Friday, February 17, 2017

IT, family and perception

"It's not easy being the only IT person in your family.."

Bila mana kau sorang je dalam family yang sambung bejalar dalam bidang IT lagi lagi bidang Computer Science. Tak kira lah sijil ke, diploma ke, apatah lagi degree. Persepsi diorang mesti fikir korang ni dah macam Elliot, hero dalam TV Series Mr. Robot.

Diorang akan anggap korang sangat expert dalam semua benda yang berkaitan dengan IT. Benda common yang pernah jadi kat aku, bila mana balik kampung or go to any vacation hotel yang ade berlambak list of wifi tapi semua ber-password. Dan ayat common diorang "lah kata belajar IT, takleh hack password ke?" and I was like "really? Aku belajar coding takat nak display *Hello World* kat CMD tu takde hal wei. Ini nak hack password, ape ingat aku geng anonymous? " tapi itu la kalau aku explain pun bukan diorang paham. Padahal course korang kadang tu bukan betul betul pure IT pun.

Don't get me wrong, its not that I'm being too cold and don't want to help them at all. Sometime, their questions are too outrages. Untuk pengalaman aku sendiri bermacam gaya soalan dari family (parents and siblings mostly). Kadang tu pernah my mom called me at my working hours just because nak tanya soalan "kenapa file umi tadi ade dalam pendrive, ni takde pulak.." dan aku syak file tu dah jadi hidden file. Nahhh satu hal pulak nak ajar suruh *show hidden file*

Most easy questions which related to basic thing on computer/laptop/smartphone are coming from my parents. Umi ayah akan selalu call aku day and night just because of that. I'm glad to help them but at some point datang jugak stress bila guide diorang thru phone.. Because we didn't see what they're trying to do or what kind of OS they're using (Window 7, 8, 10 or maybe vista?)

Tak lupa juga dengan soalan how to setup virtualbox, wifi connection, setup LAN port, reboot router, laptop hang, virus, backup deleted files, format laptop and the list goes on. Like I told you earlier they expect us to know everything that relate with IT. Dari sekecil kecil situasi sampai sebesar besar masalah.

In fact, for me personally I'm not that expert in IT, but I'm expert on googling 😂 So bila ada situasi situasi yang aku takleh tolong, aku google je terus apa ada hal. Buat esaimen dulu pun google je bahan rujukan aku (mostly haha)


Sebenarnya aku dah lama perasan benda ni, cuma lately kerap sangat jadi dan rasa macam "Ya Allahh, ampuni Nabila ya Allah" (baca gaya sinetron Mutiara Hati) Somehow, dalam serabut pun aku sebenarnya enjoy bila dapat selesai kan tiap masalah diorang. (yang mana mampu la haha). Korang yang budak budak belajar IT tu mesti ada yang experience kes kes cenggini. Semoga tabah melayani kerenah mereka mereka yg tercinta 😆 


P/s: lamanya tak blogging

Friday, June 19, 2015

Week of wedding

Assalamualaikum

Jaga jaga entri ini akan memenatkan ibu jari anda untuk tenyeh screen phone anda untuk scroll sampai habis. Kalau bukak dengan PC anda mungkin mengalami kekejangan jari telunjuk untuk menggelekkan scroll wheel mouse anda. Atau pun.. okay dah.

Sebelum lanjut aku pergi jauh menaip tanda pedal break. Ingin aku mengucapkan Ramadhan Kareem everyone! Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga, Ramadhan kali ni menjadi turning point bagi korang from the stage where you are to another better stage. InsyaAllah. Haaa gittew.

Dah tinggal beberapa kerat lagi sisa sisa cuti sem aku yang tak berapa nak panjang. Ye lah orang lain(baca: budak IPTA) kalau dah cuti sem tu mau naik gila tunggu nak bukak sem balik. 3 bulan cuti, tak beragak. Diorang cuti sem habis mati kutu fikir nak buat apa. Aku ni cuti sem tak sempat nak merasa cuti. Lagi lagi cuti kali ni. Sumpah tak rasa cuti langsung

Sedia maklum sem lepas aku buat praktikal, sepatutnya aku habis praktikal 29 haribulan Mei, tapi disebabkan 29 Mei tu hari akad nikah akak akak aku so aku terpaksa mintak habis awal dengan supervisor aku. Aku mintak nak balik 27 Mei lagi. Nasib lah supervisor aku Abg Ijat dan lecturer aku Ms Zarina sporting maka pulang lah aku ke kelantan.

Mula tu niat nya nak balik drive tapi fikir balik nanti compem penat dan banyak lagi benda nak kena tolong setelkan. So aku dengan bangga purchase tiket flight dibawah tajaan PaMa(Baca: Papa Mama) Kah aku lagi seronok naik fligth dari dok berpenat penat driving all the way to kelantan. Tak kelakor katanyaa.

Tak sempat aku nak bernafas, sampai jek kelantan aku dikerah keringat untuk berkerja tanpa henti memandang lagi dua hari majlis akad nikah akan berlangsung. Dan majlis tu buat kat rumah aku sendiri. Nak jadikan cerita, kali ni wedding angkut duorg kawin terus. Dua dua kakak aku akan melangsungkan pernikahan sekali gus. So korang boleh bayangkan lah macam mana kalut nya kat rumah aku masa tu.

Ditambah lagi dengan perangai umi aku yang suka semua benda dia nak buat sendiri. Start dari pelamin, hantaran, sampai lah makan makan. Semua dia nak buat sendiri. Nasib kemah je tak pasang sendiri. Itu pun sebab mana nak ada kemah besor besor kat rumah aku tu, kalau ada compem dengan kemah sekali kitaorg angkut pasang. Sabor je la aku.

Pastu memandangkan abg irsyad aku tak dapat balik untuk wedding ni, jadi terpaksalah aku yang jadi runner ke sana ke sini beli barang. Boleh naik gila, ni kalau aku kawin esok esok diorg tak turun tolong memang aku sumpah jadi sesumpah sesekor. Kah!

Kalut sana sini, gedebak gedebuk dah masuk hari akad nikah. Hari akad tu hari jumaat, so akad nikah buat lepas semayang jumaat. Like pukul 3 petang tu dah start sampai semua rombongan dari kedua dua belah pihak lelaki. Penuh rumah wa cakap lu. Sampaikan ada yang duduk kat luar nak tengok majlis tu. Mostly orang orang kampung la dok keliling tengok. Rombongan sume dok dalam.


Haa, lupa nak bagitahu yang haritu ade dua pelamin. Satu pelamin buat sendiri, satu lagi pelamin tempah. Kah!

Alhamdulillah, selesai akad nikah dengan sekali lafaz dua dua pengantin. Yang kelakor nya ayah aku yang nebes tersasul masa akad nikah tu. Boleh pulak tersasul sebut nama. Kang ade yang tertukar pengantin nanti. Lel Ayah is nebes. Kecoh haaa rombongan tergelak kat ayah. Video pun ade ekceli tapi besor sangat lah nak upload.


Haa nampak? Terselah muka aku yang kurang kasih sayang. Kahkahkahkah. I cry a little happily because both of them get married today. And I cry a little sadly because tetiba rasa cheq pon nak kawin jugakkkkk. lel. Takpe May I found my own happiness. Haa gittew.

Lepas je selesai akad nikah maka bermulalah perangai tak senonoh dikalangan orang tua dalam masyarakat kita. Yang mana suka menindas perasaan orang orang bujang. Sobs. Maksud aku, bermulalah soalan bertubi tubi daripada makcik pakcik atuk nenek moyang segala.

"Yang ni bila lagi.." ayat standard yang dituturkan
Aku dengan penuh gaya mutu dan keunggulan aku menjawab
"Esok.." maka terdengarlah ketawa kepada sekalian alam.

Sumpah penat aku nak menjawabnya. Ye lah, abang aku yang sorang tu tak balik. Pastu aku pulak bongsu perempuan, tambah pulak dah nak abis study dah. Memang lah aku yang jadi target diorang. Eh saborrr je la aku menjawabnya.

Keesokan harinya, hari reception also kat rumah aku. Reception day ni wa cakap lu, end of the day aku tak rasa kaki berjalan, rasa macam tulang pinggul aku dah terkesok dahh. Mana taknya busy nyaaa, Allah taala saja yang tahu segalanya. Mana nya nak bagi door gift, mana nya nak update kat meja buffet apa makanan nak kena top up, mana nya nak layan tetamu lagi. Dengan kuli nya sekerat dua, memang yang mana je lah disembelih jadikan kuli. Penat wa cakap lu.

That day we(Baca: kuli kuli) communicate with each other thru benda alah ni.


Haa nampak? Kelas kan iols? Siap ada walkie talkie lagi sorang satu. Yang sadly nya, reception day tu aku tak sempat nak amek gamba(Baca: Selfie) sekeping pun. Sobs, ini disebabkan jugak pada hari itu handset aku hilang entah kemana. Sabotaj betei.


Gambar yang ni je ada, itu pun aku printscreen dari video masa aku jadi pengapit diorang. Ituuuuuuu pun nampak separuh. Hmmmm. Dah lah muka kemut semacam. Mana nya tak kemut, nak berdiri bawah matahari terik tak hengat. Cair habis make up aku. Make up pengantin toksah cerita lah kan. Takpe, amek aura pengantin ye dok? Kahkah.

Penat kau jahh kenduri kawin ni. Lagi lagi bila semua benda ko nak buat sendiri. Tapi satu jelah kelebihan dia poket tak senang nipis lah. Jimat banyak gak la nak compare dengan sume benda nak tempah. Ye dok?

Okay 29hb akad, 30hb reception. 31hb and 1hb june dihabiskan dengan mengemas segala perkakas rumah yang dikeluarkan masa kenduri haritu. Nak cuci periuk belanga, pinggan mangkuk dan segala isi rumah tuh lah. Penat hari kenduri pun aku tak dapat nak hilang, terus sambung buat kerja kerja rumah yang bertimbun. 

Tak sempat setel kat rumah 2hb june dah bertolak ke terengganu untuk menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Konvoi ler reramai. Wedding ni tak duk hotel pun. Alah terengganu-kelantan kot, sana kentut sini pun boleh dengar lah. Kah! Tapi trip yang satu hari pergi balik ni la yang paling penat.


Lagi gambar dari video, pasal dah upah Photographer, so kirija aku amek video je la bebanyak. 


Okay abaikan tudung aku yang senget. Memang having bad day tudung pun. Cis. Masa ni, aku melantak di meja pengantin cam tak hengat. Balas dendam sebab masa kenduri kat rumah haritu tak sempat nak rasa makanan. 

Selesai lah majlis kat terengganu, balik lah kelantan sambung mengemas barang barang yang masih bersisa. Belum sempat menarik hela nafas yang panjang. 5hb june dah bertolak konvoi reramai pergi kl untuk majlis kat Bangi belah pengantin lelaki.

Rombongan kali ni ramai memandangkan ramai family kat kl katanyaaa. Family yang datang dari kelantan stay kat rumah tamu aminuddin baki UKM. Kira dekat lah kan dengan rumah pengantin kat bangi.

6hb june tu pepagi buta lagi berkumpul ramai ramai kat masjid UKM. Yang paling tak kelakor, ayah lupa jalan nak pegi rumah pengantin. So ayah mintak aku yang lead jalan pergi rumah tu. Ingat tu ingat la, tapi naik nebes jugak aku dengan rombongan panjang. Ceritanya kalau aku kat depan yg sesat 20 buah kereta kat belakang memang ke laut sume. Tapi nasib baik lew everything went smooth.

Tema wedding kat bangi ni macam retro sikit. Ala ala omputih gittew.





Lepas jek majlis kat bangi ni. Kitaorg stay kat kl sampai 8hb june, sebab 7hb ade kenduri kawen sepupu nenek kat semenyih rumah Datin Che Pah. Tapi aku tak pergi, sebab aku ade kenduri kawen kat Shah Alam, member opis mintak aku amek gambo untuk wedding dia. So yeah, dapat la seringgit dua. Kah!

So let's called it a week! Week of wedding. Banyak lagi cerita nak aku nak tulis, and cuti aku tak habis kat situ jek. Lepas balik konvoi dari kl, aku pun konvoi, drive bawak balik viva kesayangan aku untuk dimasukkan pusat pemulihan kat kelantan. kah!

Dok rilek dua tiga hari kat rumah, dapat tahu kena pergi lagi kl, untuk majlis bertunang kazen aku. I was like SERIOUSLY? Again? Dude, I'm dying koooott. Nak tak nak kena jugak ikut pergi. I must say, it's holiday of wedding lah kot.

Argghhh, dah la aku pun penat nak perah otak ingat balik ape nak ditulis. Dah cukup panjang pun ni. Orang pun da malas nak layan aku. Until next time. Bye!

Nah belanja dua tiga keping gambar.












p/s: hai mak. haha. kbye.

Sunday, May 10, 2015

Oblivion

Assalamualikum

Hari ni dapat jugak sedikit aku menarik nafas panjang dan berehat. Walaupun semalam hari sabtu, dan sepatutnya aku lena di buaian mimpi indah setelah seminggu bertungkus lumus bekerja. Namun, ku gigihkan juga kaki melangkah ke opis melakukan kerja OverTime(baca OT).

Aku bukan nak berlagak pekerja cemerlang, cuma kadang tu susah aku nak tolak job yang datang menghadap lagi lagi kalau job tu jadi photographer. Alah apa lah salahnya kan? Boleh jugak aku ganti leave(baca cuti buatan sendiri) aku. 

Sejak aku start internship(baca praktikal) ni aku rasa aku tak boleh duduk diam kat rumah seperti kebiasaan dulu. Nak tahu cerita dulu? Ceritanya, aku dulu memang suka sangat mereput kat rumah doing nothing. I mean completely nothing. Study malas, masak malas, makan malas segala nya lah. Kadang tu aku penah tak makan satu hari sebab nak masak pun malas, nak keluar beli makan pun malas. Pendek cerita aku memang malas nak bangun keluar dari bilik.

Kalau aku bangun pun mandi atau nak gi tandas, solat, attack COC(kalau ade war), ada invitation Dota2. Other than that memang aku tidur sepanjang masa. Aku tahu aku teruk. Lel

Tapi sekarang improvement banyak jugak, aku dah takleh tido petang, aku akan selalu tersedar awal pagi even it's holiday. And I can't stand doing nothing. Boleh mati kebosanan. That's the reason why aku tulis blog hari ni, sebab aku takde apa apa yang perlu aku lakukan.

Rasa nak keluar do some activities, like jogging ke, swimming ke, makan ke, volleyball ke, tennis ke, badminton ke, or pergi shopping ke. Anything but not in this room. Tapi itu lah, takde gang. Tautak kenapa aku takde gang? Sebab dulu aku tak kesah pon pasal semua tu, tak amek kesah pasal society out there, because I'm happy sleeping alone in my room. And now, padan muka. Mereput lah kau sorang sorang sampai mati kutu nak buat ape dalam bilik.

While scrolling all the timeline(FB, Twitter, Instagram) seeing people having fun and have a life. And now how I regret about how I spend my past life as a student. So I'm glad kalau ada orang ajak keluar do something which is legally to do, I'll join them.

So yeah, that's story of my life. Loser enough right? Oblivion.

Sebelum aku menutup tirai entri kali ni, ingin aku membuat ucapan buat diri sendiri. Selamat ulang tahun sayang. Semoga menjadi insan lebih berguna untuk agama, masyarakat dan bangsa. Semoga tahun ni menjadi tahun yang glory (bak kata ManUtd) buat aku. Semoga hadapi tahun ni dengan gagah dan grad dengan penuh bergaya. Dan tidak lupa semoga cepat kawen. Amin.



Nah gambar ulang tahun yang ke 18. Gambar lama dan penuh memori. Gambar baru takde. Tahun ni takde any celebration. Sadis. *Celebrate kat rumah sorang sorang*

Mkbye.


p/s: I may exaggerate a bit. lel.

  

Friday, April 17, 2015

Internship Life

Assalamualaikum,

Hai semua yang masih setia, entah ada entah tidak. Maaf lah aku sekarang jarang sangat sangat nak update blog. Bukan kerana aku terlalu sibuk hingga tiada masa untuk layari laman sesawang, malah kerja seharian aku sekarang boleh dikatakan 24jam hadap laptop dan internet.

Okay, cakap pasal kerja. Aku sekarang tengah Internship(baca praktikal) kat satu company area Cyberjaya ni je. Senang hidup aku kerja dekat dengan rumah aku. Opis hour start pukul 8.30 pagi, pukul 8.25 pagi baru start panaskan enjin kereta. Sambil melihat keindahan pagi yang mana aku selalu terlepas pandang sebelum berkerja kerana zaman stadi dulu aku boleh kira dengan jari berapa kali aku sempat lihat matahari pagi akibat waktu tidur aku mengikut jam UK. Lel.

Kan? Senang kerja dekat dengan rumah, lepas praktikal ni pun kalau boleh aku nak cari kerja area cyberjaya. Memang aku clingy dengan cyberjaya. Jangan salah anggap yang aku sudah jatuh hati dengan mat mat negro yang makin bersepah di cyberjaya ni tapi aku suka dengan environment kat sini, maksud aku bukan environment yang sangat social (in bad way). Maksud aku, the fact that I don't have to face jammed yang boleh meningkatkan masalah kemurungan dikalangan pemandu. As for now, cyberjaya is traffic-jammed-free. AS FOR NOW lah kan.

Okay balik pada Internship. Masalah paling besar bagi makhluk yang bernama Zakirah adalah, aku mengalami alahan(baca: allergic) yang tahap 3 untuk bangun dan merasakan dingin nya air di waktu pagi. Tapi Alhamdulillah, orang cakap alah bisa tegal biasa. Sekarang aku automatically akan terjaga sendiri waktu subuh tanpa bantuan alarm, regardless pukul berapa last night aku tidur. Improvement kan?

Bila tempat kerja ni dah dekat dengan rumah sifat taking the distance for granted tu makin membuak buak dalam diri. Pukul 8.00pagi aku masih terbaring terguling dikamar sambil meratapi ayat yang sama sejak dua bulan lalu "Arrgghhh, malasnya nak gi kejeeeeeee..." Aku syak tarikan graviti di kawasan bilik aku sangat tinggi berbanding tempat lain mengakibatkan aku terpaksa struggle untuk bangkit dan bersiap.

Tepat 8.25pagi aku mula drift kereta kerana mungkin lepas aku mandi sel sel otak aku bergerak untuk berfikir dan baru menyedari bahawa aku sudah lambat untuk ke kerja. Semua lampu merah yang boleh aku langgar, akan aku langgar. Bawa kereta seolah tiada pedal break untuk ditekan. Nasib aku baik, tepat pukul 8.30 aku dah terpacak depan bangunan company. Kalau nasib tak baik, aku mungkin akan delay 2 3 atau 10minint. Biasa lah tu, tak melayu lah kalau aku asyik tepati masa, kadang aku perlu tunjuk kemelayuan aku yang belum pernah hilang dari diri ini. Lel.

Kat sini aku enjoy being an intern, walau tiap hari hidup aku dikondem oleh mereka mereka yang suka mencari pasal dengan aku. Di setiap bait kata aku dipertikaikan. Aku cuba, cuba untuk menahan kemarahan aku daripada mengeluarkan kata kata kesat yang seperti aku selalu lakukan sebelum kedewasaan ini. Boss aku, supervisor aku dan abang abang IT yang mana nama nya akan aku describe satu satu dalam next post satu masa nanti.

Tak lupa teman-se-intern aku Ann, betapa susahnya aku nak control untuk tidak menjadikan Ann sebagai bahan hiburan aku. Sebab kadang kadang aku suka kenakan dan buat buat gosip pasal Ann dengan supervisor aku. Mungkin sebab Ann sangat inosen dan so dearest, dan membuat aku rasa sangat teruk bila aku applykan perangai aku sepenuhnya terhadapnya. Maksud aku, perangai aku suka kenakan dan kacau orang. Don't get me wrong, there's still good thing in me. Lel.

Til next time aku cerita lagi pasal internship life aku. Sebab aku perasan bos aku dah mula syak aku yang aku sedang berkerja keras terhadap report dan documentation yang bertambung padahal aku sedang berjela jela menaip dekat sini. Okay bye(baca gaya Frozen)



Friday, March 28, 2014

I'm sorry

Assalamualaikum

"I'm not a perfect person. 
There's so many thing I wish I didn't do. 
But I continue learning. 
I never meant to do those thing to you. 
And so I have to say before I go. 
That I just want you to know."

Words will never fully express how sorry I am, but I truly hope that it is a good start. I make mistake to everyone that I don't have the opportunity and courage to ask for forgiveness. And even hard when apologized and still repeat the same stupid mistakes.


Prophet Muhammad PBUH taught us that if we have wronged someone, we should pray for them by saying, "O Lord, whomever I have abused reward him with purity.." And the Quran told us of how the brothers of Joseph apologized to their father by saying, "O our father, seek refuge for us, verily we're in the wrong.."



I'm sorry..

I'm sorry Ayah, for not thank you all the effort you put through to rise me up and be who I am today. For being there for me in time of trial and tribulation, you're always be my knight in shining armor.

I'm sorry mum, for all of the tough times I put you through. I’m sorry for all of the disagree I started with you. All of the things that I have been going through, makes me realize what you say is true. 

I'm sorry to you my brothers and sisters, you grew so fast and I was so far away from you.

Sorry to the stranger that I blocked off with my car and I delayed him and then I realized that a polite hand gesture is not enough.

Sorry to the imam who I listened to and only realized that his word flew pass me.

Sorry to my teacher who taught me my first letter and I grew up without saying thank you.

Sorry,
To the one who greeted me so enthusiastically and I responded so coldly.
To my friends who I was unable to help.
For the word I said without real consideration. 
For my actions that I perform without focus.

Sorry for the apology that I delayed, to apologize earlier is mush easier then holding the burden of keeping it in.

Sorry my Lord, for not concentrating in my prayers and ignoring the fact that You are listening and watching. 

I'm sorry Allah, for every moment that You saw me turn away from Your worship and me being so heedless from Your All-seeing-eyes. Sorry my Lord, for not thanking You for everything You have given me, my health, my parents, my family and every single thing. 

Sorry my Lord, for wasting my time in things that do not benefits me.
From the money I spent so selfishly. 
From the words I spoke so carelessly, 
But I know You are The Most Forgiving and The Most Merciful. 

Help me Allah, in becoming a better person.

"I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you"

Indeed, the reason is all the person that I love. You and you and you and yes you.



p/s: it's my time.

#MH370

Assalamualikum

It's been 2 weeks and half since MH370 missing out. And last few days, our Prime Minister make a heartbreaking announcement to the all people, especially the one who have family members aboard. MH370 had ended at Hindi Ocean which the deepest ocean in the world. 


But still, don't lose hope until the wreckage found. Nothing is impossible in this world. Just be faith. When Allah wants it happens in that way. It will happen anyway.

They called "the darkest day for Malaysian". Let's pray for MH370. And may the phrase "syukur lah Malaysia masih aman" not just a phrase.

Saturday, January 18, 2014

New year?

Assalamualaikum!

Hi people! It's never too late I guess to wish a Happy New. Dude, it's 2014! Once upon time, we thought 2014 was so far away. Time flew so fast. And this year I'm almost 21 years old. OMG, am I that old? :O

Today I'm feeling like I'm free again. Since last Tuesday, I'm pretty messed up. Actually this whole 3 month and half, I'm pretty messed up. Cerita nya, aku lately tak berapa nak sehat. Dah dua kali masuk hospital. First on 27th of November, and second time on 28th of Disember.

Ye lah, masa tuh kes denggi kat area Condo aku duduk ni which called Cyberia banyak la sangat. Member member satu University pon lepas satu satu yang kena. Aku pulak, Alhamdulillah tak kena denggi. It's just high fever. Itu pun dah rasa cam separuh mati bertaruh nyawa untuk terus hidup. chewah. Betul kot, temperature aku masa tu 39.7 celcius and above. Even worse, it reach 41 celcius. Rasa cam nak terbakar pun ada. Huuuuu, banyak dosa agak nya.

Indeed, this high fever make me a skeleton. Before sakit, aku ni takde lah nak kata gemuk sangat pun. Kalau kira BMI tu, on normal level lah kan. After having a high fever, I lose appetite A LOT. Makan muntah, makan muntah, makan muntah for a MONTH. So, no wonder if I lose my weight about 8kg in a month. No joke.

Dan sekarang I'm on mission to gain my weight back. Alhamdulillah, sekarang dah sihat dan selera makan pon dah macam hantu raya dah. Huuuu, dah tanak rasa dah demam panas tuh. Ever.

Herm. Cerita aku sakit ni the reason why today's sadness. For the first time kena barred subject Islamic Studies from taking final exam due to low attendance. Actually semua 5 subject aku kena barred untuk trimester ni. Tapi, aku sempat jumpa 4lecturer je untuk explain what was happened with my attendance. So, only for lecturer know my health issues and accept my excuses.

Last subject, macam tawakal habis lah. Nak buat macam mana, maybe there's a lesson to be learnt lah kan. Ah, sekarang ni struggle for final. Semoga lepas semua subject dengan keputusan yg berwarna warni lagi. chewah.

Okay, pray for my final! See ya 'til the next post! Peace out!

p/s: for the first time - the script 

 

Friday, November 22, 2013

I'm back people!

Assalamualaikum,

Post ini ditulis pada subuh hari, tak bermakna aku jenis bangun awal pagi. It just I haven't sleep yet. Takde maknanya lepas subuh aku tak tido balik. Okay tak senonoh betei.

Tengok last post bertarikh May 2013, boleh tahan lama jugak la aku tak jenguk kat sini. Doesn't mean I don't have good story to be share, it just I don't have enough time to write it here. Don't have enough time lah sangat. Padahal keje harian aku, tidoq je memanjang.

What inspired you? Chewah, inspired bagai. Ekceli, aku terpanggil untuk menulis blog balik sebab dua orang member aku ni. Sorang, nama dia Zaimah. To be short call her Zai. Satu Universiti ngan aku. Aku punya la kagum baca blog dia, bukan hape, kagum dengan semangat dia tulis blog.

Macam mana tak kagum, baru je lepas baca blog dia. And then, I met her at cafe, guess what did she said? "weh za, aku tengah fikir ape topik best nak tulis dalam blog.. rasa da lama gila tak blogging.." I was like, "Seriously zai? aku baru baca new post kau.. like yesterday?" Nampak tak dia punya ke-taksub-an terhadap blog camne? Dah terlambat sangat dah untuk pulih. HAHAHAHAHA.

Kalau korang nak baca blog dia dipersilakan, ni link nya Zaimah Zaini  . Kalau korang free, baca lah dan follow. Banyak good stuff there. Kah kah kah kah. Mohon Zai terharu aku promote blog dia.

And second person yang inspired utk tulis blog is, Ain. An old friend, that keep reading my blog even it's not updated. Okay, terharu kejap ._. sebab ada pembaca setia. *laplap airmata* Okay tak payah poyo sangat.

Apa yang nak di-update-kan kat sini ye?

Current issues? Okay we talk later. Aku nak mandi, siapkan tutorial, breakfast dan get ready pegi kelas pagi. Having early morning class in no joke. Kelas kul 8pagi bhai. Nak tau teruk tak teruk nya aku dengan morning class ni, sepanjang 5minggu sem ni start, sejujurnya aku bagi tahu. Kelas pukul 8pagi pada hari jumaat setakat ni, aku tak pernah pergi. Sebab? bukan tertido okay, sebab aku memang malas.

Subjek ni punya attendance haram habes lah. Tengah pikir macam mana nak halalkan ._. Diam. Aku tau aku teruk. Sekian. Kbye.


p/s: Kau takkan pernah tahu.

Wednesday, May 29, 2013

Pashmina Jordan Imported !

Assalamualaikum!
Hai semua :)


ZH Collection: Pashmina Jordan Imported
Material: 90% Pashmina, 10% cotton
Measurement: (click for more details)
Price: RM 35 each
Postage price: +RM6(Peninsular Malaysia)
Available in limited stock.
Interested? Do pm/contact me now !
SMS/Whatsapp+60199325708
First come, first serve.
Btw, more shawls are coming! Keep Updated!
Thank you ;)
SOLD OUT 

P001 -
measurement: 174 cm x 58 cm

P002 -
Measurement : 180 cm x 69 cm

 P003 -
Measurement: 167 cm x 63 cm
 
P004 -
Measurement: 163 cm x 57 cm

P005 -
Measurement: 160 cm x 51 cm

P006 -
Measurement: 179 cm x 62 cm

P007 -
Measurement: 184 cm x 62 cm

P008 -
Measurement: 185 cm x 61 cm

That's all for today ! ;)

Thursday, May 16, 2013

Aku seorang pendosa

Assalamualikum,


Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Yang terzahir dan yang tersembunyi. Meskipun cuba untuk menutup seribu rahsia, Allah itu lah jua yang mengetahui. Tiada nikmatnya menjadi seorang pendosa.

Ya Allah, 

Aku tahu aku sudah terlalu banyak menyalahi perintah-Mu. Aku tahu betapa banyak murka-Mu yang telah aku cipta. Aku juga tahu tentang perkhabaran azab pedih neraka yang akan membakar itu derita. Aplikasi ilmu tidak semudah berbicara. Itu kesilapanku. Aku seorang pendosa, ya Allah. Bagaimana untuk ku persembahkan segala amalanku yang serba sedikit ini, aku malu ya Allah.

Dunia yang ku tahu cuma persinggahan, aku tidak gunakan untuk mengumpul ilmu di dada, sebaliknya aku mengkhianati amanat yang diberi sebagai penuntut ilmu. Dunia yang ku tahu seharusnya menjadi penjara mukmin, aku telah menjadikan ianya sebagai syurga kehidupan. Alangkah ruginya aku. Iman terkadang naik terkadang turun. Kerana aku tahu, aku tidak sesempurna mana. Sering menyalahkan fitrah yang Engkau kurniakan. Aku mohon ampun ya Allah...
 
Seandainya setiap kali aku mengingati-Mu dalam setiap langkahku, dalam setiap bicaraku, aku pasti aku tidak seberani ini untuk memungkiri janjiku dengan pencipta-Ku. Ya, semuanya kerana aku yang lupa. Aku lupa yang Engkau pemerhatiku. Aku lupa yang Engkau bakal menghisabku atas segala amalanku. Masih ada ruang untuk Engkau menerima cintaku?
 
Penyesalan adalah taubat. Aku ingin kembali kepada-Mu. Ku ingin basuh segala dosa-dosaku dengan mencintaimu. Jika aku sendiri merasakan begitu derita dalam mencintai manusia, aku sendiri akan berpaling kepada kamu kembali mencintai Kamu. Jika aku sendiri pernah merasakan hidup yang Engkau kurniakan ini tidak adil bagiku, aku akan segera bertahajud kepadamu memperbetulkan sangkaanku kepada-Mu kerana aku tahu Engkau itu berada pada sangkaan hamba-hambaNya.

Izinkan aku untuk kembali meraih nur kasih-Mu. Meskipun aku cuma pendosa....

***

Meskipun kita pendosa, Allah itu sedia menerima taubat hamba-hambaNya. Meskipun kita cuba untuk menyembunyikan derita di sebalik senyuman kerana dosa-dosa, Allah itu sentiasa di sisi membantu kita mengharungi kehidupan. Dia menguji dan Dia yang menunjuk jalan keluar. Bangkitlah kita, khalifatullah, bangkit sebagai umat yang berjaya. Berjaya menyucikan hati-hati kita kembali. 
 
 
 
 ***
 
It's been months I haven't hanging around here. I'm too busy with real life. I'm too busy fixing everything that I ever broke. Hope, trust, love, and everything. I know I'm probably much too late, to try and apologize my mistakes. But I guess, better late than never. Things getting complicated. Only Lord knows, how I regret for every stupid things that I've ever done.


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you

Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah
All praises to Allah


Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah
All praises to Allah

p/s: Memang, jalan ke syurga itu sangat berliku sehingga terkadang kita terkandas di tengah jalan.