan sama waktu dengan nya ?"

yeah, korang pahamkan maksud aku? erm, terlalu cukup umur kah aku untuk membaca semua itu. haha. bukan ape, aku takde hal je nak baca semua semua tuh. lagi pun bagus jugak info info yang diorang kasi tuh.

tapi, i'm wondering day and night. what in the world yang sedang berlaku ? O.o apa virus yang melanda ? apa virus yang dah menyampuk friends aku kat fb ? nampak macam melanda dengan ganas sekali.

*hekeleh, ini pun nak jadi isu* mesti lah, menjadi satu keajaiban lah kan. kalau sorang dua tak pe jugak nak berangau angau pasal kahwin neh. ini tak, hampir satu wall. aku scroll dari atas sampai dia tulis "no post to show" berpuluh puluh post pasal kahwin aku jumpa. *chewas, hyperbola itu adalah kehidupan"

yang nak kahwin tuh tak heranlah kalau diorang nak membebel dari pagi sampai ke malam pun. adeh~ *ape yang aku bebelkan neh ?*

cer tengok nea :









haa, amacam ? nice ? haha. korang tengok dia punya masa pun korang dah boleh bayang aku punya wall macam mana kan? macam mana perasaan aku scroll dari atas sampai bawah. yeah, itu baru untuk 8jam yang lalu. =.='

hehe. aku bukan nak pertikaikan ape ke, cuma wondering jugak kengkadang. padahal aku je yang tak sedar diri. tak sedar diri yang aku dah move dari satu part ke satu part yang baru. dok bajet still budak sekolah menengah. bajet muda ler ter~

oke tu je aku nak kecoh kecoh kan. kepada yang terasa "eh, nea post aku neh.." mintak maaf bebanyak la yee. diam diam sudah. orang taktau tu post korang. hikhikhik. ;)

 mengada-ngada je post aku kali neh.
p/s : yoyo'o je lebih. >,<

kenangan dan pengalaman

assalamualaikum

ehem, hi I'm back. :) yeah, hidup kat kelantan neh bukan nak kata busy sampai tak sempat nak update blog. tapi, sememangnya aku manfaatkan gila cuti ini dengan pengisian yang mantap. *chewas, padahal tidur memanjang je.
  
tuptuptup, lagi empat hari aku dah nak berangkat ke MMU balik. hectic life is about to begin again. yes, masa cepat amat berlalu. aku kini tamat pengajian sem pertama dan akan mula menjalani sesi kedua. semoga berjalan lancar :)
  
alahai, semalam tetibe sir hazimin call aku. pelik jugak sebab tetibe call tanya pasal bas? aih* bukan itu yang aku keluhkan. tapi, sempat jugak sir bagitau aku yang result final sem pertama keluar hari rabu neh. it's mean, esok. rabu : 12nd oct. oke, langsung aku tak bedebar. =.='
  
oke dah, tak mao cerita panjang pasal result. nanti keluar, aku kasi tau la eh? *insya'Allah. hehe.
  
erm, hari ini hari selasa kan ? yeah, definitely. haha. *apelah punya soklan* genap seminggu hari ini, sudah seminggu berlalu semenjak pertemuan jejak kasih antara kekasih kekasih ku. ouh, gembira tak terkata bila ketemu diorang.
   
the most happiest day ever and the most terrible day ever. happiest? yerlah, jumpa kekasih sape tak happy kan? hihi. terrible? yeah, aku excident on that day. wuhuu~ syukur umur ini masih panjang. syukur diri masih diberi peluang untuk menyedut udara bumi.
  
;) sikit je pun excident. *Alhamdulillah. hairan jugak kereta makcik tuh takde pape pun, kereta aku je yang yoyo'o rosak. takde la rosak, cuma remuk la sikit. tapi kalu perhatikan tak perasan pun remuk tuh. hehe. trauma tuh ade la jugak. tapi, hey itu lah pengalaman right?
  
excident itu agak meng-spoil-kan perasaan aku untuk ber-photoshoot. tapi, aku cuba untuk sembunyikan agar mereka tak perasan. hmmm, naseb baek adik aku ade sekali. boleh jugak tenang tenang perasaan yang gundah gelana time tuh. :D
  
photoshoot? yeah, tempahan ber-photoshoot. bayaran rm50 je pun. hasil dia mantaap~ congrates to my junior, kerana aku tengok diorang semakin maju dalam bidang photographer. aih* diorang dah pijak kepala aku. hebbat diorang dari aku. jari jari aku dah kaku nak pegang kamera. mane tak nya, course engineering mmg langsung tak sempat aku untuk berfoyafoya. itu baru foundation. degree? aih*
   
nah, have a look guys. nice kan ? ;)
  
"meet people during my ups and my downs.."
A.Z.A - Adnin.Zakirah.Aqilah
    
perasaan tak? aku sorang je tak belit shawl. hihi. why? sebab mood aku dah di-spoil-kan oleh excident itu. hari itu hujan lebat kot. jalan licin la tuh. :D baju aku basah kuyup. piuhhh~ kenangan derr.
   
erm, oke tak sabar nak tunggu gambar kami kami yang seterusnya. insya'Allah, kalau kena caranya aku upload kat sini. hehe ;)
  
that's all for now. kbye.
  
p/s : shud be my life :)

Saturday, September 24, 2011

putera katak :D

Assalamulaikum

hi, i'm back again. yeah, hello hello kelantan. i'm home. i'm home for a month. :DD i'm lonely traveller. dalam perjalanan balik kelantan, sempat jugak ber-photography dgn incik dslr :DD

 peneman setia :DD

 mengisi masa lapang, tunggu KLIA transtit

 dengan penuh skill

 yeah, i'm soo good. haha XD

 he : sasha :p

 again

ciku-cakk aaa. haha :p

p/s : putera katak sentiasa bersama. lalala XD

what is the value of tension ?

Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah 3 bulan lebih berhempas pulas. bersesak nafas. bersengkang mata. akhirnya, sem pertama untuk foundation in engineering.

paper algebra & trigonometry atau lagi mesra dikenali dengan nama pre-calcules menamatkan tirai untuk sem ini. ouh, sumpah i cakap. balik rumah toreh getah lagi best daripada jawab pre-calculus semalam.
  
entah kenapa, semua seakan akan hilang. blurr, mungkin kerana suhu exam hall mengalahkan suhu untuk orang eskimo. sampai berdenyut kepala aku kesejukan. >.<

oke, lepas exam semalam. aku dan geng geng rock the night. haha, yaaa geng. my group study. yeah, mereka sangat sempoi lah kan. walau kengkadang kami kami nampak nerd kerana 24hours di library. tapi sebenarnya, kami kami budak yang kepala otak nya semuanya masuk air. haha. kami gila gila.
    
disebabkan semalam hari jumaat, so kiteorg terpaksa menunggu mereka meraka yg bergelar lelaki selesai solat jumaat dulu.tepat pukul 3.3o petang kiteorg pergi terusss ke alamanda.

aku, dila, fyra, zatul, liyana, zul, qaid dan mus. hoho. sampai je kat alamanda terus melantak. yer lah mane tak nya, dari pagi lagi kiteorg tak makan pape. :\ lapaqqq.
   
lepas makan makan, kiteorg pegi maen bowling. tapi, mus tak join sekali maen, sebab dia nak balik rumah pakcik dia. aih* yeah, part maen bowling nea la tak leh blarh sekali. ye lah, mane tak nye. sume nya kaku kayu. sume nye ke longkang bola itu. haha. memang maen satu game tak puas hati. kiteorang tambah satu game lagi.

habis maen bowling kiteorg pergi arkid, maen macam budak2. habis rm5 aku beli token. hahaha elok je habis maen, dah maghrib. kiteorg pergi solat dulu, daaaaan ya, sekali lagi makaan. >.<

seriously, kiteorg makan sampai tak larat. lepas makan pergi window shopping kat carefour. hehe round round round sampai kaki penat nak jalan. before balik, singgah kat mcD dulu. beli makan utk berjaga malam tgk movieee. yeaaah!
   
memang release gila gila lah. round kul 10 mlm kiteorg sampai hostel balik. wuuuhuuu. having fun a lot. seriously speaking.

oke, gamba2 nanti i upload laen kali, sebab dengan org laen. hikhikhik.