lama menghilang, tup tup tup dah berubah terus blog ni. kahs3. bukan apa aku termakan hati sikit kat post yang lensaburuk tulis pasal *pelacur blog. -.- dasat gila la kalau korang baca post dia. bhahahai. tapi sesetengah je yang aku setuju apa yang dia cakap.
aku rasa macam nie better sikit kot. sebab aku rasa yang dulu tuh, *bajet hot je. kahs3. yang ni lebih simple dan still cun oke. bhahahai. eis, perasan tak takde button *follower? ah, lantak la beb. kalau korang rasa blog aku ni best yang amat korang rajin rajin la copy link blog aku. kahs. kalau tak suka suki kau je la. sebab aku bukan pengejar traffic. lalalala.
rasa macam insaf kejap, malas dah nak ke sana sini. nanti orang cakap aku gila femes. wait *femes ke aku wei? heran aku dengan manusia sekarang. kalau kat depan mulut pun tak ingat nak bawak. dah la mulut bau busuk. pettuii. banyak cakap. *padahal korang jeles sebab takde blog kan? ceh.
aku malas la nak kecoh kecoh. jom kita berdamai oke? aishemen, manusia memang macam tuh. *cakap mcm aku sejenis hamster yang cun. kahs3.
kalau tak suka blog aku kan, boleh je kau tekan yang merah merah sikit, ada pangkah pangkah sikit kat browser kau. tak pun kau shutdown terus laptop kau. senang.
wallo wallo wallo. telah sedikit kelihatan labah labah telah mula kan kerja untuk menjadikan blog ini sebagai tempat tinggal mereka dengan membina beberapa helai sarang nya kat sini *helai ke?*. hal ini demikian kerana *mark lebih sikit kat sini* aku sangat la malas dan tiada idea untuk membebel kat sini. sebagaimana yang telah dinyatakan oleh blogger dalam blog yang bernama lensa buruk, bahawa, jika ingin ber-blog haruslah mempunyai arah tuju dan isi itu harus menampakkan terpelajar sikit.
*oke, pengenalan yang panjang* beliau juga berkata jangan menjadikan diri anda sebagai pelacur blog *what? oke, itu saja beliau ketengahkan dalam blog dia. fikir punya fikir apa yang dia cakap. seraya aku berkata ; bapak kau. aku punya suka la beb, ni public site. kahs3. kasar sikit bro.
sebenar itu bukan sebab sebenar yang menyebabkan aku berdiam diri kat dalam ni. hal ini kerana, aku sangat lah cuak dan rasa macam nak demam kura kura sikit akibat due untuk incik result telah ditetapkan. beliau aku beranak pada hari yang agak keramat iaitu hari rabu 23/3. oh rakan rakan sila lah cuak bersama saya.
ouh, cuak-ness melanda diri ini. makan tak basah, mandi tak lena, tidur tak berapa kenyang mengingatkan incik result. harap harap cun kacak habis la kau bila beranak nanti ni eh?
ouh! lupa, sila jangan cari aku time hari result oke. fb, ym, handset sume aku nak balun masuk perut. yahoo mail pun aku tanak bukak. yer la kan, mana la tahu kot ada yang excited sangat nak tawu result aku sampai email pun diorang tibai. kahs3.
ehem? busy sikit dua tiga hari ini. *ececece. :) tade la busy sangat kot. cuma tade idea nak mengarut kat blog nih. fiuuhh. lama tak buat kerja macam ni. kerja? yer la, tolong juniors siapkan animasi. ermm, actually bukan siapkan. tolong mulakan. hahaha. bercerita dengan gambar oke?
amacam? kacak tak watak utama cerita nie? HAHA.
sweet kan? yang ni, belum warna lagi. sebab tak di lulus lagi untuk scene mana.
yang ini percubaan typography yang sedang dipelajari. untuk credit flash.
haiyah. kerja yang penuh tragedi. tapi memberangsangkan. hoho. ini kan quick update. so, done. :D
setelah lama terperap dalam hard disk, setelah lama aku meng-edit kembali video ni, dan setelah lama menunggu semalaman untuk video ni di-upload-kan di utube. pffft! finally, here it is. video majlis restu ilmu sempena SPM 2010. oke, yang best pasal video ni ; aku berlakon as cikgu yang punya la baik hati. *masuk bakul sendiri.
aku tahu, mungkin lepas ni, ramai mereka mereka dalam watak ni akan jumpa aku dan hempas muka aku kat lantai pasal upload video ni. tapi ada aku kesah ke wei? haha, tade la. actually aku pun ragu ragu gak nak upload, pasal malu siot aku berlakon wehh. pasal ini sume spontan oke. no no skrip, pakai main tibai je nih. apa apa pun korang enjoy la ya, *pasnea ada la tu datang nak amek aku jadik pelakon.
kepada non-kelantanese tak digalakkan menonton, kerana korang mungkin tak memahai. haha.
oke, sementara korang tunggu menda alah ni buffer, meh aku nak story sikit pasal video ni. tahun lepas, aku dilantik sebagai ajk dewan & siaraya untuk majlis restu ini lah. then, macam biasa la kan, tugas aku buat video ni pasal majlis tuh la, sebagai mewakili badan badan induk sekolah kan.
mula mula tuh macam tanak terima kerja tuh, sebab pengalaman bekerja dengan kanak kanak badan badan induk ini macam tak berapa matured fikiran diorang dan kadang kadang tuh boleh datang gaduh je. tapi, memandangkan time tuh, aku berdarah sejuk. i means, hati sejuk la, susah nak marah exam punya pasal la ni kan. so, aku terima je job tuh dengan hati terbuka.
kemain lagi, cadangan nak buat video nih, tapi ajk lain mana? hampeh, sekor buta pun tadak. so, as i give my word to finish this task. so, aku tak leh break la kan? dengan sibuk nak study lagi, nasib aku punya la baik ada juniors yang perghh, boleh kira mantap lah kan. so, aku perah la tenaga diorang memandangkan diorang dah habis exam kan.
gabung team IT dan KDG crew memang mantap, yang jadik kepala untuk KDG mieyah dan untuk team IT hana la kot. haha. kemain lagi cari masa nak buat lakonan ini. last last, aku jenis senior yang baik hati la kan, tak le tengok juniors buat keje terkontang kanting, so aku join sekali. *ingat sume ye, nak exam time tuh.
nak dipendekkan cerita yang panjang ni, malam sehari sebelum majlis ni berlangsung, ada la yang orang panggil *tamrin. tapi, for sure la aku tak dapat pegi kan, dah seharian aku dok kat sekolah buat lakonan tuh tak kan malam pun nak buat jugak kot. study la pulak oi. then, dengan segala hormat nya aku suruh meiyah dan tizam ganti tempat aku untuk pergi tamrin. as aku cakap la kan, diorang juniors taat. so, diorang pergi la.
pagi majlis tuh, pepagi buta lagi aku tercongak depan pintu pagar sekolah tunggu pakcik bukak pagar*ececece. padahal aku yang paling lewat sekali sampai, yang laen dah berkumpul. tunggu nak combine je. haaa, time combine la adegan panas jadik. mula mula tuh, datang ketua unit aku *yang mana nama nya ingin dirahsiakan* berkata ;
"lambat lagi ke, sebab kalau boleh nak tengok dulu sebelum tayang tuh.."
ah, malas nya nak tulis setiap perbualan, gini la nak dipendekkan cerita, dia cakap takut cikgu terasa dengan video ni la, macam tak sesuai la, macam macam lagi lah, dan dia ada cakap dah ada contoh yang tahun lepas, video macam ni jugak, then cikgu terasa. tapi, aku tengok kat utube tadi oke je video diorang. apa yang nak di terasakan? nothing pun. masa tuh, kami berenam berkerut kening macam *eh, ape kes pulak minat nih? sebab sebelum majlis tuh, kemain lagi dia dok tanya *dah siap ke, dah siap ke. muka dia masa tuh pun macam berpeluh peluh. entah kenapa.
oke, cukup timing, video dah siap, kiteorang masuk dewan. time masuk dewan tuh, aku macam nak rebah. gelap suram je mata aku. nak tau kenapa? sebab semua guru guru dah keluar. ape kes bosss? video nea aku buat untuk guru. bukan untuk tontonan umum macam dalam cinema tuh. bajet ah! aku ni, dah mula nak bukak mulut yang dah lama tak terbukak nih.
yang MC majlis pulak macam tak pandai je jadi MC. *oi, turun pentas ah. dah tersalah cakap begini la jadik nya. sume cekgu dah keluar. tapi, dah niat tuh masih ada kan. dah benda dah depan mata. tunggu tekan button *play je. apa lagi kan? pasang jer la. hambarrrr, sebab guru guru tade. mak oi, gila terguris kot hari aku nih.
lepas je majlis selesai, aku pegi turun makan, jumpa juniors aku yang muka agak bengang, yer la, mana tak nya, diorang bertungkus lumus, dan itu je diorang dapat? at least la kan, guru guru dapat tengok. bukan mintak bagi trofi pun. maka jumpa mieyah seraya beliau berkata ;
"tadi, mieyah tengok kat senarai aturcara hari ini, jumpa kat dalam dewan, diorang tertinggal kot. mieyah tengok ruang yang tertulis *sesi tayang, dia sruppppp"
oke, srupppp disitu bermakna dipotong. so, korang faham kan? diorang memang dah rancang untuk skip part tuh. ape kes bro? bajet buat benda nie sambil tidur ke? bajet buat benda ni sambil baca biologi ke bro? bajet buat benda ni sambil aku tekan kalkulator kira addmathe ke bro? kau bajet kau sorang yang exam ke bro? tak de rasa hormat sikit ke bro? tak hormat pun simpati la bro. meh tengok dulu ke. or at least korang percaya kat kiteorag yang kiteorang takkan buat something stupid. dan sememang kiteorang masih waras lagi dan tak macam korang. kalau dah tak percaya kenapa masih mendesak kami untuk buat? ouh, rasa nak campak barang ke lantai je masa tuh.
oke, sekarang korang judge la ye, video ni. ada unsur unsur boleh menyakitkan hati guru ke tak. tapi, bagi aku, menyakitkan hati guru tade la, yang menyakitkan hati pelajar tuh MEMANG ada, sebab ini cerita kisah kehidupan pelajar, bukan guru.
aih* aku dah lama biarkan benda ni berlalu. tapi, benda ni tak leh hilang bila aku tengok benda nih, rasa macam nak cincang cincang je muka MC yang bajet tersilap aturcara. pergh.
buat diorang diorang yang *hari itu. aku cakap terus terang kat korang aku tak kan maafkan korang sebab buat aku rasa macam *pergh, hina nya..* nak maaf macam mane? sorang buta pun tak datang mintak maaf. dan terangkan yang sebenar. tapi, pasni compem ramai datang cakap hal yang sebenar kat comment nih. takpun diorang call terus aku. pergh.
oke, aku rasa dah cukup masa untuk korang buffer benda tuh. HAHA. enjoy guys! eh! lupa nak cakap. post ni ber-limit. seminggu. dan Insyallah akan di delete. *itupun kalau aku sampai seru nak delete. haha :D
alhamdulillah hari aku masih dapat lihat matahari yang panas terik hari ini, aku masih dapat hidu udara sejuk malam ini. kenapa? sebab lately aku tidur kemain macam tak ingat dunia. macam hari ini lah, tidur tu, kalau boleh tanak bangun dah. nasib baik semua orang kat rumah aku ni dah pergi kerja masing masing kalau tak kemain lagi sopan diorang bersimpuh baca yassin sambil menangis teresak esak. bajet aku meninggal. :)
tengah syok di alam mimpi, handset aku tak reti duduk senyap. tengok tengok umi aku call. aku kemain lagi bangun tergesa gesa. adjust adjust suara then jawab. *oh my! umi aku dah nak balik! masak belum lagi. seperti kilat aku turun bawah, *nak masak apa nih? kalut macam ribut. *tang tang keng kung. bajet masak macam dalam chef iron. search resepi dalam tenet. bajet nak buat lain yang lain, sebab boring dengan benda sama. at last, aku masak nasik air sup ayam je. haha. at least diorang balik tak lapar kan? still boleh eating eating.
ouh, time search resepi resepi tadi aku jumpa nea :
haaa.. amacam? ada menitik ka itu air liur? esok nak try buat yang ni lah. tapi, kena shopping shopping la sikit. barang tak cukup. itupun kalau umi aku kasi duit. haha. hah, ni resepi dia here. tapi korang kena edit la sikit. ni omputih punya version. yummmmy kan? suka? tekan je like ni hah.
hello there world! *ecece, tiru anwar hadi's style.* korang kenal ke? tak kenal dok diam diam. kalau nak tahu, korang google la ye. malas nak cerita panjang panjang. sebab aku nak cerita pasal artis korea hari ini. *yep, membebel sekali lagi disini.
baru je habis tengok cerita korea. apetah nama dia aku tak ingat, yang gumiho gumiho tuh lah. yang nine fox's tail. tahu ke? kompem tahu, korang kan peminat korea yang tegar. especially my juniors. ouh my, diorang memang tak leh blah lah ye.
aku nak mengumpat pasal korang jap, jangan marah ye! :D ingat lagi masa zaman sekolah dulu dulu. *ececec dulu dulu. time sama sama buat animasi, korang memang tak lepas lah berbincang pasal artis korea kan, sampai aku sendiri pun macam *eh, korang bincang pasal apa?* tengah buat buat kerja, kadang kadang sempat jugak korang utubing tengok menda alah korea tuh kan. sometime, aku pun terheret sekali.
yang si amna pulak, time habis exam pmr hari tuh, tiap tiap kali aku buzz dia kat ym, *oit, watpe tuh?* kompem tiap tiap kali tuh dia jawab, tengah geledah K-POP. ouh, afina pun sama! sampai kan sarah yang dulu kononnya *ew, ape ni korea korea?* sekarang dah jadik korean-holic kot. hahaha.
memang mengumpat kot. aku pun peminat korea jugak, tade la setegar diorang kan, tak pun, aku tade la setegar adnin. wahaha. tade la sampai nak charming charming diorang macam *berangan ada husband korea. haha. itu, dah teruk sangat tuh.. HAHA* contoh la kan :
yang ni, taekyon, ahli 2pm. ye ke? *betul kan kalau salah. macam ni ke korang kata handsome? *nampak macam gay je. WAHAHA. aku gurau je weh. jangan pulak nanti jumpa korang, pukul aku pulak. :D
kalau yang ni cool kot :
haha, cool kan? kan?
kalau yang ni pulak :
yang ni, dbsk punya. tapi, setahu aku la kan dbsk dah pecah. sebab tuh aku tatau. korang tanya pakar la ye. *cantik kan yang ni? oke, korang bayangkan kalau husband korang jaejong. :D kalau korang pegi jalan mana mana, tentu orang akan cakap. *eh, cun nya husband kau* auw. haha. absolutely kidding oke. :D
korang faham kan maksud aku? haha. actually, post ni tade motif pun, cuma untuk menyakitkan hati peminat peminat 2pm dan dbsk. kan juniors ku? wahaha. jahat kot.
apa apa pun aku pun minat jugak korean nih. Super Junior & Bigbang *especially TOP.
lately, aku macam agak senyap dengan dunia facebook. non-update status, less comment and what-so-ever. but, only one thing I keep doing ; is approving friends from my list. anyone, anywho. rasa macam perangai suka perhatikan orang kembali dalam diri aku. mungkin aku terlalu bosan dengan kehidupa sekarang. :)
don't get me wrong. I'm not saying it is improper to have these things on your facebook™. I mean, who am I to ask you to stop writing whatever you have in mind? I do the same. in fact, I do it all the time. but I'm just wondering, did you ever feel like, "ergh! just for once, can you stop?" when you read some of your friends' (or perhaps you might want to call them 'collection' as you don't really know or talk to all of them) status updates?
I don't like putting those who are on my friends list in hide mode. I put them on the list because I wanted to know them. if not directly, then indirectly will suffice. so I can enjoy reading their updates no matter how weird or annoying they are. There's always something to learn, eh? But that's me. you might have a different point of view so you use everything that has been provided by facebook™; the 'hide' button for instance.
but even with the fact that I purposely prepared myself to read them, there were moments when I felt like banging someone's head against the floor. When they used the same pattern too many times, again and again, you can't help but feel disturbed. Did you feel any of these, at the very least, for once?
mesti, korang pernah terasa macam *eh, I've read this and that before.* contoh status ;
"life's a journey, not a destination." <-- All the time.
"being single is always better! Oh, I love being single!" <-- Twice a day.
"ko ingat aku heran sangat ke dengan boyfriend ko tu, hah? dia bukan hensem mana pun! Ko jer yang menggelabah tak tentu pasal. die, bitch, die!" <-- kejap lagi marah orang lain pulak.
"I just bought a new bra worth RM400, a new pair of shoes worth 579.99, and most importantly, I got my dream Prada handbag worth RM1000++!" <-- silent mode in the middle of the month.
"dengan log in Facebook saja saya sudah memperoleh RM2000 dalam masa 2 hari. tunggu apa lagi? PM saya sekarang!" <-- next time ayat sama, amount je yang lain.
"sampai hati U tuduh I curang, B. I tak pernah buat camtu. dalam hati I there's only U!" <-- kenapa tak SMS or call, or post on his wall?
"dulu berat 55kg. pastu turun 48kg. pastu naik 60kg. Huhu." <-- suruh bersenam, tak nak. Pastu hari-hari complain.
"hari ini, melantak macam tak ingat dunia."<-- mungkin esok cakap nak start diet dan tak menjadi.
"just rejected 1219 friend requests. sorry, I don't approve strangers." <-- I bet she knows every single friend who's already on the list (4344 altogether).
dan yang tengah popular sekarang ;
"tak kisah lah kau result nak keluar bila" <-- bila tak kisah, mungkin esok akan bertanya "bila weh result?."
Like I said, it's not my place to judge anybody and tell them to stop. But as a simple human being, we're not that great to escape from saying 'Enough!". Sometimes, when you keep reading the same thing, you feel tired. tired enough!
bila aku tengok MHI hari tuh, dan dia cakap ;
"status yang kita tulis di facebook, melambangkan kehidupan kita 1o tahun akan datang"
well, aku tak sure apa maksud dia yang sebenar kan, tapi yang aku sure, berat gila kot message yang dia kasi tuh.
mungkin kerana kekalahan yang lalu memberi lagi semangat kat aku untuk tolong kanak kanak ribena siapkan animasi ni. hoi hoi, bab intro flash dah siap sekarang ni ending flash pulak yang jadik masalah. kalau boleh yang ending ni aku nak buat la jugak dengan tangan. haha. aku tak maksudkan yang intro flash tuh aku buat yang kaki. cuma..cumaaa...aku nak buat copyright la sikit lah kan, tak kan asyik nak curik idea orang je kan. *pecoh rahsio.. :D
ikutkan nak buat typography untuk ending ni, nampak gempak sikit. dan aku memang dah lama berhajat nak cuba cuba buat typography ni. bukan apa, tengok macam menarik je yang orang orang buat. cun kacak dan segala bagai aku rasa. it's cool man. :D asyik tengok orang punya je apa kes kan? nak jugak tengok yang sendiri bikin.
ehem, memandangkan aku dah download seguni software adobe photoshop yang portable punya, memang macam macam ada lah, illustrator, firework, after effect dan segala bagai. maka bertambah la keinginan aku untuk menggeledah software software tersebut. passion, desire, crave. *ape lagi weh? haha.
maka maka, sesi meng-search tutorial bermula. macam biasa la kan, uncle google dan aunty yahoo jadik sasaran. aih, kalau aku boleh juling menghadap macromedia flash baru baru ni. agak agak aku boleh buta kot menghadap tutorial tutorial tersebut. rasa macam bodoh pulak. isk3.
dan aku pun tanpa menghiraukan tutorial, aku terus bukak illustrator dan after effect. biasa la kan, aku ni bab bab kerja menggeledah no hal. konsep try and error sentiasa diterapkan dalam pembelajaran. ecece. muntah hijau kot. rasa macam nak give up je buat typography nih. *susa susa aku buat dengan movie maker je. eh kira oke la tu kan. nasib baik aku tak buat dengan microsoft word kan. haha
typography telah jumpa jalan buntu. mungkin aku akan cari lain tak pun, teruskan usaha dengan benda nih. hoho.
lama kot aku tak membebel kat sini. yer la kan, selalu nya aku membebel kat sini pasal aku borim tahap dinasour. tapi sekarang tak, tengah bersuka ria dengan gembira. banyak jugak benda yang aku nak story mory, sembang kencang kat sini. kalau nak cerita satu satu kompem tak tidur malam ni. so, what? let's list it ;
1- kepulangan kak aku dari mesir setelah lama menjadi pelarian dekat jeddah. hoho. actually kak aku dah wujud di malaysia ni dah hampir dua minggu. tak suprise mana la kot. dia sampai kat sini masa first trip hari tu, yang semua dok tunggu kat KLIA hari tuh la. siap jumpa abang najib kacak lagi. auw* siap masuk newspaper lagi tau :)
gambar ceria :D *yang biru tuh kawan kak aku*
2- selepas seminggu kepulangan kak aku di sambut, tiba pulak mamat iskandaria yang jadi pelarian di UK. setelah lama merempat di UK, akhir nya tiba jugak abang aku kat tanah air. yang paling aku suka, seguni kot dia bawak balik cadbury's chocolate. beraya sakan la aku. berat semakin bertambah. siren amaran diet telah berbunyi. :)
berlagak je lebih. ceh.
3- sekarang aku tengah busy dengan segala macam, contoh ; fokus kepada lesen kereta yang hampir sebulan tertangguh akibat kekalutan di mesir baru ni. fokus untuk tolong kanak kanak ribena untuk pertandingan animasi, *oi, flash siap dohh! :D sampai juling aku mengadap macromedia flash, last last decision. jeng jejeng. tunggu dan lihat. simple je weh. hah, tengok nea ;
amacam? boleh lawan ke?
4- last, aku jadi ajk untuk majlis maulud nabi kat kampung aku. mungkin aku memegang title budak sekolah makhad kot diorang bagi kat aku. wahaha. tapi, seriously aku cakap, sorry bebanyak kalau mereka mereka terpesong akidah. HAHA* rosak kot program korang nanti. haha. but, aku budak baik. korang tak tau ke? ada la jugak pengalaman jadi ad-hoc untuk tamrin budak form1 masa aku form4 dulu dulu. HAHA* gelak? sila sila. memang aku dah tergelak pon.