Friday, May 27, 2011

GOODBYE :)

assalamualaikum

ahh, saat saat akhir di rumah. pasnea bermula lah kehidupan baru. ah, gonna miss everything.
  
goodbye, everyone. goodbye everything. goodbye. it's really really a goodbye. :( ouh, sad so sad.
 
doakan kejayaan saya kat sana. doakan saya ditempat orang. doakan saya selamat semuanya. sampai masa, ada jodoh, kita jumpa lagi !
       
"Goodbye" isn't a word of parting since we've promised to meet again :)
gonna miss ; my parents, siblings, family, besfriends, lil sis, team IT's members and all my friends. :)

p/s : sebulan kot tak online. KOT oke. :)

Wednesday, May 25, 2011

having fun ♥

assalamualaikum

hi everyone, everybody ! hello, anyone anywho. haha. weeeee, hari nie, hutang saya sama itu MMP sudah selesai. I mean, saya dah hantar buku teks. teks? yer buku teks stam SPM yang sudah berkulat di rumah. ouh, ye saya tau. sangat tidak senonoh.

amboi, kemain lagi penat aku angkut sume buku buku tuh naek teksi. punye baek pakcik tuh, hantar aku sampai depan pintu utama maahad. takde la tercabut sangat tangan aku nak bawak benda tuh.
         
lepas hantar buku teks, saya jumpa macam macam cikgu. hampir 2 bulan kot tak pergi maahad. grrrr* masa tunggu teksi tuh, terfikir jugak kalau sempat nak jumpa cikgu Azhari. dan tibatiba aku bertanya diri sendiri . 
        
*eh, muka cikgu Azhari macam mne eh?*
         
HAHA, seriously, masa tunggu teksi tuh tak ingat langsung macam mana muka dia. *gila, kacang lupakan kulit betul. tadi sempat jugak terserempak dengan dia.pastu aku pun macam *oo, oke dah ingat balik* haha. weeweewee^^ mekaseh cikgu untuk katakata semangat itu. :D

lepas je sesi jejak kasih bersama cikgu cikgu. aku dan kanak kanak pergi merayau kat KB. hajat nak bersuka ria di atas parkson. dan saya akan menjadi mak tiri mereka. namun, saya sebagai senior yang baik dan takut akan apa apa yang terjadi nanti. kesian pulak diorang. so, MFC jadi sasaran kami.

mula tuh, aku separate dengan diorang, pasal aku nak beli something kat gaint yakni parkson. maka berjanji la kami untuk bertemu di MFC. lepas, je habis beli, aku terus ke MFC.

uuuuu, mula mula tak perasan keadaan di atas meja makan kitaorang. selepas di tunjuk, aku pun macam. wah! >.< nak nangis takde air mata. layan gamba jom.

 bikin terharu. T_T


 excited nak potong kek >.<

 weeee <3



 hah, banyak kan diorang melantak? aku pun tak tau apa la yang diorang order. aku punye rm6.30 je kot tadi. itu pun dah kenyang. dasyat dasyat. oke lepas je makan makan, diorang buat konvoi hantar aku ke kamdar pasal aku tunggu ayah aku kat sana.

 yer, kamdar kami datang.


walaupun agak kuciwa pasal kanak2 hanya 5 orang. *saya nak jumpa semuanya. -___- tapi, still having fun. yang tak datang tuh, thanks jugak sebab bagi kata good luck :) apa apa pun love you all lah.

thanks again ! <3


p/s : terkilan, AdninNadia takde. :(

Tuesday, May 24, 2011

move on.

assalamualaikum

hi! lama lama amat tak update blog ini. saya saya sangat malas untuk update. cerita tuh tak yah cerita la kan. berguni yang nak dikongsi. tapi, saya saya sangat malas yang teramat.

erk* hari ini kesabaran aku hampir hilang dek jpj punya pasal. mau nya aku nak bakar je kereta tadi. ouh ye ouh ye. saya tak lulus test jpj tadi. wah bangga nya saya ucapkan perkataan ini. grrrrr* dah tutup cerita.


ahh, everyone is leaving. the same goes to myself. 2 days left. and I've done nothing. I really really mean nothing. langsung tak siap packing. barang barang pun tak sempurna lagi. ada lagi yang perlu dibeli.

erk. entah, aku rasa macam pelik. pelik sebab kehidupan aku dah nak berubah. pelik sebab aku kena tinggal kan rumah. ouh, I am wondering how my life would be without my parents, family and bestfriend. quite weird kot. plus plus pasnea dah kena cakap luar.
        
hmmmm, mungkin ini lah masanya untuk aku berdikari sepenuh nya. haha. bukan maksud aku yang selama ni aku tak bedikari. uish terlebih berdikari kot. tapi, agak pelik la kan bila keadaan sekeliling berubah secara mendadak. tak pe lah, hadapi masa hadapan dengan tabah oke!

p/s : move on.

Tuesday, May 17, 2011

sakit hati

assalamualaikum

saya sangat tertekan. sekian terima kasih =,=
  
ahh, sungguh aku cakap. aku sakit hati. sakit sangat yang teramat.
  
aku sakit hati bila aku tiba rasa kurang keyakinan dalam diri. *overwhelmed by low self esteem* yer sangat terasa rendah diri dan rasa macam. "ahhh, kerdil dan hina nya diri aku" *yer memang kau hina pun. -,-
  
aku sakit hati bila aku tengok duit keluar bagai air keluar mencurah dari paip. >.< walau keluar untuk keperluan bukan untuk kemahuan, tetap aku sakit hati. sebab semua itu punca dari aku.
  
aku sakit hati bila tengok semua status manusia manusia kat fesbuk aku. sakit hati, sejak kebelakangan ini status mereka berunsur unsur result jpa dan mara. >.< *padan dengan muka kau kan. yer! SEMUA SALAH aku.
  
aku sakit hati, bila hari ini tak dapa keluar renion dengan byqie dan denin. ouh, aku sakit hati sangat, sebab mungkin ini dah last day untuk aku berpeluang jumpa dengan byqie, pasal dia dah nak bertolak hari khamis dan dia sangat busy. >.<
   
aku sakit hati bila hari hari tekanan tak pernah surut datang menyembah depan aku. aku sakit hati bila semua tekanan itu memang menekan kan keadaan aku yang sudah tertekan.
  
aku sakit hati bila tiada siapa yang tahu yang aku tertekan. aku sakit hati bila aku terpaksa berlakon tabah. aku sakit hati bila aku terpaksa menangis keseorangan menahan keperitan yang aku cari sendiri. aku sakit hati bila mereka mereka tak dengari tangisan hati aku. >.<
   
aku SAKIT HATI! faham takkkk? FAHAM TAK?
  
ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini
sesungguhnya hati ini sangat lemah
untuk hadapi semua ujian ini seorang diri
sungguh ya Allah
diri ini sudah tiada daya.
bantulah hamba-Mu ini
aku perlukan ketenangan
aku perlukan KAU ya Allah
aku perlukan KAU. T.T
 
ketenangan sangat diperlukan.
   
"So, verily, with every difficulty, there is relief," [ Al-Inshirah:5 ]
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” [Al-Baqarah:286]
p/s ; selalu mengeluh.

Saturday, May 14, 2011

Harmony Guest House

assalamualikum

ehem! again, photoshop! ouh I love photoshoping. akan aku habiskan saat saat akhir aku sebelum jejak kaki ke U pasnea bersama photoshop tersayang. aku nak main puas puas, sebab lepas nea mungkin dah takde masa nak maen benda nea. act, tak pernah dan takkan puas pun maen benda nea. it's half of my life. :)
  

  
Harmony Guest House? yer! tempat aku keje selepas habis exam SPM hari tuh. tau aku jadi ape? ouh, macam macam aku boleh jadi. kemas bilik, sapu sampah, basuh tandas, mop lantai, cat dinding, termasuk la jadi design untuk promote. -___- nak tau kenapa? pasal ini bapak aku punye, itu la sedap2 je maen suruh je, pasti kena buat.
  
act, ini baru je bukak awal tahun. cuma tak secantik sekarang lah, tak sesempurna sekarang lah. ala biasa la kan baru start niaga kan? HAHA. sekarang dah sempurna dah kot. Alhamdulillah. ehem, aku saja je taruk sini nak promote. mane tahu la kan, ade yang sangkot. HAHA.
   
wei, support lah guest house aku. memang la takde segempak yang dah maju sekarang, baru nak start niaga beb. >.< Insyallah kalau ade rezeki lagi, kita ubaisuai kasi gempak. yeah! \m/ *boleh la hasil wat tanggung aku study
   
ni link page fesbuk, baru bukak je pon : Harmony Guest House
*jangan terkejut pulak tengok profile pict dia tak cantik, sebab itu idea parent aku -__- sangat *errrrr. yang kat atas itu saya rasa lagi cantik. -,-
   
jom datang ramai ramai! haha, *bajet buat funfair.
  
akhir kata dari aku, sokonglah anak tempatan. HAHA, taksenonoh. :P
 
p/s ; kuat nego weh! :))

Wednesday, May 11, 2011

jom masuk u!

assalamualikum

selamat pagi semua, 2.46 pagi kan? haha. oke, sesungguhnya mata aku sangat la sakit mengadap yang bernama laptop ini.>.< melakukan hanya memuaskan nafsu sendiri. ehem, pikir leklok naa~ I means, tengah syok mengorat photoshop. asah asah skill yang lama tak di asah. ini hasil nyaa ;D


yer, saya tahu tak cantik. tapi, ade aku kesah? :P kemain lagi aku dok depan pc nea, bagai tak ingat dunia. 5 jam kot aku gigih berusaha sampai benda nea siap. :)

oke, bertemakan JOM MASUK U! >.< ouh, lagi 19hari lagi aku kan mulakan hidup baru. aaaaaa! macam tak caya je. cepat nya masa berlalu kan? tup tup tup dah nak masuk u dah sume. kita dah besar kan? :P

ahh, gonna miss everything. family, friends. aih, agak agak aku homesick ke tak? aku takde la se-homesick *DIA tuh kan? harharhar. sampai nak naek bus pun macam jakun gila.

ahh, gonna miss kehidupan di maahad dahulu yang perangai macam lanun. >.< sumpah pasnea aku nak jadik lebih baek. hehe. aisehmen, tragedy molep.

btw, tahniah la kat sume yang dapat tawaran. tak kira la kan, matrik ke, UPU ke, yang pegi IPTS pensendirian ke, yang dapat biasiswa ke, or even yang masuk form 6. congrate yaw! yang form 6 tuh takyah nak rendah diri. korang pun pre-u macam kami kami yang laen. padahal form 6 la yang paling tough di abad ini.

tak tau nak merepek ape dah, cuma ada sorang kawan aku gila glamor yang suh aku taruk nama dia dalam post nea. nah, Adnin Nadia. haha, puas ke wei? :P masalah masalah.

p/s ; pelik macam alien! -,-

Sunday, May 8, 2011

keep ignore-ing

assalamualikum

ehem, bila dah banyak keje nak buat. design sini, design sana. photoshop sini, photoshop sana. dan tibatiba fokus aku hilang. ahh, mampos aku kalau esok tak siapkan sume nea.
      
search itu search ini. still takdapat buat derr. serius hilang fokusssss! ah, benci benci. >.<  lantak la bos nak marah ke. isk3. finally, yang nea hasilnya bila otak dah bercelaru.

cun ke tak aku tak kesah. yang penting, aku nak cakap ; IGNORANCE IS BLISS.
        
ah, bala bala, bala sungguh bala. >.< tidur lagi bagoss~
       

p/s ; mukasaiapinksemacam.

Saturday, May 7, 2011

decide

assalamualaikum
          
oke! hari ini adalah sesungguhnya hari penuntu masa depan bagi semua rakyat jelata beta. harhar3. I mean, budak SPM 2010. Alhamdulillah, sepenuh kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi dengan rezeki melimpah ruah yang Dia berikan untuk aku sehingga ke hari ini.
               
Alhamdulillah syukur ;
           

aku bajet aku dah tak dapat apa apa habuan pun dari MOHE hari ini. tapi, Alhamdulillahh ya Allah! walau bukan first choice. tapi, aku still dapat.

maka maka dengan ini, officially aku ada tiga pilihan untuk dibuat.
            
# Matrik - Kursus M001 Sains. satu tahun
# USIM - Tamhidi Sains & Teknologi. satu tahun
# MMU - Foundation in Engineering. satu tahun
             
>.< ya Allah, ujian jugak ya bila ada banyak pilihan macam gini.
             
tadi, habis semua orang kat chatbox aku tegur tanyakan pendapat. masing masing dengan hujah sendiri. masing masing dengan pendapat sendiri. macam macam la yang diorang cakap. ada yang menyokong matrik, ade yang menyokong mmu, ade jugak yang suppor usim. ouh thanks a lot semuaaa.
            
yer, memang ini adalah masa hadapan aku. the only one to decide is me. aku cuma nak dengar pendapat diorang. mana la tahu kan ada yang boleh pakai. dan ternyata, mereka semua bagusss! <3 u all!
           
parents aku cakap ; it's up to me. tuh yang buat aku macam hilang arah dan tidak ber-guider. harharhar. siblings aku pulak lebih menyokong aku masuk mmu. katanya, masa depan cerah kat sana. >.<
              
pilihan aku? yerp. memang, memang aku nakkk sangat pergi study kat MMU. cuma aku taknak lah tolak tepi semua pilihan yang Tuhan bagi begitu saja. dan pakai maen ambik je mmu tanpa melihat apa yang ada di tepi. aku takut, takut silap buat pilihan.
         
ahhhh, ujian ujian ujian. for sure, semua orang pesan suh buat solat istikoroh. oke guys, yang sedang pening buat pilihan macam aku nea. aku nasihatkan buat pilihan leklok. jangan nanti sampai satu masa kita menyesal dengan pilihan kita. oke! sama sama doakan untuk kejayaan bersamaaa! <3
  
teruslah berharap kepada Allah, Tuhan yang Maha mengetahui segalanya. :)
 
p/s ; faithful.

Friday, May 6, 2011

birthday of mine

assalamualaikum
         
sebelum aku pergi jauh lagi dengan menulis post ini. ingin aku ucapkan syukur terhadap Ilahi akan nafas yang masih diberi pinjam sejak 17 tahun lalu. nikmat itu tidak terucap dengan kata kata bahawa aku bersyukur dengan hidup ini. dan terima kasih untuk umi dan ayah yang penat jerih lahirkan aku dan besarkan aku. aku tahu, anak macam aku susah nak jaga. harharhar.
          
           
selamat ulang tahun. selamat hari jadi. happy birthday. sanah helwa. itulah ungkapan yang aku dapat malam ini. huh, actually aku tak realize pun yang aku sedang berada bulan kelahiran aku. terimakasih kepada celcom kerana menghantar message tentang call/sms free itu. kalau tidak mungkin aku dah lupa.
        
banyak memori yang aku simpan selama 17tahun aku hidup. bagi aku memori aku mula ingat ketika aku berusia 7tahun. yep, agak banyak memori aku ingat start umur 7tahun. kalau yang sebelum itu aku ingat tak ingat. dan di ingat ingat kan dengan cerita cerita mereka yang tua.
    
ah, apa yang aku merepek?
  
harapan : dengan berumurnya 18 tahun ini, aku harap aku akan menjadi manusia yang lebih beriman, baik dan agak matured la sikit. berfikiran positif. terus tabah menggapai citacita dan harapan.
  
Ya Allah,
  
permudahkanlah langkah-langkahku
permudahkanlah perjalananku
untuk aku mengharungi cabaran dunia dan cabaran akhirat
kerana engkau lebih mengetahui
segala isi dunia dan isi-isi akhirat.

   
aku masih mencari jalan Ilahi, meredah onak dan duri. dulu aku tak pernah sedar apa itu kehidupan sehingga aku muak untuk terus hidup. hampir setiap hari aku bertanyakan diri ini. "untuk apakah hidup ini" hari hari lalui benda yang sama. tapi, aku sedar hidup ini bukan sekadar mengejar dunia. tapi, akhirat adalah matlamat hakiki. *macam jahil amatkan bunyi? >.<
aku sangat suka kata ini ;
 
"cukuplah sekadar berjalan untuk mengejar kehidupan dunia, yang perlu berlari hanyalah untuk mengejar kehidupan akhirat." 
  
last but not least, terima kasih kat semua yang ingat besday aku. yang wish tuh thanks oke. tak kira la. ym ke, skype ke, fesbuk ke, phone ke. apriciette sangat. tak kira la, awal ke lewat ke janji korang ingattt! love you all!
ah, aku rindu sangat suprise tahun lepas. rindu sangat yang teramat. tolong putarkan masa untuk saya. >.<
 
terimakasih yang ber-komplot untuk suprise itu. ah, kenangan.

p/s ; lapanbelastahun :) 

 

Wednesday, May 4, 2011

bila anak kecil bertanya

assalamualaikum
       
hari ini agak *errrr sikit. sebab aku sudah muak untuk siapkan lesen kereta yang tertangguh hampir 3 bulan. >.< lagi la cuak bila hari sabtu sudah mahu test JPJ. ouh, kemain lagi cikgu aku kerah aku suh belajar sampai tak ingat dunia. hari ini, kaki aku terseliuh dek tekan minyak dan clucth lama sangat dan tangan aku macam terkehel sikit dek pulas stereng yang sangat mereng!. >.< ouh, benci benci benci.
          
walaupun hanya berlesenkan L aku sudah bangga dan riak untuk memandu dijalan raya. hakhakhak. *umi aku tau, mampos aku. -,-
              
oke dah, sebenarnya saya ingin ceritakan saat aku menanti giliran untuk bawak kereta. aih* penantian satu penyeksaan. mase tuh, perut aku lapar nya takyah cerita la. kalau ikutkan orang pun aku mau telan. then, aku pegi la cafe die beli sepinggan nasik ayam pedas. :D
            
cari port sesuai yakni kat bawah pokok memandangkan hari ini ouh! demn panas oke. aku dah tak peduli dah sape sape yang dok kat situ. lantas aku makan dengan ayu sekali. auw* haha.
          
kat sebelah aku nea, sorang minat mana entah. datang nak belajar kereta ke nak ber-clubbing kat situ aku pun tak tahu. bukan apa, pakaian dia nauzubillah ya Allah mak ai. terperanjat aku. bagi aku dia pakai singlet je tadi. tudung takyah cakap la kan. melayang entah kemana. dia kat sebalah aku nea, tengah syok layan budak mana entah, kirakira 3tahun kot. dan tibatiba budak tuh tanya minah tuh ;
          
"kak,kak, kenapa kak nie pakai tudung akak takpakai?"
          
terserdak aku dibuatnya. aku tengok muka minat tuh dah macam merah tapi control buat tak dengar soklan budak tuh. nasebbaek budak tuh tanya minat tuh. kalau tanya aku takkan aku nak jawan
       
"dah takde kesedaran.."
            
naya aku, mau nya simbah air teh o beng aku. kang ada plak kes nanti. kahs. aku buat diam, terus makan je. yang minat nea pulak dari tadi lagi dok kibas kibas pasal panas. mau tak marah. kang masuk pulak peluhpeluh dia dalam nasik aku. mula la aku nak meraung sakan.tiba tiba budak tuh cakap ;
              
"kak, meh la sini sikit. kita pun panas jugak.." minat tuh pun mcm baek hati gak la, bagi budak tuh share kipas dia. then budak tuh tanya aku ;
            
"kak pakai tudung tak panas ke akak? akak nea tak pakai tudung pun dah berpeluh peluh. tak panas ke?
             
aku sengih je, malas nak layan budak ni, silap jawab kang. naya aku ngan minat nea. dok jeling jeling. isk3 -,- budak tuh tanya lagi ;
           
"tak panas akak oii.."
             
then aku jawab "panas la jugak adik oi, kang tengah berpeluh nea.."
              
budak itu , "habis buat apa pakai tudung dah panas?"
          
tak lama budak nea yang kena lempang. aku pun jawab , "pakai la dah jadi kewajipan orang islam"
             
budak tuh "kewajipan tuh apa kak?"
            
ya Allah, -,- anak sapaa nea? anak sapa neaa? "kewajipan tuh benda yang mesti kita buat kalau tak buat dosa Tuhan marah, nanti masuk neraka"
         
budak tuh "habis tuh, dah panas nak wat camne?"
           
=,= aku sabar melayan beliau , "ala dik, dunia je pun, akhirat panas lagi"
          
minat yang sebelah aku pun terus bangun hilang entah kemana, harap dapat la sikit sebanyak message yang aku bagi. kahs3. budak tuh cakap ;
   
"ooo, Tuhan marah eh? Tuhan tuh dok kat mana?"
  
OWOH, mati aku. silap jawab rosak akidah budak nie nanti. tak pasal pasal tempah tiket free masuk neraka. tengah dok fikir fikir cari jawapan. Alhamdulillah, turn aku sampai. huhu. aku cakap kat adek tuh ;
  
"sorry, dik. akakk dah nak belajar nea. kita borak lain kali eh? pasal Tuhan tuh try adik tanya emak adik. dia tau punye. oke babai"
  
fuh. kes naya sume nea. hmmmm, tuh baru budak 3 tahun soklan dia. belum orang kafir kan? >.< aisehmen.
  
   
 p/s ; islam itu bukan pada nama.